Pada mulanya aku tidak begitu beriya untuk menonton konsert Afmasuk ni. Yelah ni kan kiranya barang recycle. Buat buang masa jerk nak tengok beriya. Lagi pun aku memang tak hantar AFMASUK untuk kesemua bekas pelajar tu. Yelah nak buat apa kalau dapat masuk pun peluang nak jadi juara amat tipis sekali lainlah kalau ada kerabat ke Donald Trump ke nak inject 3 juta buat sms diaorang nie time konsert final. Tapi aku tengok la jugak konsert ni tapi bukan sepenuh hati pada awalnya. Tapi makin aku tengok makin best pulak bebudak nie perform. Macam kata akak sorang nie yang suka sakan tengok konsert kali nie siap terpancut segala air yang ada kat dalam badan dia. Cuma adalah seorang dua yang terkehel sikit. Tapi itu aku kira normal dan aku kira puas hati lah dengan konsert AFMASUK ini berbadaning konsert yang sudah-sudah. Cuma iklan-iklan untuk menyakat si Aznil itu tak boleh diterima langsung.
Para pengkiritik
Liza Hanim
Syarifah Syahirah
Adlin Aman Ramli.
Salima - Nour EL-Shams
Aku rasa ini merupakan persembahn yang terbaik dari Salima. Kesemua sebutannya cukup jelas dan mengasyikkan. Jelas Bahasa Arab bukanlah satu masalah baginya. Merupakan pelajar pertama membuat persembahan, Salima berjaya terus menghidupkan suasana walaupun aku rasa sistem bunyi untuk Konsert kali ini agak menghampakan. Anyway jelas Salima telah memberikan persembahan yang terbaik.
3.5 Bintang.
Amirul – Kurnian Cinta
Aku kira Amirul ini tidak belajar dari iktibar. Dia merupakan pelajar akhir yang tersingkir tapi dia tidak menggunakan kedudukannya itu sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri. Dia seharusnya lebih peka untuk sedar awal yang dia mempunyai peluang untuk kembali mausk ke dalam akademi. Tapi dia tidak menunjukkan kesungguhan untuk merebut peluang itu. Dia menyampaikan lagu tugasannya sambil lewa. Tiada idea kreatif yang ditonjolkan Cuma sekadar cuba meraih undian melalui kecomelan raut wajahnya. Dan aku kira ini merupakan antara persembahan yang terburuk dari Amirul.
1.5 Bintang
Nora - Berpaut Didahan Cinta
Aku suka dengan lagu ini, tapi aku macam kurang berminat dengan gaya persembahan dari Nora. Mungkin nak sangat all out ianya memakan dirinya sendiri. Beberapa pergerakkan yang tidak sepatutnya dilakukan telah membuatkan aku rasa ianya tidak kena langsung sekaligus menghilangkan mood . Dari segi vokal, sebutan Nora kedengaran kurang jelas. Tapi aku salute dengan keberanian dan kesungguhan yang dipamerkan.
3 Bintang
Rich – The Reason
Dari kesungguhan yang dipamerkan, jelas Rich memang berhak meraih undi yang banyak. Aku tidak kisah jika ada orang mengatakan yang bapa si Rich nie telah melabur ribuan ringgit untuk mengundi anaknya. Dan aku kira sesiapa yang telah mengundinya juga tidak akan menyesal. Kesungguhan yang dipamerkan melalui persembahannya cukup membuatkan para pengunduinya rasa berbaloi. Rich berjaya membawa lagu tugasannya dengan penghayatan yang cukup baik. Air mata yang dititiskan diakhir persembahan cukup menyentuh perasaan.
3.5 Bintang
Karen – Jejaka Idaman
Karen merupakan satu-satunya pelajar yang menjadi mangsa lagu untuk konsert kali ini. Aku kira lagu yang diberikan kepada Karen tidak memberi apa-apa kelebihan kepada dirinya untuk menonjolkan lagi dirinya. Memanglah peluang Karen untuk melayakkan diri ke final tipis tapi dengan lagu tugasan sedemikian membuat takde langsung la peluang dia nak masuk final. Tapi aku tetap beri kredit kepada Karen kerana cuba deliver lagu tugasannya sebaik mungkin. Kesungguhan yang dipamerkan hampir kesemua barisan calon pelajar akhir ini amat menyenangkan.
3 Bintang
Diddy – Diari Seorang Lelaki
Pada awalnya aku kira, persembahan ini pasti membosankan. Tapi aku silap. Diddy berjaya membawa lagu ini dengan gayanya yang tersendiri dan menyakinkan. Vocally dia amat menakjubkan. Walaupun kelihatan adakalanya agak perit dia ketika berada dinada tinggi. Diddy jelas menghiburkan dengan lagu ini walaupun gerak tarinya agak mengjengkelkan. Aku kira presiden Diddy FC kena hantar dia pergi kelas tarian lagi agak lebih kemas setiap tariannya.
3.5 Bintang
Zila
Walaupun lagu yang dinyanyikan merupakan lagu keroncong aku tetap suka dengan persembahan Zila. Aku bukanlah peminat muzik keroncong macam Sultan Johor, tapi aku memang tertarik dengan persembahan Zila kali ini. Dengan penampilan wanita melayu terakhir disertakan lagi dengan vokal control yang cukup superb membuatkan aku terbuai mendengarkan alun nyanyian Zila. Dan aku kira ini merupakan persembahan terbaik dari Zila. Walaupun berjaya membuat persembahan dengan baik sayang sungguh dia masih gagal untuk menarik pengundi. Biasalah yang hantar undi perempuan bukannya lelaki. Jarang sungguh perempuan nak undi perempuankan Kak Ferbie…..
4 Bintang
Lotter
Masih biasa dan tiada kelainan. Bukan tidak bagus tapi aku sudah lali dengan persembahan yang dipamerkan oleh Lotter. Tidak banyak kelainan didalam persembahannya. Tarian ulat bulu ala-ala Micheal Jakson tu dari sesi ujibakat lagi aku dah dapat tengok. Mungkin Lotter kena belajar bentuk tarian lain. Dari segi vokal juga masih lagi kedengaran kesengauannya dan Lotter m,asih perlu belajar banyak lagi. Tapi ianya memang persembahan yang menghiburkan.
3.5 Bintang
Lagu bonus – Tribute to Hail Amir dan Uji Rashid
Aku tak nampak pun kelibat Uji dan Hail nie kat dewan tu. Pihak Astro tak jemput ke diaorang nie. Apalah kata tribute untuk mereka tapi diaorang takde pun. Yang ada cuma anak Uji si Cico tu. Anyway untuk lagu tugasan finalist kali ini aku tak berapa amik pusing pun. Tapi yang aku dengar tone suara Haziq dan Farhan cukup masuk dengan lagu-lagu tribute ini. Tapi yang kelakarnya seluar si Faizal tu. Terbeliak mata si Eton tengok Faizal pakai seluar cam tu. Sampai tak kerlip aku tengok mata dia tatap kat seluar (XXXXX) Faizal. Lantak kau lah Eton.
Pelajar yang diterima masuk adalah Lotter.
Ulasan Lain
Akak Maskara Ungu
Abang angkat Zahid
Kredit gambar to Astro
- Posted at March 01, 2007 1:46 PM | By