About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

AF5 gang starz dan Sensasi

Monday, February 26, 2007
Ore : 8:48 AM

Penat sungguh aku hari, ialah walaupun hari cuti nie banyak benda mesti diuruskan. Siang-siang lagi aku dah bawak Eton pergi hospital untuk menjaga adiknya yang accident minggu lepas. Benda ini akan menjadi rutin untuk aku mungkin dalam sebulan dua kot, sebab parah jugak budak tu. Patah 7 tulang rangka dan satu tulang bahu. Bila aku berborak dengan bapak Eton kasihan pulak aku sebab dari apa yang dia cakap rasanya nada sedih tu memang tak dapat disembunyikan lagi. Aku asyik teringat iklan kemalangan kat TV yang disiarkan tak lama dahulu. Antara script yang aku rasa kena sekali dengan adik Eton itu "Mereka ni tak tau yang mak bapak ni sayangkan mereka. Bila dah terkena baru mereka sedar." Dan aku harapkan adik Eton akan sedar.

Oklah kita tukar topik laa sekarang. Sebab untuk update kali ni aku nak ulas pasal dua tiga perkara yang tengah panas kat dunia hiburan tanahair. Yang pertama pasal AF5. Sejak semakin hampir nak mula AF5 nie, pihak wartawan dan mulakan rumors pasal calon Pengetua AF5. Dan nama-nama yang panas dikatakan menerajui AF5 adalah seperti Ramli MS dan Roslan Aziz. Bagi aku kedua-duanya mempunyai kredibiliti yang tersendiri dan dari segi pengalaman memang kedua-duanya tidak dapat dinafikan. Namun jika dilihat dari segi prestasi pasti Ramli MS mempunyai kelebihan sebab pasti ramai khalayak masih ingat detik-setik Ramli MS mengemudi AF2 dengan jayanya sebelum ini. Tetapi dari segi pembaharuan aku rasa Roslan Aziz patut diberi peluang untuk membuktikan keupayaan. Jika sebelum ini Roslan lebih sinonim didalam memberi kritikan kepada peserta didalam program Malaysian Idol apakata kali ini dia diberikan peluang untuk mendidik dan mengasah bakat pula. Satu lagi berita baik untuk AF5 kali ini adalah dengan kembalinya tenaga pengajar lama iaitu Adnan Abu Hassam kedalam akademi dilihat bakal mengembalikan semula kegemilangan AF yang kelihatan sedikit suram untuk musim sudah. Selain itu kedengaran juga cerita yang untuk AF5 ini barisan pengkritik tetap akan ditambah 2 orang lagi mungkin tidak akan ada pengkritik undangan lagi. Ada juga bagusnya perubahan ini atau sekadar kontroversi lagi yang akan tercipta aku pun tak pasti. Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi barisan tenaga pengajar AF5 yang akan diadakan pada awal Mac ini.

Ok aku nak tinggalkan kejap cerita pasal AF, sekarang aku nak ulas pasal program realiti yang terbaru di TV3 iaitu Gang Starz yang semalam baru masuk episod yang kedua. Untuk malam tadi tujuh kumpulan telah membuat persembahan dan kesemuanya dari Malaysia. Dan untuk pertama kalinya kelihatan Mr Manager duduk di barisan juri. Yelah kira nampaklah kredibiliti dia untuk menjadi juri dan pengalaman yang dia ada didalam bidang hiburan memang cukup membantu dirinya memberikan kritikan. Dari penilaian awal aku kelihatan para peserta Gang Starz masih kelihatan begitu lemah dari segi vokal dan karektor. Terlalu banyak unsur ciplak yang dibawa didalam persembahan masing-masing. Bagi aku cuma satu atau dua kumpulan sahaja yang berjaya mencapai matlamat task yang diberikan untuk minggu sudah iaitu IMPAK. Kebanyakan perserta lebih syok sendiri daripada menghiburkan. Aku sedar yang mereka ini tidak dilatih secara khusus. Tetapi ini bukanlah alasan untuk mereka berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan. Dari segi pengacaraan dan susunan program juga masih kelam kabut sehinggakan aku naik jengkel dengan apa yang dipaparkan. Program ini bukanlah ditonton oleh golongan remaja sahaja tetapi juga oleh golongan kanak-kanak dan orang tua. Jadi tidak perlulah ditonjolkan penonton yang terjerit-jerit dan terlompat-lompat dihadapan pentas dengan berpakaian seksi. Ini akan membuatkan ibubapa takut untuk menonton rancangan ini. Sebab waktu tayangannya pun diwaktu perdana jadi aku rasa apa salahnya disediakan kerusi untuk para penonton menikmati persembahan dengan sekadar duduk. Minggu depan giliran para peserta dari Indonesia dan Singapura pula membuat persembahan yang aku rasakan mungkin akan lebih hebat jika disaksikan semasa proses pemilihan tempohari. Tetapi aku mula tertarik dengan vokal kumpulan Flavor yang kedengaran begitu dinamik setakat ini. Tetapi mengundikah saya? Insya Allah mungkin satu hari nanti.

Bila terbaca koran hari ini sibuk diperkatakan yang program Sensasi tidak lagi disiarkan secara langsung, terlintas juga difikiran yang benda ini pasti berlaku. Ialah bila benda-benda sensasi dan kontroversi tidak dapat lagi dikawal ketika racanagn ini secara live. Pihak penerbit terpaksa akur juga untuk merubah cara penyiaran mereka. jadi adalah benda yang tidak patut keluar secara live dapat diedit. Walaupun para penonton dirumah kehilangan beberapa fakta atau pun originaliti jawapan dari pada artis namun untuk kebaikan semua pihak dan demi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang amat sensitif maka perubahan ini merupakan jalan terbaik. Apa-apapun diharap dengan perubahan ini tidak akan membuat rancangan ini kehilangan sengatnya. Aku nak stop kat sini migraine aku dah datang nie nak telan ponstan 2 biji lepas tu nak tidur sebab besok aku nak kerja. Tak tau lah dah kering ke belum carpet office aku sebab aku lupa nak on ice box hari Jumaat sudah sebab nak defros ice kat peti sejuk tu. habis carpet kat pantry tu basah. Minta-minta dah kering jadi tak payah la h aku nak kena panggil ngan boss aku nanti. Wassalam

Labels: , , ,


posted by admin at 8:48 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for AF5 gang starz dan Sensasi
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com