Uih.. banyak sungguh dugaan dan cubaan yang aku alui sepanjang dua minggu ini. Tapi sebab semalam aku masih sempat lagi tengok konsert akhri Mentor. Walaupun pun aku tak pernah mengikuti perkembangan Mentor sekerap AF tapi untuk Konsert akhir ini aku tengok la. Mungkin sebab debaran konsert akhir ini lebih terasa berbanding konsert akhir AF musim sudah. Walaupun Fiq pada awalnya dilihat berpeluang cerah untuk menjadi juara dengan mudah kerana sokongan padu daripada para pengundi, namun kritikan pertama daripada Roslan Aziz membuatkan kedudukannya iq agak goyah. Amy pun menjadi aku tengok risau dan macam tak puas hati jer dengan komen Roslan. pada aku memang ada benarnya apa yg dikatakan Roslan, tetapi tidaklah seteruk yang disangka. Fiq masih jauh lebih hebat dari Kat dan Nieyl didalam persembahan tetapi secara tekniknya dia masih kurang itu sahaja. Apa-apa pun tahniah untuk Fiq.. dan Niel memang cute malam tu.