About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (12/07/2006)

Thursday, July 13, 2006
Ore : 2:08 PM

Memang telah terbukti didalam AF kali ini pelajar lelaki lebih becok dari pelajar wanita. Cikgu Syafi pun perasan benda ni siap sound lagi bebudak lelaki nie mulut murai. Kadangkala ada baik juga kelakuan mulut murai ni di akademi sebab secara tidak langsung ianya menyerlahkan lagi seseorang pelajar itu dari duduk diam jerk boleh buat penonton tidak terasa kehadiran mereka nanti. Didalam kelas Cikgu Syafi banyak benda baru telah mereka belajar sampaikan sakit tekak punya hal pun Cikgu Syafi kena terangkan. Lotter kelihatan paling sibuk menanya tengtang penyakit tekak. Aku tertanya juga kenapa strepsil tak jadi penaja untuk para pelajar ini?

Para pelajar kemuadian ada menonton v/clip terbaru Nikki. Ini kira homework untuk Velvet yang menapat lgu Nikki sebagai lagu tugasan. Kelihatan dia sedikit resah untuk menandingi kehebatan vokal Nikki dan aku akui memang Velvet akan mengalami kesukaran itu. Vokal Nikki dan Velvet agak jauh bezanya dan masalah yang pasti dihadapi Velvet adalah weight pada suaranya seakan tiada apabila dinada rendah. Cikgu Syafi kena cari jalan untuk membantu Velvet kali ini. Aku harap Zahid akan muncul sebagai kejutan untuk Velvet minggu ini.

Paparan memualkan muncul jua apabila Haziq cuba lagi merapati Leez. Ketika itu Leez sedang menukar bateri mic dan Haziq ala-ala macho baling kat sebelah Leez dan sibuk Tanya pasal tarian menuju puncak. Tapi apa yang best kali ini, Leez tak layan pun mamat Tora ni dan aku ketawa gembira. Huahuahahauaa…
Kemudian paparan Amirul yang mengalami masalah tidak cukup waktu untuk menedengar lagu tugasan. Memang aku lihat para pelajar semakin tertekan sebab masih banyak lagi tugasan yang belum dapat mereka persiapkan sepenuhnya. Agaknya kerana ada tiga lagu bonus membuatkan mereka tidak cukup masa untuk mempersiapkan kesemuanya sekali gus. Diari tengahari diakahir dengan Haziq berpantun dengan Leez didalam kelas Aspirasi Musik Tradisional. Siap ada sayang-sayang lagi pantunya. Cisss… meluat sungguh akau melihat Haziq… terus tutup TV.. OFF!!!!

ON TV balik untuk sambung tengok diari bahagian kedua..mula jerk dan tunjuk paparan yang memualkan. Haziq nyanyi lagu Dealova sambil merenung Leez dari cermin. Leez siap tunjuk tangan menggeletar pada Haziq tapi bab tu buat aku tergelak. Betul ke Haziq nie tangkap lentok ngan Leez nie atau hanya drama oleh pihak Astro?????

Kemudian paparan Lotter menari gerak tari Chow Kit Road, Aku ingatkan Cikgu Linda tidak akan menjerit lagi tapi dia menjerit jugak tapi bab tu yang buat orang suka tengok kelas koreografi ni. Kalau tak mana syok nak tengok kalau Cikgu Linda cakap lemah lembut. Aku rasa Lotter tidak menghadapi masalah untuk koreografi lagu tugasannya. Kegusaran Lotter untuk lagu tugasan yang ditunjukkan didalam akademi sekadar pencetus gimik dikalangan pengikut Lotter.

Paparan Lotter dan Leez duduk berdua dimeja makan pun hendak dijadikan isu. Entahlah adakalanya kemasukkan Leez kedalam akademi membuatkan para pelajar lain ghairah untuk berkawan. Malaslah nak ulas. Didalam kelas Cikgu Kevin yang sudah lama tidak kelihatan diakademi ada sedikit kelainan. Tiada lagi perkataan carb…carb.. carb.. kedengaran. Kali ini Kevin bertindak sebagai pakai motivasi selain menjadi pakar kesihatan kepada para pelajar. Banyak juga luahan para pelajar yang cuba didengarinya.

Kemudian para pelajar kelihatan berbincang tentang lagu bonus dan pelbagai pandangan oleh para pelajar telah kedengaran. Boleh ke semua idea mereka diaambil pakai?? Cikgu Corrie pula meluahkan kepenatannya untuk mereka tari untuk lagu minggu ini. Jelas bukan sahaja pelajar yang mengalami tekana minggu ini tapi pengajar pun terbabit jua. Diari diakhiri dengan Velvet yang kelihatan cuba memujuk Faizal. Tak pasti jua apa sebabnya mungkin disambung hari ini..

posted by admin at 2:08 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (12/07/2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com