Petikan dari Kosmo
"Ada teman Diva yang dah lama tak berhubung baru-baru ini beritahu yang adik penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza, Siti Saerah mengaku dia telah putus tunang dengan Elyas. Cuma Diva tak dapat menghubungi Saerah untuk mendapat pengesahan daripada mulutnya sendiri.
Sejak awal tahun ini memang Diva dah banyak kali dengar kononnya Saerah dan tunangnya sudah pun putus. Tapi Saerah sendiri menafikannya.
Namun kali ini ia macam betul. Kononnya Saerah mengaku ikatan pertunangan yang disimpul pada 7 Julai tahun lalu telah pun terlerai.
"Betul, dia cakap pada I dia dah putus tunang. Tapi dia tak nyatakan bila dan I pun terkejut. Cuma I tak tanya banyak sebab takut dia sedih," begitu kata teman Diva.
Diva: Nak ucap selamat menunaikan umrah buat penyanyi Hattan dan ibunya yang akan berangkat ke Tanah Suci esok."
Kalau benarlah berita ini. Kasihan juga aku kat Saerah. Tuanng dah lama tapi tak kawin2 akhirnya putus la pulak. Tak taulah apa puncanye. Harap2 lepas nie kalau ada jodoh terus kawin jer tak payah nak tunang-tunang lagi.
Labels: Gosip