Wah letihnya badan. Rasa macam nak demam pun ada. Aku dah apply cuti untuk hari Jumaat nie tak sure lulus ke tak? Penat giler seh badan nie. Kadang-kadang aku rasa ada benarnya kata rakan-rakan yang aku nei workaholic. Sentiasa sibuk dan tiada masa. Benarkah aku nie giler kerja? Entahlah aku sendiri pun tak pasti. Yang pasti bebanan kerja yang aku pikul terlalu banyak sehinggakan tak tertanggung rasanya. Tekanan kerja masalah peribadi, keluarga dan cita-cita sentiasa bermain difikiran. Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Kadangkala rasa macam hidup aku ni macam tiada tujuan. Apa yang aku kejar pun tak pasti. Bukan takde target ada. Tapi asyik tersasar sahaja. Apa silapnye perhitungan aku sesebelum ini. Banyak benda kena dikaji semula. Bukan sekadar untuk mencari punca tetapi yang paling penting untuk memperbetulkan dan sekaligus menghampiri tujuan atau pun matlamat. Aku rasa sebagai seorang insan itu sahaja yang termampu aku lakukan disamping terus berdoa. Moga-moga suatu hari impian ini akan tercapai hendaknya. Rela ku menunggumu seribu tahun lama lagi. Tapi benarkan hidup akukan selama ini……… Apa aku melalut nie……. Hehehehe..
Labels: Personal