Pejam celik pejam celik cepat sungguh masa berlalu. Sabtu lepas genaplah usia ikatan aku dengan Eton selama 6 tahun. Banyak suka duka yang kami lalui bersama. Saat-saat manis bersama begitu juga dugaan dan rintangan telah kami tempoh bersama. Enam tahun bukanlah tempoh yang lama, namun dalam tempoh itu juga kami saling mendalami hatibudi masing-masing dan cuba menyesuaikan disamping cuba memperbaiki diri masing-masing. Jika nak diimbau memang semuanya cukup bermakna dalam hidup aku. Dan aku akui masih banyak lagi yang kami perlu pelajari untuk memperkasakan lagi hubungan ini.
Aku cukup tersentuh bila Eton menghadiahkan aku wallet dan tali pinggah sempena anniversary kali ini. Memang aku telah duga akan hadiah yang akan diberikannya. Aku cukup menghargainye. Mana taknye hadiah yang sama telah diberikannya enam tahun lepas. Walaupun jenama yang berlainan namun aku tetap pakai saban hari sehingga hari ini. Dan hadiah kali ini akan aku gunakan sebaik mungkin. Sama seperti sesebelum ini.
Kalau Eton memberikan aku hadiah. Aku pun ada juga membalas pemberiannya itu. Dan harganya lebih tinggi dari hadiah pembelian Eton. Perlukah aku senaraikan hadiah pemberian aku pada Eton? Bukan satu atau dua tapi lebih dari 10 barangan telah aku beri pada Eton. Tak perlulah aku senaraikan di perenggan ini. Kalau kau orang nak tau jugak, aku akan listkan di perenggan akhir nanti. Namun aku tak pasti mengapa Eton macam tak puas hati jerk dengan pemberian aku. Mahal apa benda-benda tu. Tak kisahlah yang penting aku ikhlas.
Kami memang takde gi dinner atau apa-apa special event untuk anniversary kali ini. Cuma bertukar-tukar hadiah sahaja. Mulanya aku memang nak ajak dia gi dinner tapi kesihatan Eton tidak begitu mengizinkan. Mungkin dilain masa akan aku lunaskan juga makan malam itu. Lagi pun hari Sabtu tu aku kerja.
Harapan aku moga-moga ikatan ini akan terus kekal hingga ke syurga. Dan aku amat berharap kalian mendoakan kami. Ok la aku kira ini adalah perenggan yang terakhir dan seperti yang aku cakap di atas berikut adalah “hadiah” yang aku berikan pada Eton. Minyak masak 1 botol, Ayammas 2 paket, Ubat nyamuk elektrik 2 set, sabun Fab 1 beg, mayonis 1 botol, burger daging ramly 1 pkt, biskut cipsmore 1 pkt, deodorant 1 botol, syampu 1 botol, jem anggur 1 botol, biskut gula 1 pkt, gula pasir 1kg, susu pekat 1 tin, susu dutch lady 2 pkt, vitagen 1 pek, koko crunch 1 kotak, ubat gigi 1 kotak, dan Oat 1 bungkus. Kan banyak tu. Nape dia macam tak suke jerk? Anyway selamat hari ulang tahun ikatan kita yang ke 6 sayang………
Labels: Personal
wei bongok...tu bukan adiah anniversary tu...tu belanja barang dapor namanye....nasib ko le eton..dpt laki yg x tau beza adiah ngan barang dapor...