About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Perkahwinan Eizlan Yusof dan V Shantie Haroon

Tuesday, July 10, 2007
Ore : 6:27 PM



Akhirnya hero handsome malaysia melangsungkan perkhawinan dengan gadis pelihan hati dari Sabah V Shantie Haroon.. Eizlan memberi hantaran sebanyak RM77,777.77 kepada Pihak perempuan. AKHIRNYA ketika usia Eizlan Yusof melewati 36 tahun, dia mengambil keputusan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis Sabah yang khabarnya baru berusia 21 tahun. Selepas Zubir teropong, gadis bertuah yang bakal bertakhta di hati Eizlan itu, namanya V Shanty yang kini bertugas di sebuah firma seni bina terkenal di Kuala Lumpur.

V Shanty adalah gadis kacukan Melayu-Pakistan, muka meletup beb! Zubir dengar cerita lagi, Eizlan dan Shanty bakal disatukan di Sabah pada 7 Julai depan iaitu selepas enam bulan mereka berkenalan secara serius dan bercinta sakan. Khabarnya lagi, Eizlan mula melamar Shanty pada 7 Januari lalu.

Status bukan penghalang baginya untuk menyunting V.Shanty.

Status ‘janda’ pada wanita yang bakal menjadi isterinya bukan menjadi isu untuk Eizlan.

“Saya tidak faham mengapa sesetengah pihak seringkali menggembar-gemburkan hal ini. Sudah semestinya saya mengetahui status dia ketika kami berkenalan.

“Saya menerima dia dengan seadanya,” tegas Eizlan mengenai isu yang menjadi perbualan hangat pihak media.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini. Apa yang sudah berlaku, baik dibiarkan sahaja,” ujarnya lagi.

Vie seorang yang baik serta pentingkan keluarga
Detik-detik pertemuan pasangan kekasih ini terjadi pada 7 Januari 2007. Itulah bibit manis perkenalan hero kacak tersebut jatuh cinta dengan wanita berkacukan Pakistan-Kadazan itu.

Tanggal penghujung bulan April 2007, Eizlan mengambil keputusan untuk melamar Vie sebagai isterinya.

“Saya merupakan seorang leleki yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan. Malah, jika saya ingin mendirikan rumahtangga, saya akan pastikan bahawa wanita pilihan saya mempunyai nilai tersebut,” ujar Eizlan mengenai pendirian mencari teman untuk membina mahligai cinta bersama.

“Vie memiliki segala-galanya. Dia merupakan seseorang yang meletakkan keluarganya sebagai kepentingan utama di dalam kehidupannya.

“Malah, dia merupakan seorang yang selalu merendah diri dan tidak pernah bersikap sombong dengan orang lain,” ujar Eizlan mengenai bakal isterinya yang berasal dari negeri di bawah bayu itu.

“Malah saya terkejut yang dia bertugas sebagai quantity surveyor dan tidak meletakkan karier sebagai kepentingannya pertamanya. Ternyata sangkaan saya salah sama sekali,” ujarnya lagi.

Status selebriti yang terpacar pada diri Eizlan turut tidak menjadi masalah untuk Vie menerima pelakon tersebut sebagai teman hidupnya.

“Dia tahu bahawa artis sentiasa akan berada di bawah pemerhatian ramai dan mereka tidak akan lari daripada gosip. Vie sudahpun menerima hakikatnya dan mampu menerimanya,” ujar Eizlan lagi.

“Komunikasi serta kepercayaan merupakan elemen utama dalam perhubungan kami. Kami saling mmepercayai di antara satu dengan yang lain. Itu semua kenyataan Eizlan kepada pihak media. Sekalung tahniah untuk Eizlan dari Nakaltitude crew. Semoga berkekalan ke akhir hayat.

Labels:


posted by admin at 6:27 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Perkahwinan Eizlan Yusof dan V Shantie Haroon
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com