About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelapan)

Sunday, July 23, 2006
Ore : 11:29 PM

Aku sebenarnya tidak dapat menonton konsert kali ini secara langsung sepenuhnya. Hari nie jerk aku dapat tengok ulangannya. Jadi inilah ulasan aku untuk konsert kali ini.

Barisan para pengkritik
Siti Hajar
Tiara Jacquelina
Adlin Aman Ramli.


Lagu bonus – Aku Sudah Jatuh Hati.
Untuk lagu ini para pelajar masih belum memberikan sepenuhnya fokus ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan untuk lagu bonus yang pertama masih kurang harmoni diantara pelajar. Tidak dapat memberikan apa-apa impak kepada audience.
2 Bintang

Farhan - Emosi

Aku agak khuatir melihat Farhan pada mulanya dengan kasut tumit tinggi sejengkal. Nampak sangat dia tak selesa. Nasib baik dia membuat persembahan tanpa kasut tu, kalau tak mesti kena kondem gila babeng dengan pengkritik. Tapi secara teknikalnya persembahan Farhan aku simpulkan biasa sahaja. Mungkin impak yang dibawnya untuk lagu Still got the blues begitu sukar ditandingi. Tapi memang kedatangn Datin Tiara dan Stephen Rahman cukup memberi kesan kepada para pelajar didalam penyampaian mereka.
3.5 Bintang

Haziq – I Need To Know

Lagu Latin sebegini memang agak sukar dibawa lebih lagi oleh Haziq. Aku tak percaya yang Haziq mampu menyampaikan lagu ini dengan baik walaupun tidak perfect. Maksud aku dari segi gaya persembahan Haziq kali ini cukup lain dari kebiasaannya. Tapi macam kata Aznil jika lagu itu dibawa orang Perancis pasti ada bunyi perancisnya jika dibawa oleh orang Sepanyol pasti ada bunyi Spanish nya, begitu juga Haziq tetap kedengaran lenggok aslinya walaupun tidak begitu ketara. Anyway konsert kali ini Haziq berjaya,
3.5 Bintang

Velvet – Penantian

Lagu ini pada awalnya aku tidak begitu cam namun bila masuk verse yang kedua aku terus dapat ikut segala lirik yang dinyanyikan. Kira ni lagu evergreen juga. Pemakaian Velvet cukup merimaskan. Baju kuning yang gedoboh namapak macam kelambu, aku rasa Astro patut tukar perunding imej mereka nie. Pergerakkan memang terbatas dan itu aku tak kisah sebab lagu ni kira slow numberkan. Tapi aku kesian tenga Velvet yang tak selesa ketika menyanyi. Dari segi vokal aku kira Velvet tidak membuat yang terbaik.
3 Bintang

Amirul – Jatuh.

Bila aku menonton imbasan aku hairan bila Amirul mengatakan yang dia telah buat yang terbaik. Semua apa yang dilakukan diatas pentas seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Aku tak hairan mengapa dia tersingkir tapi yang aku hairan mengapa dia boleh sampai ke minggu kelapan baru nak tersingkir. The worse performance in this concert.
1.5 Bintang

Faizal – Smell Like Teen Spirit.

Kini aku faham kenapa ramai yang meminati Faizal. Kehendaknya untuk melakukan yang terbaik ketika konsert cukup meyakinkan aku yang dia memang deserve untuk ke final. Tapi itu bukan bermakna dia yang terbaik. Lagu ini memang hebat tapi Faizal tidak mampu membuat perubahan. Dia sekadar menghiburkan sahaja.
3.5 Bintang

Lagu Bonus – Cinta

Aku rasa kedua-duanya seperti diva ketiak menyampaikan lagu ini cukup harmoni dan memang menyentuh. Vokal kedua-duanya cukup baik berbanding untuk lagu individu masing-masing.
4 Bintang

Lagu Bonus – Bila Rindu.

Entah mengapa bila semua pelajar begabung dah tiada connection between them. Kenapa persefahaman diantara Velvet dan Farhan untuk lagu bonus sebelumnya tidak dapat diteruskan. Berterabur semula semuanya. Ini telah masuk konsert kelapan tapi mereka gagal menghubungkan chemistry diantara mereka didalam lagu. Sayang sungguh.
2.5 Bintang

Pelajar yang tersingkir Amirul


Kejutan
Faizal, Farhan , Velvet dan Haziq berjaya ke final.
AFMASUK diadakan untuk kesemua bekas pelajar. Dan bekas pelajar akan membuat persembahan di konsert yang kesembilan. Entahlah kenapalah idea gila macam ni nak diteruskan oleh Astro. Tak cukup untung la agaknya AF tahun nie….

posted by admin at 11:29 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Konsert Diari Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelapan)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com