About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Anugerah Seri Angkasa dibatal

Friday, June 15, 2007
Ore : 10:25 AM


Oleh Zainuri Misfar
KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan membatalkan penganjuran Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2006 yang sepatutnya dijadualkan bulan depan, atas alasan ketiadaan penaja.

Pembatalan majlis anugerah untuk industri penyiaran negara itu terpaksa dilakukan apabila TV9 yang mengetuai Jawatankuasa Penerbitan, Persembahan, Atur Cara, Penajaan dan Kewangan tidak memperoleh sebarang penajaan bagi menampung kos penerbitan dan hadiah.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya amat kesal dengan pembatalan itu tetapi ia terpaksa dilakukan kerana pada masa sama, banyak anugerah lain turut memberi pengiktirafan terhadap pengamal industri penyiaran.

“Kejayaan dan kelemahan penganjuran ASA bukan lagi ditujukan kepada RTM, sebaliknya kepada semua stesen penyiaran yang terbabit di negara ini,” katanya pada sidang media di Angkasapuri, semalam.

Sebelum 2004, ASA dianjurkan khusus untuk mengiktiraf petugas RTM serta tenaga kerja dalam penerbitan drama yang disiarkan stesen itu.

Bagaimanapun, bermula 2004, Kementerian Penerangan menjadikan ASA anugerah peringkat kebangsaan sebagai pengiktirafan kepada penggiat dunia penyiaran di Malaysia.

Pengendaliannya dibuat secara bergilir antara semua stesen penyiaran di negara ini, bermula RTM sebagai tuan rumah pada 2004, diikuti Astro (2005) dan TV9 yang mewakili Media Prima Bhd (2006).

Ahmad Zahid juga berkata, Kementerian Penerangan enggan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan bagi meneruskan penganjuran ASA 2006 kerana tidak mahu perkara itu menjadi kebiasaan pada masa depan.

Beliau juga menolak anggapan TV9 kesuntukan masa bagi mendapatkan penajaan kerana persetujuan memikul tanggungjawab itu sudah diputuskan sejak tahun lalu.

“Bahkan, penganjuran ASA 2006 sepatutnya diadakan lebih awal, tetapi ditunda sehingga bulan depan kerana mahu memberi masa kmendapatkan penaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai pembatalan ASA 2006 tetapi mengesahkan memohon penangguhan kerana masih berusaha mendapatkan pembiayaan.

Katanya, TV9 yang bernaung di bawah Media Prima perlu mendapat penaja bagi menampung kos yang besar dan perkara terbabit sudah dimaklumkan kepada Kementerian Penerangan melalui beberapa mesyuarat dan perbincangan.

“Media Prima menyokong penuh usaha penganjuran ASA dan menyertai sepenuhnya dalam semua perancangan, persediaan dan mesyuarat untuk mengendalikan anugerah itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini.

Labels:


posted by admin at 10:25 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Anugerah Seri Angkasa dibatal
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com