About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Hans Isaac - Erra Fazira - Engku Imran part 2

Friday, July 06, 2007
Ore : 12:59 PM

Semua pihak dah buat kenyataan di akhbar. Hans Isaac, Erra Fazira dan Engku Emran.. Semuanya dah mula bersuara. Ada yang mengiyakan ada yang menafikan. Tarik tali ini terus berlaku. Tampak banyak pihaklebih menyebelahi Hans, almaklumlah orang yang dikecewakan lebih mudah meraih simpati. Begitu juga orang yang dikatakan curang lebih mudah dikeji. Namun semuanya sudah semakin nyata. Kisah lama semakin terbongkar. Peminat semakin jelas duduk perkara sebenarnya. Namun Allah lebih mngetahui segala-galanya.

Petikan Hmetro semalam..


'Saya bukan lari'
Oleh Hartati Hassan Basri dan Nor Akmar Samudin



KUALA LUMPUR: “Biar dia selesaikan dengan caranya dulu. Saya bukannya melarikan diri tapi ada kerja yang perlu diselesaikan,” kata pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 33, ketika dihubungi, semalam.

Erra berkata, dia mengetahui pelbagai cerita disebarkan mengenai dirinya tetapi tidak mahu membuat sebarang kenyataan untuk menjelaskan keadaan atau mempertahankan maruahnya.

Katanya, dia akan memberi kenyataan pada masa sesuai nanti dan untuk berlaku adil akan membuat kenyataan secara rasmi di hadapan semua media.

“Buat masa ini, saya mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap penggambaran filem Hidden. Apa yang boleh saya katakan ketika ini ialah cerita yang digembar-gemburkan itu tidak betul.




“Saya anggap ini sebagai satu dugaan buat saya. Harap beri masa untuk saya selesaikan tugas saya terlebih dahulu,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan kenyataan pelakon Hans Isaac hubungan cintanya dengan Erra sudah putus sejak dua minggu lalu.

Ini kerana bekas Ratu Cantik Malaysia itu mahu berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin, 32.

Hans juga mengakui gosip yang tersebar luas mengenai dia menemui Erra bersama buah hatinya di kediaman Erra, kira-kira dua minggu lalu.



Sementara itu, Imran tidak menafi atau mengesahkan menjalin hubungan cinta dengan Erra ketika dikerumuni wartawan pada majlis sidang media mengenai Konsert Suria FM di sini, semalam.

Katanya, dia mengenali Erra sebagai artis dan tidak lebih daripada itu kerana selaku kakitangan stesen radio, dia baik dengan semua artis, termasuk Erra.

“Saya tidak nafikan perkara yang sahih tapi apapun terjadi, ia urusan peribadi.

“Saya juga tak gentar berhadapan situasi itu kerana tidak membuat sebarang kesalahan dan Allah swt akan mendedahkan kebenaran.

“Kenapa saya perlu takut kerana saya tidak buat salah dan saya yakin Allah swt akan membantu saya menyelesaikan perkara ini,” katanya sambil mengakui menghormati wartawan yang datang ke majlis itu.

Mengenai gosip yang sedang hangat diperkatakan sejak Isnin lalu, kata Imran, itu adalah hak peribadinya.

“Saya tidak suka mencampuri hal orang lain. Tumpuan saya sekarang kepada Konsert Suria FM, Sabtu ini. Saya ada keluarga dan saya harus menjaga perasaan mereka. Semua orang ada ibu bapa, abang, adik atau kakak, begitu juga dengan saya.

“Seperti mana saya menghormati awak semua, awak hormatilah perasaan ibu bapa saya.

“Mereka masih hidup dan saya bukan insan yang terbabit secara langsung dalam lapangan hiburan kerana saya bukan pelakon atau penyanyi,” katanya.

Mengenai kenyataan Hans bahawa Imran dan Erra akan berkahwin, dia berkata, sebarang keputusan mengenai masa depannya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu.

“Isu perkahwinan itu bukan datang dari mulut saya. Ibu bapa saya juga belum tahu apa-apa mengenainya. Kalau anda tidak menghormati saya pun, hormatilah keluarga saya,” katanya.

Dia juga berharap, jangan panjangkan lagi isu terbabit dan tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa.

“Saya perlu menangani situasi itu secara profesional kerana saya tidak mahu menyakitkan hati orang dan harus bertindak menggunakan akal fikiran.

“Walaupun saya sudah jangka akan berlaku, saya anggap gosip yang tersebar sekarang hanyalah fitnah. Saya juga menghormati Hans dan tidak bermusuh dengan sesiapa. Hanya Allah swt tahu perkara sebenar,” katanya.

Imran seterusnya menjelaskan dia tidak akan membuat sebarang sidang akhbar untuk menjelaskan perkara yang tercetus sekarang.

“Saya yakin dengan tersebarnya berita itu, reputasi saya sebagai Ketua Pegawai Operasi Suria FM tidak terjejas kerana saya tidak pernah mencampurkan urusan peribadi dengan kerja,” katanya.

Labels:


posted by admin at 12:59 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Hans Isaac - Erra Fazira - Engku Imran part 2
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com