Dah bertahun rasanya mamat Toyon ni aku tak jumpa. Masa dia kawin pun aku tak dapat dtang. Tapi hari Jumaat lepas Gundud call aku cakap Toyon ada kat JB. So Gundud pun arrange laa nak lepak sesama. Maklumlah bukan selalu si Toyon ni ada kat JB kan . Dan kalau takde geng dari UITM Melaka turun takdenya aku dan Gundud nak melepak sesama. Almaklumlah rumah aku dan rumah Gundud jauh. Hehehe... Banyak betul citer lama kita orang borakkan. Sambil-sambil tu aku bertanya khabar tentang geng-geng kami yang lain masa kat UITM Melaka dulu. Sedar tak sedar dah hampir 10 tahun aku tinggalkan zaman belajar aku. Banyak betul pengalam pahit manis yang tak dpt dilupakan. Bila lagi la agaknya nak jumpa kawan2 lama.
Labels: Personal
posted by admin at 12:02 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Alamak Toyon Datang