Best giler dapat cuti. Dapat kejap aku lupakan bebanan kerja. Memang takde apa-apa planning pun untuk cuti nie. Cuma nak lupakan bebanan kerja sahaja. So pagi tu lepas hantar Eton gi kerja, aku gerak gi rumah mak aku dan tolong tengok dia punya PC. Ayah aku asyik merunggut jerk cakap pc tu slow bila surf internet. Aku cakap tambah lah RAM sebab sekarang pc tu punya RAM cuma 128mb jer. Tak sangka pulak dia memang serius nak upgrade dia nye PC. Dia campak kat aku 200 suruh carik RAM. Aku pun call Botak ajak teman aku gie Landmark untuk carik RAM. Kebetulan mamat tu memang nak beli PC untuk office dia. Dia datang pick up aku kul 1130. Dan terus gi ke Landmark. Kira syurga PC lovers la untuk org JB. Dekat 8 kali kita orang tawaf kat Landmark tu. Akhirnya Botak grab jugak satu PC Pentium dual core yg aku rasa berbaloi. Harga dia $1400.00. Oklah tu kiranya dah lebih spec untuk kegunaan EDI office dia. Aku redah 3-4 kedai carik RAM untuk bapak aku dan akhirnya jumpa. Itu pun kat kedai repair PC Irfan si mamat Pakistan tu. RM150.00 dia cakap sebab Ram Kingston 266mm tu susah nak carik. Tak kisahlah aku amik jerk. Pastu singgah kedai accessories PC aku amik Car MP3 player dan USB hub aku belikan ayah aku. Pukul 2 ayah aku call cakap dia dah nak balik kampong. Aku pun berdezup balik rumah dia sebab nak pasangkan Ram tu kat PC dia. Tak yah la aku tunggu sampai hari Ahad untuk pasang menda tu.
Lepas pasang RAM and test run. Aku cabut gi office Botak. Dia suruh aku setup windows untuk PC yang baru dibeli tadi. Siap setup dekat pukul 5.00. Pastu chit chat kejap dengan dia. Sambil dia usha-usha aku untuk kerja dengan dia. Aku wat bodo jerk. Bukan tak nak tapi aku seboleh-boleh elak untuk keja dengan dia. Dulu aku dah kerja dengan dia sekali pastu aku cabut. So aku tak naklah pisang berbuah dua kali. Dekat pukul 530aku cabut gi UDA amik Danish dan Adam pastu terus heading ke bandar nak amik Eton. Pastu gi dinner dengan dia orang kat Wak Radol. Takde menda yang special dan terus balik. Besok aku tak sure nak gie mana…Tunggu jerk la.
Labels: Personal
weii..pc aku mane....wak radol bkn sedap pong...