Hari ni genap 14 hari umat islam mengerjakan ibah berpuasa dan inilah post aku yang kedua mengenai perjalan ibadah berpuasa aku tahun ini. Untuk tahun nie.. tak banyak yang berbeza dari tahun-tahun sudah. Aku masih berbuka puasa di office dan cuma sesekali sahaja aku berkesempatan berbuka puasa dengan keluarga. Padahal saat itulah yang sering aku nantikan setiap kali detik berbuka tiba. Terawikh pun aku tidak berkesempatan melakukan setiap hari, Namun aku masih mencari ruang untuk melakukan sebanyak mungkin yang boleh, insya Allah. Minggu depan ni mungkin beban kerja aku akan mula berkurang. Sebab boss aku dah ambil sorang assistant untuk aku. So bolehlah sebahagian kerja aku yang berlambak tu dihandover pada freshies tu.. Prepration raya pun masih banyak yang belum complete. Etonnya baju dah siap. Aku nye sehelai pun lom ada lagi. Aku ingat pakai baju tahun lepas dahlah. Wat per nak beli lagi. Sebab yang tahun lepas punya pun aku pakai pun tak sampai sepuluh kali. Banyak lagi menda aku nak kena fikirkan untuk persiapan raya nanti. Duit raya untuk sanak saudara. Persiapan anak-anak, kos untuk menziarahi sanak saudara dan biskut raya semua asyik berlegar dikepala. Sekarang baru aku sedar bertapa sukarnya nak menyempurnakan sambutan Hari raya ini sebagai ketua keluarga. Bukanlah tahun sebelum nie aku tak rasa, tapi saban tahun persiapan awal memang perlu. Oklah dari aku elalut lebih banayk lagi aku nak memohon ampun dan maaf buat kalian semua jika terdapar salah dan silap sepanjang aku berblog ini dan ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri buat semua umat islam yang membaca blog ini. Wassalam..
Labels: Personal
posted by admin at 9:24 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Ramadhan Al-Mubarak