Untuk kali ini aku nak cakap pasal program Raja Lawak yang kini sudah tinggal 6 orang sahaja pesertanya. Pada aku memang sudah lama pihak penyairan dinegara kita tidak mengadakan program untuk melahirkan stand up comedian. Seingat aku selepas program Sinaran Pasport Kegemilang di TV3 tidak ramai para pelawak dinegara ini berjaya dilahirkan. Selepas Shamsul Ghau Ghau, Senario dan Apek tiada lagi barisan pelawak baru yang kelihatan. Jika dilihat pada Anugerah Bintang Popular baru ini hanya muka-muka lama yang mendominasi pencalonan pada peringkat akhir. Memanglah tiada muka baru langsung, semuanya muka yang dan suram. Aku rasa sudah tiba masanya para penonton di Malaysia disajikan dengan muka pelawak baru dan segar. Jadi kehadiran program Raja Lawak memang dilihat bertepatan dengan kehendak semasa yang semakin menekan. Tapi sebenarnya masih banyak lagi usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memeriahkan lagi cabang seni lawak ini. Tapi seklaung tahniah harus diberikan kepada pihak Astro.
Aku cuma berharap untuk kali ini, barisan yang bakal dilahirkan mestilah barisan pelawak yang educated bukan lagi lah barisan pelawak yg diketawakan. Barisan pelawak kini mestilah peka dan sensitif kepada persekitaran dan tidak tertumpu kepada bahan-bahan yang berunsur lucah sahaja untuk membuat para penonton ketawa. Dari permerhatian aku, barisan pelawak yang tinggal ini masih boleh dilentur dan mempunyai potensi yang cukup besar untuk diketengahkan.
Dan aku berharap mereka berjaya meneroka bakat mereka sendiri dan aku punya favorite contestant ialah Johan.
Cukuplah setakat ini dan aku nak bagi tahu yang kini Linkeen kini telah buat blog sendiri dan aku harap kau orang surport lah dia juga. wassalam..
Link untuk melawat blog Linkeen.
Labels: Personal
posted by admin at 8:46 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for I'm back