Juri Jemputan
Adlin Aman Ramli – Minggu ni punya komen memang kedengaran jujur dari Adlin. Tak banyak yang merapu keluar dari mulut culupar mamat nie. Kebanyakkannya kedengaran telus dan straight to point. So ada harapan dia nie akan jadi pengkritik time konsert final nanti.
Yang Best
Nadia (Total Eclipse on my Heart) – Takyah nak komen penpanjang cukup denagn 2 perkataan. Best Giler!!!! 4.5 Bintang
Riz (Dari Sinar Mata.) – Showmanship amat baik dan berkesan. Tiada movement yang merepek dan versatility Riz semakin terserlah. 4 Bintang
Stacy (Pelesit Kota) – Overall persembahan Stacy best. Walaupun ada off tempo sikit dan movement ada sikit not synchronize with the song but its not overshadows the overall performance. Attitude dalam persembahan masih boleh ditingkatkan. 4 Bintang
Rina (Enter Sandman) – Showmanship memang amat membanggakan namun vokal masih banyak perlu diperbaiki. 3 Bintang
Toi (C.I.N.T.A.) – Pada dasarnya biasa sahaja. Tapi peningkatan Toi didalam vokal amat banyak. 3 Bintang
Alif (Kamelia) – Walaupun masih ada problem dalam breath support namun effort dia ni boleh dibanggakan. 3 Bintang
Yang Jelek
Lufya (Tika dan Saat Ini) – Over, pastu baju memaang cam haram tak kena langsung dengan lagu yang dibawa. Aku nak meluat lak tengok dia asyik goyang pala ala-ala mamak jual kacang putih tu. 2.5 Bintang
Saida (Sepi Sekuntum Mawar Merah.) – Naik lunyai lagu nie dibuat Saida. Lontaran suara kedengaran penyek. Memang nampak Rock bukan jiwa dia. Dah cam bawak lagu dangdut pun ada gak. 2 Bintang
Stanley (Patahnya Sayap Malam.) – Ni lagi satu budak yang terseksa. Memang tak match langsung vocal dengan lagu rock kapak nie. Apapun effort dia untuk mencuba ok la. 2 Bintang
Nubhan (Summer Rock 69.) – Apa punya bangang la AC panggil Nubhan nie Nabil. Tak peka langsung. Bab nyanyian, abis satu apa tak paham. Diction semua tak clear. Pastu siap lupa lirik lagik. Sib baik budak2 pompuan yang gedik-gedik tu semua hantar sms kat mamat nie. Kalau tak ada kemungkinan keluar. 1.5 Bintang
Naim (Opera Hidup.) – First note jerk dah kelaut. Tak yah citer la bab yang lain2 tu. Ikutkan aku memang dia tak layak pun masuk AF. Memang aku agak dia ni akan tersingkir kalau ikut dari persembahan malam tadi. 1 Bintang
Faisal (Sentuhan Kecundang) – The worst performance of the night. Suara hancur. Showmanship out. Asyik tercekik jerk time nyanyi aku tau dia nie ada sakit tekak time diari dah tunjuk banyak kali. But he not even try to give the best. Memang dia ni leh nyanyi lagu nasyid jerk la. 0.5 Bintang
Menuju puncak
Semakin baik dan dah nyanyi live balik.
Yang Tersingkir
Lufya
Naim
Yang Patut Tersingkir
Faisal
Naim
Nubhan
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Saida - Sebab dangdutkan lagu rock.
Nubhan – Sebab lupa lirik.
Faisal – Sebab menghancurkan konsert malam tadi
Naim – Sebab tak masuk ajar.
Jasmi Rejab – Sebab kasi baju bongok giler kat Lufya
Teringat kata-kata Adlin Rock memang untuk orang-orang lama.
Labels: AF
posted by admin at 8:44 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for KONSERT MINGGU KETIGA AKADEMI FANTASIA 06