Uis.. Hari ahad lepas sapa yang tengok Gang Starz mesti puas hati punya. Contestant punya persembahan kebanyakkannya superp abis. Persembahan permulaan dari Mendua sudah cukup menarik minat aku nak tengok sampai abis episod lepas. berbanding dengan episod yang kedua minggu sebelum itu, minggu ni punya cukup salute la.. majoriti persembahan dibuat oleh kumpulan peserta dari Indonesia. Cuma dua group jerk yang bukan dari Malaysia iai tu CJP dan Evoke yang CJP tu dari Singapore dan Evoke pulak dari Sabah (replacemnt group yang gantikan satu group dari Singapore yang tarik diri last minutes. Tapi persembahan yang bagi aku mencapai status accomplish untuk task minggu lepas adalah dari Mendua dan G18, group lain un tak kurang hebat jugak dan aku kasi tabik buat Evoke yang diberi tugasa last minutes tapi berjaya gak menarik perhatian. tak macam performance dari group minggu kedua yang rata-rata hampeh. Linkeen pun cakap dia suka gak tengok group Provoke time diaorang nyanyi lagu Rock You tu. Cam happening jerk. Tapi aku rasa jika nak diikut dari segi bakat dan kemampuan bersaing tentulah group dari Indonesia yang akan mendominasi carta teratas. Tak tau lah kalau pengundi dari Malaysia ni memang nak tunjuk bias atas sebab kenegaraan. Yelah kitakan dah didik untuk lebih supportive kepada wakil-wakil yang berunsurkan kenegerian dan kehenseman selama ini. Kadangkala terfikir kenapa tidak dibuka talian undian kenegara jiran yang menyertai Gang Starz ini. Takut sangatkan group dari negara kita nie tak dapat bersaing. Inilah mentaliti yang kita yang hanya mahu menjadi jaguh kampung. Selapas Mawi dan Fiq yang dilahirkan sebagai jaguh kampung kini kita dalam proses melahirkan regu jaguh kampung pulak. Ye tak?
Nanti aku nak carik lagu kedua yang Mendua nyanyi (My Heart remix version) pastu nak pass kasi Mp3seed boleh dia upload kat Mp3central mesti ramai yang suka aku rasa. Oklah aku dah ngantuk nak tidur. Esok nak kerja lagik. Dan nak diingatkan tinggal lagi 4 hari saja lagi AF akan bermula. best ke tahun nie. Insya Allah....
Labels: Hiburan