About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Selamat Pengantin Baru.

Monday, March 17, 2008
Ore : 8:02 PM

Firstly nak ucapkan selamat pengantin baru utk. Solihin bin Kassim aka Guile. Akhirnya berjaya jugak mamat nie menamatkan zaman bujang diusia 32 tahun. Majlis persandingan yg diadakan di Sungai Rambai Melaka menjadi punca pemusafiran aku, Eton dan beberapa rakan lain ke Melaka kali ini.

Pagi sabtu tu aku bangun lambat sebab kepenatan semalamnya menyiapkan tugasan diopis. Yela sebab isnin ni aku amik cuti. Dekat pukul 10.00 baru keluar rumah gi Larkin cuci kereta. Pastu dekat kul 11.00 baru move ahead ke toll skudai sebab Gundud, Otai dan Belon dah tunggu kat sana. OMG lama giler aku tak jumpa dengan belon. Idup lagi mamat nie. Chit chat kejap terus masuk highway dan sempat singgah jap kat RnR Pagoh pick up Iena. Then turun toll Tangkak. Terus ikut jalan kampong untuk ke Sungai Rambai. Seb baik Iena ada lagi pun rumah si tua tu dekan dengan rumah makcik Iena. Aku main ikut jer arahan si Iena tu. Memula cam tak confident jerk. Mana tak nya 3 biji kereta kat belakang aku tu just follow jerk sebab Gundud, Otai dan Belon bukannya tau pun jalan nak gi rumah Si Tua tu. Kalau Iena salah tempat confirm aku dapat maki brbakul2. Seb baik direction Iena betul. So arrived kat rumah pengantin kul 1.00 tengahari.

Masa sampai tu dah ramai hadirin tiba dan pengantin baru selesai makan berdamai. Aku tengok bebudak Uitm pun dah ramai yg ada. Marco, BJ dan Remi sekeluarga sudah selesai makan. Jumpa jap kat Guile wish kat dia congrats pastu terus amik makan. Cepat2 makan terus carik member2 borak2. Time nie Jai, Lanjut dan Sawai pun sampai. Tak lama pastu Tapir lak sampai dengan Zaza. Last sekali Loro datang sekeluarga siap bawak baby baru. Memang rindu giler kat bebudak nie. Banayk betul cerita2 lama keluar balik. Walaupun tak semua member2 lama ada tapi cukupla nak ingat balik cerita2 manis kat Uitm Melaka dahulu. Sekarang rata-rata dah jadi manusia. Kerja semua power2 eeheheh.. bangga gak la dengan member2 yang dah berjaya ni. Bila dah berkumpul2 nie sampai terlupa lak kat Eton yang duduk tak paham apa ktia orang citer. Aku suruh Eton gi umah makcik Iena untuk salin baju dulu later on aku baru catch up dia. Bebudak nie semua gerak dekat2 pukul 3.30ptg. Aku minta tolong Belon hantar gi umah mak cik Iena. Pastu terus gerak gi Air Keroh.

Kat Air Keroh bawak Danish dan Adam gi Zoo. Terserempak pulak dengan Dekna AF5. Tapi tak sempat nak tegur sebab aku tengah sibuk carik parking time tu. Spent about 2 hours there pastu Iena ajak gi Jonker Walk. Banyak betul perubahan kat Melaka. Memang adah lama aku tak gi sini. Lain dah ada Highway AMJ kiranya dah bagus la. Bangunan-bangunan baru pun dah banyak. Samapi kat Jonker walk dekat pukul 7. Kiranya ni satu tarikan baru kat Melaka. Ok similar ngan Petaling Street Cuma jenis barang yg dijual berlainan. Panjang gak Jonker Walk nie. Naik keras betis aku berjalan kaki kat sana. Bila dah berpeluh2 gi minum japkat Mc D Dataran Pahlawan. Pas tegus 1 gelas besar Sprite boleh bangang lak terus nak gi makan.

On the way nak gi carik tempat makan tu leh pulak kena tahan polis sebab buat uturn kat trafik light. Aku kelentong polis tu aku kerja Kastam, aku rasa polis tu tunggu gak aku nak jolok dia duit tapi aku wat bodo pun. Lagi pun dia buakn sibuk nak tulis surat saman aku. Cuma sibuk citer pasal salah yg aku wat. Last2 dia tuakr topic dan tanya aku ada dapat rampasan barang pancing tak. Tak ke sundal polis nie. Atlast dia pulang balik IC dan lesen aku. Aku terus cabut gi Restoran Seri Percik dekat2 Malim tu. Dah lama giler tak perkena Asam Pedas Melaka. Perut aku yang memang dah full ngan sprite Mc D tu aku sumbat gak dengan asam pedas tu. Sedap giler…….. Sian Eton dan Iena sebab tak dapat makan puas2 sebab dah kenyang makan Mc D.

Lepas makan Eton cakap nak gi tengok Eye of Melacca. Soa ku terus bawak dia menuju ke bus stand lama. Aku pun terkejut gak bila tengok tempat tu dah lain. Kiranya Bandar Melaka ni dah tak macam dulu. Kalau masa aku study dulu pukul 9.00mlm jer Bandar Melaka ni dah lengang. Yang ada kat jalan Cuma anjing2 jerk. Tapi sekarang nie pukul 12.00 pun masih banyak orang bersidai. Memang dah pesat gak la membangun Melaka nie. Aku sebenya masa tu dah ngantuk sangat. Tapi terpaksa laa layankan Eton dan Iena nie. Lagi satu hal Iena tu nak balik JB mlm tu gak naik migraine pala aku. Memula plan nak stay sana terus cancel sebab Iena. Nak tak nak aku curi-curi nap masa kita orang naik boat kat sungai melaka. Tepat kul 12.30 aku dah sampai toll Air Keroh nak balik semula ke JB dan tiba dirumah kul 2.30 pagi. Apa lagi dah ngantuk sangat terus la tido..zzzzzzzzzzz

Labels:


posted by admin at 8:02 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Selamat Pengantin Baru.
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com