About me
Previous Posts
Archives

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Lagu Tugasan Minggu Ke 7

Tuesday, April 21, 2009
Ore : 1:49 AM

Akim - Situasi (Bunkface)
Hafiz _ Kau Yang Punya (Malique ft Najwa)
Aril - Nakal (Gigi)
Yazid - With or Witout You (U2)

Isma - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Claudia - When Ur Gone (Avril Lavinge)
Aisya - Flora Cinta (Min Malik)

Bonus Song - Fiona (4U2C) & Untukmu (Feminin)

Labels:


posted by admin at 1:49 AM | Permalink | 1 commenti

Konsert AF 7 Minggu Kelima

Saturday, April 11, 2009
Ore : 11:50 PM

Aduh transformasi yg lemau. Produksi tahun nie ada idea nak wat kelainan tapi, banyak benda yg tak menjadi. Para pelajar rata2nya masih tak sedia tuk buat persembahan berduet. Memang susah nak nyanyi berduet. Kita tak nak dibayangi dgn pasangan duet kita. Dalam masa yang sama kita tak nak melebihi pasangan duet tu. So memang susah. Pulak tu digandingkan dengan bintang AF yang sedia ada yg dah banyak pengalaman mengadakan persembahan pentas mana la nak sama taraf. Malam ni cuma 2 pelajar jerk bagi aku yang berjaya. Hafiz dan Claudia. Kedua2 persembahan pelajar ini amat meyakinkan bagi aku. Pelajar yang lain cuma tahap biasa2 jerk. Tapi Qhaud memang paling teruk mlm tadi. Sepatutnya dia yg patut keluar jika nak dibandingkan dengan persembahan Sidi. Nasib baik malam ni takde Adlin, kalau tak mau kena basuh kaw2 budak budak tu.

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 25
YAZID - 22
HAFIZ – 12
CLAUDIA - 8
AKIM - 8
ARIL - 7
AISHAH - 7
SIDI - 6
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 18
HAFIZ - 17
YAZID – 15
AKIM – 10
AISHAH – 10
CLAUDIA - 9
ARIL – 9
QHAUD - 8
SIDI - 5

Labels:


posted by admin at 11:50 PM | Permalink | 0 commenti

Ulasan Konsert Akademi Fatasia 7 Minggu ke 4

Sunday, April 05, 2009
Ore : 2:01 AM

Assalamualaikum.. sejak dari awal AF7 bermula sampai ke konsert ke 4 ni ini merupakan ulasan pertama aku pasal konsert Akademi Fantasia 7.Sebelum nie aku malas nak ulas sebab ramai sangat student dan aku pun bukannye follow sangat waktu konsert tu. So bermula konsert ke 4 ni aku nak mula ulas walaupun dah terlewat. hahahaa ada aku kesaahhh ..

Untuk konsert kali ni aku rasa tak banyak pelajar yg berjaya mencapai tahap trasformasi jika mengikut aras lulus yg aku
tetapkan. Bagi aku yang berjaya pun bukanlah berjaya sangat. Disebabkan kata kunci Transformasi itu sendiri cukup gah. So memang susah lah nak capai tahap yang terbaik. Anyway, my personal choice adalah Zizi, Akim dan Hafiz. Ketiga-tiga
pelajar ini menunjukkan peresembahan yang boleh dikatakan menarik dan seimbang diantara vokal dan seni persembahan.

Bagi pelajar lain masih banyak lagi ruang yg perlu diperbaiki. Rata-rata pelajar wanita gagal menyerlahkan jiwa rock didalam
persembahan mereka. Segalanya nampak jelas dibuat2 dan bukan hadir dari dalam jiwa. Mengenai persembahan yg terburuk bagi aku adalah Qhaud yang gagal menggunakan peluang kali kedua membuat persembahan. Malahan persembahan Qhaud lebih buruk dari persembahan yang pertamanya. Dan aku terus terang agak terperanjat melihat Zizi dan Rubisa yg tersingkir minggu ini. namum kontroversi ini pasti menghangatkan lagi AF 7 kali ini.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 21
YAZID – 16
HAFIZ – 10
SIDI – 8
ARIL – 8
AISHAH – 8
ZIZI – 7
CLAUDIA – 6
AKIM – 6
RUBISA – 5
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID – 12
QHAUD – 9
AKIM – 9
AISHAH – 8
ARIL – 8
CLAUDIA – 7
SIDI – 7
ZIZI – 6
RUBISA – 5

Labels:


posted by admin at 2:01 AM | Permalink | 0 commenti

lagu minggu keempat Akademi Fantasia 7

Monday, March 30, 2009
Ore : 3:34 PM

Aishah - Ayat-ayat cinta (Rossa)
Zizi - Di pintu mahligai (Saleem)
Isma - Hey jude (the Beatles)
Rubisa - Menjaga hati (Yovie & Nuno)
Claudia - Impian cinta (Rem)
Akim - Jawapan cinta (Misha Omar)
Hafiz - Korban cinta (Ziana Zain)
Aril - Inginku miliki (Dayang Nurfaizah)
Sidi - Saat hilang cintamu (Sarah)
Qhaud - Binafsha (Waheeda)
Yazid - Fever (Peggy Lee)

Labels:


posted by admin at 3:34 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert AF 7 minggu pertama

Sunday, March 15, 2009
Ore : 5:12 PM

Aku takde mood nak komen pasal AF nye konsert minggu ni. Sbb Man Utd Kalah teruk kat OldTrafford smlm. Tengok laa mlm karang kalau ada mood aku update. Personally my top best performance last night Irma, Hafiz and Qhaud

Labels:


posted by admin at 5:12 PM | Permalink | 1 commenti

Diari Akademi Fatasia 7

Tuesday, March 10, 2009
Ore : 12:41 AM

Aku taip ni bukan nak kasi detail dari A-Z pasal Diari AF7 nie. Tapi just nak share pasal pelantikan Puteri Gusti sebagai pengetua AF. Hahahaha.. memang tak menejutkan. Informer aku dah kasi tau siang2 lagi.. So korang camne.. satu transformasi katanya... hahaha pengetua Wanita pertama kaedahnya.. Ok What next? just wait and see...

Lagu tugasan pelajar untuk Konsert Minggu Pertama

ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)

QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)

Semua lagu wishlist diaorang... layannnnnnnnnn

Labels:


posted by admin at 12:41 AM | Permalink | 0 commenti

Akademi Fatasia 7 Kembali

Monday, March 09, 2009
Ore : 1:56 PM


Aku kembali menulis tuk blog ni. Almaklumlah Akademi Fatasia 7 dah bermula. So untuk musim ni aku tak nak update banyak. Aku cuma akan update pasal ramalan & konsert mingguan jerk. Tapi kalau ada perkara yg menarik untuk dikongsikan mungkin aku akan update lebih sikit kot. Ikut tahap kerajinan dan kemalasan bermusim aku nie.
Ok semalam kat tirai semua dah tau pelajar-pelajar yg dah layak masuk ke Akademi. Semua sekali berjumlah 14 orang. Ramai gak cam AF3 yang lalu. Tapi setakat semlm aku lom ada nampak sinar aura dari semua mereka. Cuma beberapa sense kegedikkan dan kepoyoaan sahaja. Masih menunggu satu transformasi baru yang sibuk dia war-warkan oleh pihak Astro. Untuk rahsia siapa pengetua AF musim ini. Aku dah tau sapa. korang semua leh tengok la diari malam nie tuk jawapan tu... hehehe .. sorry tak leh share sakang informer tak kasi arrr... I'm Sorry bak kata Amer RL3.


Senarai 7 pelajar lelaki AF7

AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)*Adik pnyanyi Izwan Pilus
HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 7 pelajar perempuan AF7

CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)*Ibu satu anak
ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)*Ibu 5 anak
ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor) *Bekas artis rakaman
ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)*Ibu satu anak
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)* Pelajar bertudung utk musim Ini

Credit gambar tuk www.murai.com.my

Labels:


posted by admin at 1:56 PM | Permalink | 0 commenti

Akademi Fantasia 7

Tuesday, January 13, 2009
Ore : 12:23 PM

SEBAGAI bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh.


Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini (AF7) memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura.


Ini mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.


Elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila AF7 juga turut menjemput golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan untuk turut serta menyertai pertandingan nyanyian realiti popular ini.


"Objektif utama penerbitan Akademi Fantasia pada musim ini adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen kami dalam mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan.


"Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit di kalangan peserta.


"Buat pertama kalinya, kami bukan sahaja membuka peluang kepada warganegara Malaysia tetapi juga kepada warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian popular ini.


"Walau bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada golongan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.


"erubahan elemen kepada syarat kelayakan penyertaan ini juga turut mengalu-alukan penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Singapura. Keputusan bagi membuka peluang kepada warganegara Singapura ini dilihat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura melalui rancangan Akademi Fantasia yang juga boleh ditonton melalui mio TV; milik Singtel.


"Ini membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura.


"ihak penerbitan dan produksi tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan penjelajahan ujibakat ke empat buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari bakal-bakal penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan," ujar Pengurus Saluran Astro Ria Encik Khairul Mizan.


Nama-nama seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy adalah nama-nama yang pernah merangkul gelaran juara di sepanjang Akademi Fantasia musim pertama berlangsung hinggalah musim keenam dan telah berjaya menempatkan diri di kalangan artis-artis popular yang berbakat dan mempunyai kualiti yang tersendiri.


Sesi ujibakat bagi mencari juara baru yang akan menyertai barisan juara seperti yang disebut akan diadakan di:


Kompleks Sukan Bukit Jalil,Kuala Lumpur, 17 - 18 Jan


The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, 24 - 25 Jan


1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu, 30 - 31 Jan & 1 Feb


Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching, 31 Jan & 1 Feb


Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur 7 ?8 Feb


Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.


Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara 'acapella' lagu-lagu pilhan seperti berikut:


Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:


1. No One (Alicia Keys)


2. Kalis Rindu (Elyana) 3. Dikir Puteri (Noraniza Idris)


4. Karma (Cokelat)


5. Tari Silat Melayu (Aishah)


Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:


1. Angan dan Sedar (Mawi)


2. You Raise Me UP (Josh Groban)


3. Ketelusan Hati (Anuar Zain)


4. Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)


5. Ada (M.Nasir)

Labels:


posted by admin at 12:23 PM | Permalink | 0 commenti

Ekin AF3 Botak!!!

Friday, June 06, 2008
Ore : 12:27 AM

Aduh apa dah jadi dengan minah nie? Kenapa tiba-tiba keluar cerita Ekin AF3 botakkan kepala. Apa masalh dia nie. Sekarang ni pun nama dia dah tenggelam takkan ini cara dia nak cari publisiti kot? Aduh konfius betullah aku? Korang rasa kenapa?

Labels: ,


posted by admin at 12:27 AM | Permalink | 0 commenti

Riz dan Nubhan mula buat hal?

Tuesday, May 27, 2008
Ore : 6:49 PM



Bila terbaca kat dalam akhbar ruangan gosip pasal bintang AF6 yang terbaru Riz dan Nubhan mula buat hal ngan wartawan terpikir juga. Bebudak nie kena culture shock kot. Tak tau ke? Wartawan hiburan kat Malaysia nie cam mafia. Kalau tak dapat apa yang diinginkan alamatnya teruk la arits tu kena hentam. Kedengaran cerita yang Nubhan dan Riz enggan memberikan no handphone masing-masing pada wartawan dan itu membuat sang wartawan itu sentap. Aku tau memang penting contact diantara wartawan dan artis. Sebab masing-masing amat memerlukan. So harap2nya lepas nie Riz dan Nubhan Lekas-lepasla beli satu sim card baru khas untuk kasi wartawan. Maklumlah baru keluar AF masih belum sempat beli sim card baru sebab yang dah sedia ada tu kiranya untuk private use la.

Labels: ,


posted by admin at 6:49 PM | Permalink | 0 commenti

Konsert Akhir Akademi Fantasia 6

Monday, May 26, 2008
Ore : 12:06 AM


Updating!!!!
Juara - Stacy (43%)
Naib Juara - Riz (19%)
Tempat Ketiga - Nubhan (14%)
Tempat Keempat - Toi (13%)
Tempat Kelima - Nadia (13%)

Labels:


posted by admin at 12:06 AM | Permalink | 0 commenti

Lagu Tugasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 6

Wednesday, May 21, 2008
Ore : 11:05 PM

PELAJAR LELAKI

NUBHAN
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)

RIZ
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)

TOI
Siti Zulaikha (Mawi)
Paling Terindah (Lagu Baru)

PELAJAR WANITA

NADIA
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)

STACY
Atas Nama Cinta (Rossa)
Siti Lela VS Cinderalla (Lagu Baru)

Labels:


posted by admin at 11:05 PM | Permalink | 0 commenti

Stanley AF6 Mother Pass Away...


Ore : 10:53 PM


Takziah diucapkan kepada Stanley AF6 yang kematian ibunya. Semoga Stanley tabah dan kuat menempuhi dugaan ini.


Lain-lain Update!

Toi dapat lagu Cinta Zulaika (Mawi)

Labels:


posted by admin at 10:53 PM | Permalink | 0 commenti

Lagu Tugasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 6

Monday, May 19, 2008
Ore : 10:05 PM

Stacy - Atas Nama Cinta (Rossa)

Nadia - Aku Lebih Tahu (Mila)

Riz - 11 January (Gigi)

Nubhan - Bukan Di Sini (Sofaz)

Toi - Lagu Masih Belum confirmed

*** Info terkini Klubbkid - Sarimah tidak akan menjadi co host untuk konsert Final Akademi Fantasia 6. Frust la***

Labels:


posted by admin at 10:05 PM | Permalink | 0 commenti

KONSERT MINGGU KESEMBILAN AKADEMI FANTASIA 06

Sunday, May 18, 2008
Ore : 12:45 AM


Aduh….. Kejutan sungguh malam nie. Ramalan aku pasal adanya dua pelajar tersingkir tidak berlaku dan agak meleset.. Tapi konsert minggu ini lebih baik dari minggu sudah dan jauh lebih baik dari konsert di Istana Budaya yang lalu. Makin banyak improvement ditunjukkan dari para pelajar membuatkan saingan untuk gelaran juara semakin sengit. AF kali nie masih belum menunjukkan pelajar mana yang benar-benar menjadi pilihan pengundi. Peluang masih lagi terbuka untuk semua pelajar dan ianya sama rata. Memang terkejut bila dapat tau yang Toi berada diatas sekali apabila undian ditutup. Padahal masa awal konsert Toi adalah pelajar yang terbawah sekali. Pastu segmen tribute tuntuk Loloq pun best cuma Faizal jer yang wat spoil bila lupa lirik bila jadi back up vocal untuk Shahri dalam lagu Aduh Saleha. Oklah baca saja ulasan aku untuk persembahan pelajar dikonsert Akademi Fantasia 6 minggu kesembilan.

Juri Jemputan
Aflin Shauki

Yang Boleh Diterima
Stacy – Beat It
Aku memang respect dengan Stacy nie. Lagu ni dah la fast song. Pastu penuh dengan koreografi lak tu. But she delivers very well. Tak nampak semput dan full of attitude and energy. 4 Bintang

Toi – Kau Yang Bernama Seri
He did a miracle. Macam yag aku cakap dalam post yang lepas. Toi hanya akan survive konsert kali ni kalau dia buat sesuatu yang miracle and he does. Vokal begitu banyak improvement. Feel pun ada dan sampai. Aku rasa semua orang tunggu time korus lagu ni nak tengok Toi ni angsa ke tidak. But he not. He do it twice. Siap dpt undian paling tinggi untuk konsert kali ni. So he deserved to the final. 3.5 Bintang

Riz – Rock Around the Clock
Memang tak cukup attitude. Sebab dia takde jiwa untuk lagu cam nie. Tapi Riz dah buat yang terbaik untuk penonton. Dia struggle untuk deliver. I’m quite impress walapun ada sikit wording yang dia mumble dan off tempo. 3 Bintang

Nadia – Lelaki Buaya Darat
Persembahan Nadia tak banyak improvement. Tahap biasa-biasa saja. Yang paling aku tak berkenan warna baju Nadia yang dah macam GRINCH female version. 2 Bintang

Yang Tak Boleh Diterima

Nubhan – Tapi Bukan Aku
Persembahan paling teruk malam nie. Siap ada audience yang jerit time di angsa. Tapi yang bagusnye dia boleh control lagi. Tak hilang focus untuk terus menyanyi. Lagi satu problem, half of the song he act like Karam Singh Walia and it bored. Kalau ikut persembahan malam tadi Nubhan yang sepatutnya tersingkir 1 Bintang

Stanley – Kerana
Banyak pulak problem dia nyanyi lagu ni. Breath support tak cukup buat dia tak bole nak sustain note dengan baik. Lepas tu ada pulak lari tempo dan tak banyak movement membuatkan persembahan dia bertambah hambar. 1.5 Bintang

Lagu Duet
Untuk lagu duet aku nak buat ulasan secara keseluruhan jer.
Toi dan Stanley tak menunjukkan keserasian. Cuma tahap biasa-biasa sahaja. Vokal Stanley tenggelam.Takde impak langsung persembahan diorang nie.
Riz dan Nadia pulak macam nyanyi syok sendiri jerk. Tak de connection dengan audience langsung. Tetapi dari segi vocal mereka berdua amat baik.
Stacy dan Nubhan memberikan sebuah persembahan musical drama dengan baik. Stacey macam ada bakat dalam lakonan. And it so touching

Menuju puncak
Okb kot. Aku pun tak tengok sangat.

Yang Tersingkir
Stanley

Peratusan Selepas Undian Ditutup
Toi 19%
Stacy 19%
Nubhan 17 %
Riz 16 %
Nadia 15 %
Stanley 14%


Yang Patut Tersingkir
Nubhan
Stanley

Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Nubhan
Nadia

Minggu depan mungkin ulasan konseert akhir akan dibuat lewat sedikit sebab aku ada family day. Tak sure area tu ada internet connection atau tidak.

Labels:


posted by admin at 12:45 AM | Permalink | 3 commenti

Ramalan Pelajar Yang akan Tersingkir Minggu Kesembilan

Friday, May 16, 2008
Ore : 10:17 PM


Aduh penatnya!!!! Sepanjang minggu nie aku sibuk dengan kerja-kerja kat opis. Baru saja dapat selesaikan closing untuk bulan April. Dah kena kejar untuk closing mid bulan May pulak. Aduh nape la aku punya kerja tak abis2. Kalau tak abis takpelah, tapi mintak la susut sikit. Ni tak statik jer sepanjang hari. Tak cukup tangan aku dibuatnya. Oklah malas nak pikir lagi pasal kerja. Aku nak buat ramalan pelajar Akademi Fantasia 6 yang bakal tersingkir untuk minggu terakhir sebelum konsert akhir ini. Entah kenapa aku macam rasa konsert kesembilan nie akan ada 2 pelajar yang akan tersingkir. Kalau betullah gerak hati aku nie, bermaksud hanay 4 pelajar yang akan beraksi untuk konsert akhir. Tapi ni cuma gerak hati aku sahaja. Mungkin satu jer pelajar yang akan tersingkir kot. Jadi untuk ulasan pelajar tersingkir kali ini, aku nak tukar sikit. Aku nak ramal pelajar yang akan masuk ke peringkat akhir. BErikut adalh ramalan aku mengikut turutan.

Stacy- Pelajar yang paling konsisten sepanjang musim ini. Segala tugasan yang diberikan akan dilaksanakan dengan baik. Kedudukan Stacy sentiasa dipuncak seperti mengesahkan pelajar ini akan beraksi dikonsert akhir kelak. Tapi untuk meraih gelaran juara peluang masih terbuka kepada semua pelajar.

Riz - Agak konsisten disetiap minggu kekuali diminggu sudah. Base fan club dia pun agk kuat seperti Stacy. So no doubt dia akan mengiringi Stacy di konsert akhir.

Stanley - Walaupun tidk begitu konsisten. Tapi pengundi dari Sarawak memang tidak boleh disangkal. Dia juga aku rasa akan beraksi dikonsert akhir.

Nubhan - Walaupun dia ni tak konsisten sama seperti Stanley. Tapi minggu ni dia dapat lagu kegemaran. Pulak tu lagu ni lagu hits sekarang ni. Dia ada harapan untuk meraih undi dengan banyak untuk konsert kali ni. Harapan untuk Nubhan masuk ke konsert akhir agak cerah kali ini.

Nadia -Walaupun kedudukan afundi Nadia yang paling tinggi ketika ulasan ini ditulis. Harapan dia untuk masuk final masih kabur. Setelah corak persembahan dia yang makin merundum kebelakangan ini menyebabkan pengundi mula beralih arah. Selain itu kontroversi sepanjang minggu dengan Riz turut menjejaskan peluang yang dia ada.

Toi - Walalupun persembahan minggu lepas agak meningkat dari minggu sudah. Nasib Toi masih terumbang ambing untuk minggu ini. Dengan lagu tugsan yang agak mencabar membuatkan harapan Toi semakin kabur. Melainkan dia lakukan sesuatu yang miracle.

Labels:


posted by admin at 10:17 PM | Permalink | 1 commenti

Sarimah Ibrahim sebagai pengacara/pengacara bersama untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia 6

Thursday, May 15, 2008
Ore : 2:05 AM


Kalau anda mahu Sarimah mengacarakan konsert akhir AF6. Sama-samalah bantu sign petition ini. Moga-moga Astro beri peluang untuk Sarimah menjadi pengacara di konsert akhir kelak. Terima Kasih pada Farah yg organize petition ini dan Klubbkidd yang war2kannya di forum.
Untuk Sign petition Klik link kat bawah tu.

Petition Sarimah Ibrahim sebagai pengacara/pengacara bersama untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia 6

Labels:


posted by admin at 2:05 AM | Permalink | 0 commenti

LAGU TUGASAN MINGGU KE 9

Tuesday, May 13, 2008
Ore : 8:20 AM

Minggu ini adalah minggu duet. So ini adalah senarai lagu tugasan par apelajar untuk minggu ini.

Endless Love - Riz & Nadia
Ada Cinta - Nubhan & Stacy
Lagu Jiwa Lagu Cinta - Toi & Stanley


Kau Yang Bernama Seri ( Handy Black) - TOI
Lelaki Buaya Darat ( Ratu ) - NADIA
Beat It ( Michael Jackson ) - STACY
Tapi Bukan Aku ( Keris Patih ) - NUBHAN
Kerana Kau ( Alleycat ) - STANLEY
Rock Around The Clock ( Elvis ) - Riz

P/s:- Sorry tak sempat nak update semalam pasal teka picture kat post bawah nie. Insya Allah akan update malam ini..

Labels:


posted by admin at 8:20 AM | Permalink | 0 commenti

KONSERT MINGGU KELAPAN AKADEMI FANTASIA 06

Saturday, May 10, 2008
Ore : 11:41 PM

Aku cukup puas hati dengan konsert minggu nie. Tak banyak kelemahan yang ditonjolkan. Bukannya takde tapi hanya sikit sahaja. Nyanyian lagu bonus diawal konsert sudah cukup membangkitkan mood untuk terus menonton. Nyanyian lagu Sembunyi dan Ada apa dengan cinta dari gabungan para pelajar boleh dibanggakan. Tampak memang ada keserasian antara mereka.walalupun masih belum cukup harmoni. Kehadiran Aisah untuk menyampaikan lagu Syurga ditelapak kaki ibu juga cukup nostalgik untuk meraikan hari ibu yang bakal disambut esok. Tapi yang kasihan Stanley sahaja yang tidak dapat bersua dengan ibunya kerasa tidak dapat hadir ke konsert akibat keuzuran. Yang lain-lain semua dapat melepaskan kerinduan masing-masing bertemu ibu mereka. Mengenai tiada penyingkiran minggu ini akau memang telah jangka dari awal lagi. Pasti akan ada konsert yang tidak akan berlaku penyingkiran. Anyway akau nak ucap gak selamat hari ibu pada ibu aku. Hajah Ramlah . “Selamat Hari Ibu!”. Ok ini adalah ulasan aku untuk minggu ini.

Juri Jemputan
Ida Nerina

Yang Boleh Diterima

Stacy – Gembira Hidup ini.
Tak perlu nak ulas banyak memang best Stacy bawak lagu ini. Takde sekuis pus gaya Farah AF2 muncul. Gaya persembahan yang menarik dah tidak pernah menghampakan. 4 Bintang

Toi – Kasih Berduka
Kiranya kenalah dengan jiwa Toi yang memang suka joget lambak. Mood persembahnan memang ada pastu dibantu lagi dengan para pelajar lain yg turut sama menari disekitar dewan. Mawi pun turut ditarik sama untuk menari bersama. Pitching Toi makin ok sekarang . Dah tak banyak problem untuk lagu2 sebegini. Cuma Toi lom menjiwai lirik lagu ni sepenuhnya. Dia Cuma concerntrate dengan tarian dan lontaran vocal sahaja tetapi tidak didalam menjiwai lirik lagu terbabait. So aku simpulkna bahawa Toi hanya menyanyikan lagu ini tetapi tidak berjaya menyampaikan maksud lagu kepada aku. Selain itu kehadiran Datuk A Rahman Hassan didalam persembahan Toi pun macam ada takde jerk. Anyway ini merupakan pesembahan terbaik Toi setakat ini. 3 Bintang

Stanley – Naluri Lelaki
Walaupun dia nie bukan lah lelaki macho macam Eman Mnan tetapi lebih cenderung pada Izwan Pilus ataupun Hazami, namun aku tetap percaya dia tetap ada naluri sebagai lelaki. Dari segi persembahan dan nyanyian keseluruahnnya Ok. Walaupun ada sedikit nampak over dan tak relaks. Namun Stanley lebih confident untuk project voice dalam lagu ni. 3 Bintang

Yang Tak Boleh Diterima

Riz – Laskar Cinta
Jelas sangat dia memang tak suka lagu ni. Awal masuk jerk dah sumbang. Jiwa memberontak untuk menolak lagu ini cukup terpancar. Kiranya persembahan paling worst dari Riz dan untuk konsert kali ini. Jika ikut aku Riz yang sepatutnya tersingkir minggu ini jika berdasarkan persembahan. 1 Bintang

Nubhan – Hanya Engkau Yang Mampu
Aku memang suka tonne suara Nubhan ketika di note rendah. Tapi bila masuk note tinggi jerk mulalah nak ke angsa. Breath support dia tak cukup. Dia kena berlatih lagi untuk mencapai tahap yang lebih baik. Memang benar dia nie memang sesuai untuk lagu ballad sahaja. 2 Bintang

Nadia – Karma
Aku tengok persembahan Nadia kali ni agak membosankan. Mubgkin attitude persembahan dia static untuk setiap persembahan. Gaya nyanyian pun sama sahaja. Nadia nie kena lebih peka untuk membuatkan persembahan dia lebih menarik. Dia perlukan idea baru untuk dikembangkan bukan hanya tampil dengan gaya yang sama. 2 Bintang

Lagu Bonus
Masih tak cukup harmoni but its okay. Sebab ini bukan Gangstaz…

Menuju puncak
Kemabali pulih seperti konsert ke tujuh

Yang Tersingkir

Tiada penyingkirian walaupun ketika tutup undian Nadia jauh tertinggal dibawah. Kiranya jika ada peningkiran Nadialah yang akan tersingkir minggu ini. Tak kira apa motif Astro pun pasti ramai yang dah berabis duit untuk selamatkan pelajar kegemaran masing masing. Kauorang tengok gambar yang aku amik masa peratusan pelajar ditayang semula pada pukul 1140 malam tadi.

Yang Patut Tersingkir
Riz
Nubhan

Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Riz
Nubhan
Nadia

Labels:


posted by admin at 11:41 PM | Permalink | 2 commenti

Ramalan pelajar tersingkir untuk minggu ini.


Ore : 12:31 AM

Untuk minggu nie malas nak tulis panjang2 aku nak cakap pasal 2 pelajar yang aku ramalkan akan tersingkir minggu nie. Kalau diikutkan memang majoritinya nakkan Toi yag tersingkir. Begitu juga aku. Tapi dah 3 minggu Toi terselamat dari penyingkirann. Rezeki anak dia kot. Aku sebenarnye kesian tengok Toi setiap hari kena keji jerk bila duduk dalam tu. Lagi baik keluar dari asayik jadi bahan kutukan... Lagipun Toi memang kurang peningkatan kalau nak dibanding ngan pelajar lain. Nubhan pun sama peningkatan dia tak setara macam Riz dan Stacy yang jauh kedepan. Walaupun karektor mereka berdua nie menarik didalam diari namun kebanyakkan undi datang dari persembahan diwaktu konsert itu sendiri. So my pick for this week is Toi or Nubhan.

Labels:


posted by admin at 12:31 AM | Permalink | 0 commenti
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
AF5 FC.

  • Afiq FC
  • Aizat Kasi Gegar
  • Aswad AF5
  • Candy AF5
  • Dafi AF5 Blog
  • Dafi Fan Club
  • Dekna FC
  • Ebi AF5
  • Heliza AF5
  • Infinatez
  • Mila AF5
  • Noni AF5
  • Penglipurlara AF5
  • Rizal AF5
  • Shawal AF5 Blog
  • AF4 FC.

    Faizal YG
    Diddy YG
    Velvet FC
    Fabulousfaizal FC
    Salima FC
    Faizal FC
    Farhan FC
    Lotter FC
    Zila FC
    AF3 FanClub

    Mawi Friends Community
    Felix Agus Fan Club
    Amazing Amylea
    Amylea Fan Club
    Marsha Fan Club
    Marsha Londoh
    Yazer FC
    Reza Funky Fan Club
    FCOKefli
    Akma Fan Club
    Ekin Fan Club
    Aidilistic
    Amy's Army Fan Club
    Jiwang United FC
    M&M Freinds
    M2M Frenz

    A.R.K.I.B. .N.A.K.A.L.














    Semua karya telenovela di tulis oleh Eqine. Jutaan terima kasih utk Eqine.
    Download

    Laskar Cinta
    Hanya Untukmu-Mawi
    V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
    Mawi - Al- Jannah
    Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
    Dewa - Sedang Ingin Bercinta
    V/C Marsha - She
    V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
    Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
    Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
    MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
    Nakal Listening


    Fav. Link Here



    Siapa yg links dgn. nakal?

    Contact Kami


    Counter


    Free Counters
    Free Counters

    referer referrer referers referrers http_referer





    Enter your email address below to subscribe to nakaltitude!


    powered by Bloglet
    Credits
     

    Powered by Blogger

    eXTReMe Tracker
     View My Public Stats on MyBlogLog.com