Aduh penatnya!!!! Sepanjang minggu nie aku sibuk dengan kerja-kerja kat opis. Baru saja dapat selesaikan closing untuk bulan April. Dah kena kejar untuk closing mid bulan May pulak. Aduh nape la aku punya kerja tak abis2. Kalau tak abis takpelah, tapi mintak la susut sikit. Ni tak statik jer sepanjang hari. Tak cukup tangan aku dibuatnya. Oklah malas nak pikir lagi pasal kerja. Aku nak buat ramalan pelajar Akademi Fantasia 6 yang bakal tersingkir untuk minggu terakhir sebelum konsert akhir ini. Entah kenapa aku macam rasa konsert kesembilan nie akan ada 2 pelajar yang akan tersingkir. Kalau betullah gerak hati aku nie, bermaksud hanay 4 pelajar yang akan beraksi untuk konsert akhir. Tapi ni cuma gerak hati aku sahaja. Mungkin satu jer pelajar yang akan tersingkir kot. Jadi untuk ulasan pelajar tersingkir kali ini, aku nak tukar sikit. Aku nak ramal pelajar yang akan masuk ke peringkat akhir. BErikut adalh ramalan aku mengikut turutan.
Stacy- Pelajar yang paling konsisten sepanjang musim ini. Segala tugasan yang diberikan akan dilaksanakan dengan baik. Kedudukan Stacy sentiasa dipuncak seperti mengesahkan pelajar ini akan beraksi dikonsert akhir kelak. Tapi untuk meraih gelaran juara peluang masih terbuka kepada semua pelajar.
Riz - Agak konsisten disetiap minggu kekuali diminggu sudah. Base fan club dia pun agk kuat seperti Stacy. So no doubt dia akan mengiringi Stacy di konsert akhir.
Stanley - Walaupun tidk begitu konsisten. Tapi pengundi dari Sarawak memang tidak boleh disangkal. Dia juga aku rasa akan beraksi dikonsert akhir.
Nubhan - Walaupun dia ni tak konsisten sama seperti Stanley. Tapi minggu ni dia dapat lagu kegemaran. Pulak tu lagu ni lagu hits sekarang ni. Dia ada harapan untuk meraih undi dengan banyak untuk konsert kali ni. Harapan untuk Nubhan masuk ke konsert akhir agak cerah kali ini.
Nadia -Walaupun kedudukan afundi Nadia yang paling tinggi ketika ulasan ini ditulis. Harapan dia untuk masuk final masih kabur. Setelah corak persembahan dia yang makin merundum kebelakangan ini menyebabkan pengundi mula beralih arah. Selain itu kontroversi sepanjang minggu dengan Riz turut menjejaskan peluang yang dia ada.
Toi - Walalupun persembahan minggu lepas agak meningkat dari minggu sudah. Nasib Toi masih terumbang ambing untuk minggu ini. Dengan lagu tugsan yang agak mencabar membuatkan harapan Toi semakin kabur. Melainkan dia lakukan sesuatu yang miracle.
Labels: AF
posted by admin at 10:17 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Ramalan Pelajar Yang akan Tersingkir Minggu Kesembilan
salam
apakah AF dapat memberikan contoh yg baik kpd perkembangan akhlak kanak2danapakah sumbangan AF untuk agama?
adakah anda setuju AF melelaikan sepertiprogram lain?
itu saja soalan saya. harap tuan dapat ulas panjang2 mcm ulas persembahan AF.
jawab la kalau berani.
apakah AF dapat memberikan contoh yg baik kpd perkembangan akhlak kanak2danapakah sumbangan AF untuk agama?
adakah anda setuju AF melelaikan sepertiprogram lain?
itu saja soalan saya. harap tuan dapat ulas panjang2 mcm ulas persembahan AF.
jawab la kalau berani.
- Posted at May 18, 2008 9:24 AM | By