Aku tak sempat nak tengok opening konsert kali ni. Tapi aku memang dah sedia maklum pasal kejutan persandingan Pasangan AF di dalam Konsert Di Istana Budaya. Tahniah diucapkan pada Khai dan Rosma yang telah selamat diijabkabul siang tadi dan mesti nostalgic bila dapat bersanding kat Konsert AF6 nie. Maklumlah diaorang bersua didalam Akademi Fantasia dan mula bercinta sejak dari dalam Akademi lagi. Nakaltitude Crew doakan semoga Khai dan Rosma kekal hingga keakhir hayat.Untuk konsert kali ni aku gembira tengok Cikgu Adnan datang sebagai pengkritik begitu juga dengan kehadiran semula pengkritik mula laser Adlin Aman Ramli. Aku tak pasti pulak nape Ning takde malam tadi. But Im looking forward Adlin dapat tempat lagi dikerusi pengkritik dimasa-masa akan datang, nak-nak dikonsert akhir nanti. Adlin nye komen kebanyakkannya tepat dan releven. Tak banyak menyeleweh atau terlalu susah untuk para fahami. Selalunye banyak hint yang berguna dengan kritikan yg direct dan simple dilempar kepada student, so student senang paham. Bukan semuanye student tu educated. Lebih lagi dalam bidang seni persembahan ni. Diaorang bukan faham sangat maksud perkataan teknikal yang digunakan pengkritik. So looking forward Adlin in next concert.
Juri Jemputan
Adnan Abu Hassan
Adlin Aman Ramli.
Yang Boleh Diterima
Aku suka dengan persembahan Stacy yang penuh energy dan dynamic. Emosi pun penuh sepanjang persembahan. Vokal pun takde masalah besar. Selamba dan confident. Aku tak tau la sama ada sofa tu ditaja ke tak. Kalaulah penaja tu tengok Stacy terlompat –lompat atas sofa tu camne la perasaan dia. Boleh ke dijual balik nanti.. 4 Bintang
Riz – Seribu Tahun
Keberanain dengan improvise lagu seribu tahun ini memang mengagumkan. Kelainan dan kawalan vocal yang semakin baik turun menaikkan mood menonton persembahan Riz. Takde backup dancer mahu pun prob tidak menghalang Riz untuk menarik perhatian penonton. Lagu-lagu pop ballad nie memang sesuai la dengn Riz. Kiranya jiwa dia la.
3.5 Bintang
Nadia – Rama-Rama
Effort dan masuk mood diawal persembahan menang baik. Nadia nie aku kira semakin matang setiap minggu. Walaupun vocal masih ada slack gik tapi secara keseluruhan aku consider ok.
3.0 Bintang
Stanley – Kata
Semakin confident dan lebih baik dari minggu sudah. Tapi masih lom capai tahap di minggu pertama.
2.5 Bintang
Alif – Ketahuan
Lagu nie tak begitu mencabar so persembahan dia ni tahap biasa jerk laa. Ada takpe takde pun takpe. Cuma sebab lagu ni top sebab tu laa ramai yang minat tengok. Dari segi teknikal sebenarnya Aliff ni jauh tertinggal berbanding Stacy dan Riz. 2.0 Bintang
Yang Tak Boleh Diterima
Toi - Tak Bisa
Ikut tajuk lagu jerk dah tunjukkan kan Toi memang tak bisa mainkan gitar sambil nyanyi lagi. Dia lom sedia pastu muzik dah on. Abis 1st verse jerk dah lupa lirik dan confident level terus hilang. Gangguan awal tu wat keseluruhan persembahan Toi tu hancur. So aku kasi bintang sebab effort yang dia tunjuk jerk la.
0.5 Bintang
Nubhan – Generasiku
Dia nie takde attitude laa. Pergerakkan tak firm cam tak confident. Dah nama pun bawak lagu fast number, so dia nie patut buat latihan untuk tingkatkan stamina sebab dengar semput bila dah masuk ke korus. Pastu breathing support pun tak ok gik sebab ada pecah suara sikit.
1.5 Bintang
Mama Rina - Ular
Kesungguhan memang jelas ada. Tapi gaya penyampaian tak kena. Lebih kepada nyanyian tetapi tidak persembahan. Tak sampai maksud lagu. Dah tu bait-bait lirik ada yang mumble dan tak jelas kedengaran. But aku suke tenaga yang dipancarkan.
2.0 Bintang
Menuju puncak
Bila dua student tak dapat ikut serta menari menuju puncak. Nampak sangat pentas tu semakin kosong. But the koreografi much better dan lebih kemas kini.
Yang Tersingkir
Mama Rina
Yang Patut Tersingkir
Toi
Yang perlu dibaling pen oleh Ramli MS
Toi
Alif
Nubhan
Labels: AF