About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (05/07/2006)

Thursday, July 06, 2006
Ore : 1:08 PM

Semalam punya diari tahap sederhana bosan. Tak banyak benda menarik yang berlaku. Ini aku senaraikan apa yang berlaku didalam akademi secara tidak terperinci.

Kehadiran Cik Norlida (aku rasa Cik sebab macam lom nikah jerk minah nie) kedalam AF sebagai jurucakap Toyota tidak memberi apa-apa manafaat pun kepada para pelajar untuk lagu tugasan mereka. Sekali lagi paparan untuk para penaja mengambil masa yang agak panjang dan membosankan. Tapi nasib baik Norlida punya muka nie tahap boleh pandang, kalau tak mau aku tutup terus PC aku (aku tengok torrent diari tengahari). Apa yang aku dapat tengok para pelajar nie siap Tanya soalan bodoh pada orang toyata tu. Ada ke tnya Raksasa itu ujud ke? Ish makin tak matang la bebudak dalam AF tahun nie.
Cikgu Syafi memarah student tapi aku tengok tak berapa garang taklah macam Linkeen yang setiap kali marah nak telan keyboard dia. Ramai student yang tak buat homework yang diberikan oleh beliau. Aku rasa cadangan aku sebelum ini yang para guru harus mepraktikkan penggunaan rotan untuk melibas para pelajar harus dilaksanakan. Memang nampak sangat para pelajar semakin lemak dan sentiasa menginkari arahan ataupun sambil lewa didalam melakukan tugasan. Kadang-kadang mereka nie tak perasaan yang prestasi mereka bukannya semakin baik tapi semakin menurun. Aku kadangkala rasa tenaga pengajar turut bertanggung jawab kerana sebelum-sebelum ini kelihatan mereka kurangbertegas dengan para pelajar.
Semasa didalam kelas Cikgu Ajai Farhan dan Diddy berlatih menyampaikanlagu tugasdan Farhan. Tapi kelihatan gelekan Farhan masih belum cukup power mungkin sebelum ini dia memang tidak pernah menyampaikan lagu berentak demikian. Aku tengok Ajai dan Diddy yang bertindak sebagai featuring singer pulak yang beriya-iya bergelek tapi itu pun masih belum boleh lawan gelekkan Felix.
Diari malam disambung dengan menunjukkan Haziq berlatih lagu tugasannya tetapi asyik jerk terkucil. Para pelajar yang lain berada dimeja makan asyik mentertawakan dia setiap kali di terkucil. Nampak memang gelak besar mereka ni bila si Haziq tu melakukan kesilapan. Aku tak pasti samada Haziq akan mendapat advantage atau pun impak negative dari scene itu. Ujud lagi ke undi kasihan untuk dia nie. Aku pun sudah naik jelak dengan paparan sedemikan. Baik keluarkan jerk si mamat nie.
Satu lagi perkara yang agak menggelikan hati aku sewaktu Velvet belajar menari untuk lagu tugasan Amirul. Aku rasa macam batman nak terbang pun ada. Memang kelakar abis dan aku tengok muka Velvet pun macam tak suka jerk buat gerak tari sebegitu. Baik dia buat tarian ala berenang kuak lentang.

Aku nak gie makan jap pasni sambung balik.
1 jam kemudian….
Ok! dah siap makan sambung balik…

Andrea Fonseca datang sebagai jurucakap Patel/ Kalau tadi aku rasa nak tutup PC aku kali nie aku rasa nak hempas pulak TV aku. Nasib baik aku belom abis bayar kalau tak mau dah bederai dan TV aku. Aku hairan la setiap musim semakin bertambah penaja semakin bertambah pula advertising dilakukan didalam Diari. Bosan lepas tu ada balik paparan si Norlida jurucakap Toyota tu makin bertambahlah tension aku.
Babak Faisal mengadu depan kamera yang dia kurang fasih berbahasa Inggeris. Ada juga terlintas dikepala hotak aku macamanalah kalau si Faizal ni kena lagu tugasan Inggeris mau ke jadi macam Felix.. harap-harap minggu depan dia dapatlah lagu Inggeris. Bolehlah tengok sejauh mana kesungguhan dia. Sedangkan lagu tugasan minggu ini dan berejam merengek minta tukar lagu kalau dapat lagu Inggeris mau berhari yerk..
Ending diari ada tunjuk sign Girl not allowed yang ditampal pada papan tanda yang dicuri dari tukang cuci Akademi. Entah apa la nak buat orang suspend tapi kami tak heran pun…

Ulasan lain
Ferbie


posted by admin at 1:08 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (05/07/2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com