Akhirnya selesai sudah sesi debat yang ditungu-tunggu satu Malaysia diantara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Sabery Cheek dengan tajuk debat " Hari Ini Memerintah Esok Turun Harga Minyak." Berikut adalah inti pati debat dan hujah dari kedua-dua pihak. Anda nilaikan sendiri yang mana releven dan bernas.
Datuk Sabery Cheek
- Isu kenaikan global.
- Kerajaan terpaksa menanggung subsidi 50 billion ringgit jika tidak menaikkan harga minyak.
- Jika tidak naik harga minyak kerajaan tidak dapat menampung dana untuk peruntukkan sektor lain.
- Anwar hanya pandai membantah dasar kerajaan sejak dari tahun 1974 (isu penubuhan Petronas oleh Tun Abdul Razak) dan kini Anwar membantah lagi kenaikan harga minyak.
- Isu inflasi masih terkawal dan pertumbuhan ekonomi masih dilandasan yang betul.
- Jika terus tanggung subsidi kerajaan terpaksa menanggung sekali perbelanjaan subsidi kepada pihak yang telah kaya. Adalah lebih baik diberi terus dana subsidi itu terus kepada rakyat yang layak.
- Kerajaan telah berjaya menangani isu kekurangan bekalan makanan dengan baik dan kita harus percaya dengan dasar kerajaan ini merupakan yang terbaik untuk rakyat.
- Kesukaran untuk merubah kontrak yang sedia ada untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
- Menuduh Anwar suka mencari populariti dan suka menentang dasar kerajaan dengan menganjurkan demonstrasi di jalanan dan konsert liar.
Dato Seri Anwar Ibrahim
- Untuk menurunkan harga minyak, beliau mencadangkan kerajaan menggunakan 2 billion dana dari Petronas untuk menampung subsidi selain merubah kontrak IPP dan yakin akan dapat menjimatkan wang kerajaan sekaligus boleh digunakan untuk subsidi minyak.
- Cadangan menggunakan reserve modal TNB yang mencecah 40% sebagai tampungan subsidi minyak.
- melalui pengurusan ekonomi yang baik dan bersih tanpa rasuah dapat membantu menampung subsidi minyak.
- Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang tidak diberi subsidi minyak kerana pendapatan perkapita Norway 10 kali lebih tinggi dari Malaysia.
- kenaikan mendadak harga minyak telah menjejaskan sektor ekonomi negara dan jika ini berterusan kemelesetan dan inflasi yang teruk akan berlaku di Malaysia.
- Dividen Khas yang diberikan Petronas kepada kerajaan boleh digunakan untuk menampung subsidi minyak.
Jadi anda nilailah sendiri apa yang perlu demi masa depan kita. untuk membaca ulasan penuh sila ke Malaysiakini di sini
Labels: Politik
posted by admin at 12:25 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Deabat Sejarah.