Aku memang jarang tengok diari akademi fantasia musim ke 6 berbanding tahun-tahun sudah. Tetapi dari permerhatian aku, para pelajar diminggu yang kedua nie kelihatan semakin akrab antara satu sama lain. Tiada lagi kedengaran konflik dalaman sesama para pelajar. Riz pun minggu nie lebih banyak berdiam diri. Mungkin dah amik iktibar dari pengalaman minggu lepas. Lepas dikonfrantasi. Lebih banyak perbincangn sesama pelajar dimasa terluang dapat dilihat.
Namun masih banyak kelemahan para pelajar yang perlu diperbaiki. Alif dan Ika kelihatan begitu tertekan sepanjang minggu dengan lagu tugasan masing-masing. Begitu juga dengan Naim, Toi dan Siada. Masing-masing berusaha keras untuk mencapai standard yang dikehendaki oleh para pengkritik. Walaupun ada beberapa isu timbul ketika pembelajaran seperti para pelajar sambil lewa dan tidak focus. Namun secara umumnya ia tidak begitu ketara. Kerjasama sesama mereka jelas kelihatan. Saling bantu membantu antara satu sama lain. Kehadiran 2 talking kemera didalam akademi juga turut menceriakan suasana di akademi. Walaupun pada awalnya aku rasa tidak begitu releven. Adakah Cik Kutip dapat menandingi impak Jonny dan Tipah-Tipah diakademi? Hanya masa yang menentukan.
Aku rasakan minggu ini pasti berlaku lagi penyingkiran. Ramalan pelajar yang mungkin tersingkir dikonsert minggu kedua ini adalah berikut.
Lufya – Minggu lepas Lufya berada dikolompok terbawah ketika undian ditutup. Dengan membawa lagu dangdut. Lufya kelihatan sedikit gedik didalam akademi. Ini boleh mencetus perasaan meluat para penonton. Lagi pun lagu itu jika gagal disampaikan dengan baik pasti merupakan bencana bagi dirinya.
Naim – Kegagalan dikonsert pertama menjadi tanda aras pada para penonton menilai semula bakat Naim. Lagi pun didalam akademi Naim nie kurang menyerlah. Pulak tu minggu ni bawak lagu Aspalela. Nampak jerk senang lagu tu tapi tricky. Naim perlu bijak menceritakan bait-bait lirik lagu dengan berkesan. Jangan over tetapi jangan pula tenggelam. Walaupun Apek bukanlah penyanyi hebat namun kerektor yg dibawak didalam lagu itu cukup tinggi untuk Naim capai. So aku rasa Naim juga berpotensi tersingkir minggu ini.
Ika – Semua dah tau dia nie macam tak leh nyanyi. Kalau minggu nie dia masih gagal nak perform dengan baik atau buktikan sesuatu, Ika juga ada harapan tersingkir dimalam konsert nanti. Anyway kebarangkaliannya tak setinggi Lufya dan Naim.
Labels: AF