Juri Jemputan
Hetty Koes Endang
Yang Boleh Diterima
Riz (Time Is Running Out) – Perlu ke nak tunjukkan Korrie yang sibuk nak terkencit mencari jamban. Pastu ada pulak mamat jaga jamban tu sibuk makan depan jamban yang kononnye melambangkan tandas tu bersih nak mampus la. Sebab selera masih lagi terbukak nak makan mee sedap walaupun depan jamban. Uwek!!! Ok2 berbalik pada persembahan Riz memang cukup memberi kelainan. Bila Riz pakai celak mekah jer dah membawa mood untuk terus menonton persembahan dia . But ada sikit problem vocal time high note untuk dia sustain. Tu jerk. Walaupun Riz nie mulut dia cam haram kat dalam Akademi tapi sektiap kali konsert si gemuk ni jarang menghampakan. As I said in previous post pengalaman Riz didalam Gangstaz yang banyak membantu dia membuat persembahan. Aku suke kalau dia dalam bertahan sampai final. 4 Bintang
Stacy (Mahluk Tuhan Paling Seksi) – Tak yah nak cakap lagik la. Tengok jerk Stacy air terus naik pala. Mauahaha.. Sampai tahap camtu ke? Takde lah…(dlm hati cakap ada sikit la.) Stima memang hampir mencecah superb. Cuma ada sikit tak clear time low note. Anyway suka dengan koreografi dan suara Stacy wat bunyi Ahh! Ahh! Ahh! Tu. Macam pernah dengar laa suara cam tu pada waktu malam tapi dimana ya? 4 Bintang
Nadia (Kalis Rindu) – Aku tak paham nape perlu diwarnakan rambut Nadia nie dengan kaler kaler lain. Nape nak kena gak ikut imej Elyana tu. Tak leh ke nak bawak imej sendiri time bawak lagu orang. But dari segi nyanyian aku puas hati walaupun ada tempo off sikit. 3.5 Bintang
Stanley (Ummi) – Budak gemuk nie pun ada menunjukkan peningkatan setelah 3 minggu membuatkan telinga aku nie berdarah. Minggu nie dia ada aplikasi apa yang dibelajar dan tak lagi keliru nak guna suara mana. Mak dia pun aku rasa puas hati la tengok dia nyanyi kali nie. Teknikal vocal masih banyak lagi nak kena adjust tunning tapi akuleh consider ok sebab dia tak lagi menanahkan telinga aku. 2.5 Bintang
Yang Tak Boleh Diterima
Alif (Hai) – Kebangangan dari awal jelas sekali. Time dia ni nyanyi la akunye klimak sampai untuk hempas aku nye decoder Astro tu. Apa tak baru first verse dah lupa lirik. Apa kejadahnya ini semua. Dimanakah hak aku sebagai penonton yang telah dicabuli Alif kerana tidak menghafal lirik di verse yang pertama. Ini bukan rancangan Tom Tom Bak yang kena nyanyi miming atau pun penonton tak kisah kalau lupa lirik. Ini pertandingan nyanyian diulangi nyanyian wahai Alif. Pulak tu kau dah ada seminggu untuk hafal lirik takkan first verse pun tak hafal.. Aduhai Alif!!! Yang lagi aku tak puas hati bila Adam masuk dia macam dah overtake stage dari budak nie. Banyak nak kena improve budak nie. Nape lah TNB tak potong elektrik umah aku time dia nyanyi??? 0.5 Bintang
Saida (Bila Bunga-Bunga Berguruan) – Saida nie tak hilang lagi ke blur? Macam tak nak nyanyi jerk aku rasa. Apa dia ingat dia nyanyi kat dalam Jamban ke apa? Pitching dah la terabur. Entah la apa yang dia pikir. Nasib baik dia kuar mlm tadi. Laki dia pun senyum jerk. Boleh la Saida karaoke pulak kat rumah lepas nie. Al maklumlah dah sebulan tak karaoke di rumah kan….
1 Bintang
Nubhan (Kembali Senyum) – Semakin Lost.. Kosong takde apa yang special pun aku dapat lihat dari persembahan Nubhan melainakn topi Micheal Jackson tu jerk yang cantik yang lain semua sengal. Tempo lari, pitching kelaut, feel kosong. 1.5 Bintang
Mama Rina (Syurga dan Neraka) – Overall performance biasa sahaja. Takde pun impak cuma apa yang aku tertarik baju tu. Nape la Jasmi kasi baju Tanglong kat Mama Rina nie. Kononnya membawa maksud posperity gitulah gamaknya.. 2 Bintang
Toi – Naik lawak aku tengok muka dia nie. Tonne suara leh tahan tapi setiap kali tengok muka fail. So aku sarankan Toi nie bagus untuk jadi back up singer jerk laa.. Dia nie semput sebab lagu tu panjang benor. Dah la tu asyik concentrate kat nyanyian dan diction jer sampaikan interact bersama back up dancer dan audience pun tak sampai. 2 Bintang
Menuju puncak
Menuju Puncak dengan perubahan koreografi dan agak menarik. Walaupun ada student masih tak buat movement dengan sharp cam Saida dan Mama Rina yang katanya sakit lutut. But it will be fine.
Yang Tersingkir
Saida
Peratusan Tutup Undian
Alif 16%
Stacy 14%
Riz 12%
Nubhan 12%
Stanly 10%
Nadia 10%
Toi 9%
Rina 9%
Saida 8%
Yang Patut Tersingkir
Saida
Alif
Nubhan
Toi
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Toi
Alif
Nubhan
Mama Rina
Labels: AF
posted by admin at 1:01 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Konsert Akademi Fantasia Minggu Kelima