Ish sibuk betul Danish nie time aku sibuk nak update blog sibuk la dia kacau aku. ada saja yag dia nak kacau. Aku pun malas nak layan dia sangat degil semacam. Sepanjang minggu sibuk sungguh dengan closing semua job yang tertangguh. Dah sekian lama aku tak bukak Gmail semalam aku sempat la check email punya la banyak spam cuba satu dua jer email yang aku baca yang lain semua aku delete. Dan reply daripada Ezie yang aku dah tau intipatinya. Ezie jemput aku dan Linkeen join gathering M2M yang nak dibuat di PD kalau tak salah aku. Tapi aku nak minta maaf pada Ezie sebab aku memang tak dapat join kerana ada komitmen lain. Teringin benar aku nak berjumpa dia tapi ada saja halangan. Minggu lepaspun Huda ada miss call aku, tapi time tu aku tak perasan yang dia call dah tu aku nak call balik pun asyik terlupa jerk entah apalah cerita diaorang tu.
Aku sebenarnya baru jerk lepas menonton episod ke tujuh program Gelanggang Raja Lawak Astro. dan minggu ini Helmi yang terkeluar. Aku akui aku memang kurang minat dengan gaya penyampaian Helmi. Tetapi untuk episod kali ini aku rasakan yang bukannya Helmi yag sepatutnya terkeluar. Kalau mengikut prestasi persembahan malam tadi aku rasa Angah yang sepatut keluar. Gaya persembanan Angah uyang tidak berjaya mencuri tumpuan aku langsung cukup mengecewakan. Bukan setakat minggu ini sahaja tetapi sudah berlarutan beberapa minggu. Aku akui memang sukar untuk menjadi standu p comidian. Tetapi kalau diukur dari segi prestasi Angah memang tidak menunjukkan sebarang peninggkatan. Angah perlu mencari gaya penyampaian yang lebih berkesan. Dia kena fikir untuk grab perhatian penonton secepat mungkin. Inilah cabaran yang paling besar untuk menjadi stand up comedian. Aku lihat Angah tidak mampu melakukannya setakat ini. Angah mesti cepat peka dalam pembelajaran dan mempraktikan ilmu yag diberikan para otai. Minggu depan dan merupakan gelanggang akhir. Buat setakat ini Yus sahaja yang kelihatan konsisten dengan persembahan mingguannya. Walaupun adakalanya lawak yang disampaikan agak membosankan kerasa asyik diulang tetapai Yus kelihatan lebih meyakinkan berbanding dengan peserta lain. Oklah untuk semua peserta yang telah lauyak ke gelanggang akhir aku ucapkan best of luck dan buatlah yang terbaik.
Bila Rosnah Mat Aris digam oleh RTM selama setahun pelbagai reaksi yang kelihatan. Aku rasa rata-rata rakyat Malaysia bersetuju tetapi pada dasarnya adakah adil dia dihukum demikan. Aku rasa Kak Ros pasti menyesal muncul didalam program Sensasi bulan lepas. Macam-macam kecaman yang telah diterima dan kini nampaknya tertutuplah periuk nasinya didalam bidang seni buat seketika. Itulah bila dah terlepas cakap, cakap main lepas jerk tak pernah pikir apa yang patut dan tidak patut diperkatakan di khalayak dan kini terimalah pembalasannya. Aku harap insiden ini bisa membuat Kak Ros insaf. Bukannya nak menafikan bakat yang dia ada dan keringat yang telah dicurahkan didalam bidang seni selama ini. Tetapi aku rasa Allah nak tunjuk atau nak ingatkan kita jangan terlalu bongkak dan takbur dengan pemberian dan rezeki yang telah diberikan. Allah itu Maha Kuasa..
Punca Linda Onn tiada dired karpet.
Setelah meneliti beberapa sumber kini hampir pasti punca ketidak hadiran LO di Oscar Red Carpet tempohari berpunca daripada masalah pakaian. Kalau nak diikutkan logik fikiran tak mungkin LO sanggup tidak menghadiri majlis itu. Aku rasakanapa yang ditulis oleh Mr Manager didalam blog dia ada kebenarannya. Linda yang menjadi mangsa akhirnya. Walaupun ada juga segelintir peminat hiburan bertepuk tangan dengan kejadian ini, pada pendapat peribadi aku ini merupakan kerugian buat industri pengacaraan amnya. Bukannya mudah buat seseorang penyampai mahupun pengacara tempatan untuk menebual dan mencuri ilmu hiburan dengan menemuramah ramai bintang-bintang Hollywood didalam sesuatu masa. Banyak lagi perkara positif yang dapat dicuri disebalik program seperti ini. Dan aku rasakan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Inilah akibatnya apabila kuasa disalahguna oleh pihak-pihak yang tertentu. Tepuk dada tanya selera...
Labels: Hiburan