About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Raya Oh Raya!

Sunday, October 05, 2008
Ore : 1:41 PM

Hari ni aku duduk rumah untuk merehatkan badan setelah pelbagai perkara aku lakukan sepanjang cuti hari raya tahun nie. Jelas sekali kepadatan jadual sepanjang musim percutian ini begitu memenatkan. Macam-macam kejadian yang terjadi sepanjang cuti ini dari pra hari raya hinga ke pasca hari raya (walaupun raya sebulan tapi aku consider raya telah dipenghujung sebab cuti dah abis). Berikut adalah kronologi kejadian Hari Raya bagi aku sekeluarga pada tahun ini.

29.09.2008 - Balik kerja tepat jam 6.00 petang dan terus ke JB Catering untuk berbuka puasa bersaa Eton, Alif, Adam, Norly, Dayah, dan Nas. Eton dah remind aku banayk kali jangan terlepas berbuka puasa bersama kali ni. So aku memang dah dari pagi rushing siapkan kerja agar aku dapat lepas awal dari opis. Bukan mudah sebab esoknya masih hari berkerja so semua kerja aku yang pending aku kena arrange hand over pas assistant aku untuk follow up. Syukur semuanya dapat dilakukan hingga tepat jam 6.00 petang. Bila kau tiba di Jb Catering mereka semua dah lama sampai kecuali Nas. Hari ni tak ramai macam aku datang sini minggu lepas. Mungkin sudah ramai yang pulang ke kampung untuk berhari raya. So nak amik buffet pun takdelah berbaris panjang. i dont now why but this time round aku makan pun tak banyak mana. Kita orang beredar dari situ pada pukul 8.30 mlm. Eton terus gi hantar Dayah dan aku terus ke Tampoi Utama untuk withdraw duit kocek hari raya nanti. Bila sampai rumah jer my mum call suruh cari daun kepala tuk wat ketupat. So terpaksa keluar balik ke KIP Mart tuk carik daun kelapa. Ya Rabbi! manusia macam semut kat Kip Mart. Kereta semua tak leh masuk parking. So aku just drob by near dan berlari masuk dalam. Puas aku tawaf kat dalam tu. Aku rasa dekat 4 kali cari daun kelapa. Bukan takde tapi semua daun pendek dan layu. Nak tak nak terpaksa juga aku amik dua ikat ynag kau rasa ok. Pastu ingat nak gi bayar zakat kat dalm tu tapi ramai pulak orang nak bayar. So I decide pergi bayar kat Perling Mall. Balik dari Perling Mall aku terus start sisir daun ketupat tu. Eton teman sampai ke pukul 3 pagi. Walaupun Eton dan geti menganyam ketupat tapi dia tolong teman jer pun dah cukup baik. Malam tu dapat lah siapkan 50 biji campuran ketupat bawang dan ketupat pasar. So next dah cuma sambung wat sikti jerk lagi. Dah nak kena tido pasal besok pagi2 lagi dah nak kena hantar Eton gi kerja dan aku akan jadi babysitter sebab nursery tutup esok.

30.09.2008 - Hujan .... Malas betul nak bangun pagi-pagi buta. Eton dah bersiap untuk ke tempat kerja. Nak tak nak aku kena juga bersiap untuk hantar dia. Setelah semua kelengkapan disumbat ke dalam kereta. Aku terus berdesup menuju ke temapt kerja Eton. Lepas hantar Eton terus menuju ke rumah mak aku. Sampai sana semua anak buah aku dah ada kat sana. Tapi mak bapak diaorang sekor pun takde. Semua masih sibuk berkerja lagi di hari terakhir Ramadhan. Received a call from Angah remind kan aku supaya jgn lupa amikkan duit roadtax sebab keta dia baru keluar pakai nama kau so aku kena amikla duit roadtax dia. So aku minta tolong mak bapak aku tengokkan Alif dan Adam buat sementara aku keluar sebentar untuk selesaikan beberapa urusan. Bila kau pergi ke PO kat Carefour dia cakap system lom update lagi so kena tunggu lepas raya baru leh withdraw duit tu. Then balik semula ke rumah mak aku dan Eton lak call cakap nak dia dah nak balik kena gi amik. SO aku angkut semua anak buah aku untuk gi amik Eton. Lagi pun mak ayah aku nak kuar gi Tesco tuk beli beberapa lagi barangan untuk dijadikan juadah hari raya esok. Balik jer dari amik Eton sempat gak singgah guidence tuk beli ubat suppliment tuk Alif that time aku terjumpa Rajan. Sempat gak dia wish Selamat Hari Raya pada aku satu family. Then baru balik rumah mak aku. Sambung aeat ketupat dan juadah istimewa Burasak. Ini memang favorite aku. Aku yang paksa mak ayah aku utnuk wat menda nie. Tengah wat benda tu Mak aku dah mula mengadu sakit perut. Aku suruh dia rest jerk. Ketupat dan Burasak tu aku abiskan wat ngan bantuan Ayah, Eton, Shida dan Adi hampar ke pukul 6.30 petang. Buka puasa pun makan nasi lemak jerk. Tapi aku tengok mak aku masih terbaring di katil layu. Dia tak dapat bangun untuk berbuka. Siannye. Malam tu aku hantar dia gie Klinik untuk amik injection. Sementara adik beradik aku yang lain sibuk bergotong royong memasak juadah untuk hari raya esok. Rendang, Ayam masak merah, Sotong masak sambal, Ikan parang masak asam pedas, sayur goreng dan sambal kacang semuanya dpt diselesaikan pada jam 12.00 mlm. Bdan pun dah kepenatan. Aku ingat nak stay up sampai burasak tu masak tapi leh pulak terlelap. Ayah aku yang angkat benda tu mlm tu. Aku terus hanyut sambil berdengkur......................

01.10.2008 - Dikejut bangun awal pagi.. Semuanya hingar bingar. Tiba-tiba Aliff datang baring disebelah aku. Kemudian aku suruh dia pergi mandi. Dia bingkas beredar tapi bukan pergi mandi dia pergi sterikat tudung Eton abis terbakar tudung raya Eton tu... Aduh anak bertuah....... Bila aku turun ke bawah untuk memberitahu Eton perilaku Aliff aku tengok adik beradik aku tengah mengelilingi mak aku. Dia kelihatan kuat menggigil.... Aku sarankan dia agar segere ke hospital. Adi dan ayah aku terus menghantar mak ke hospital. Dan kami yang tinggal di rumah berada dalam keadaan bingung. Aku terus bersiap tak pasti hendak ke mana. Ke masjid atau ke hospital. Akhirnya jam 8.00 ayah aku balik ke rumah tanpa mak aku. Tapi pasti mak aku mesti ditahan di hospital So aku harus ke sana segera...... Sampai jerk kat spital mak aku dah kat detention ward. Tengok dia terbaring sensorang jerk kat bilik tu sedih nye rasa... aku dan eton sempat memohon maaf dari mak aku kat situ jugak.. Nak menintik air mata aku bila aku nak meninggalkan mak aku kat spital sensorang. Sebab pastu aku nak gi rushing gi ke umah mak Eton pulak. Sampai di sana adaik beradik E ton semua ada kecuali Along. Aku samapi jek melantak terus. Psatu baru bermaafan dengan mak abah. Banyak benar dosa aku pada mereka rasanya. Budi dan kasih sayang mereka pada aku pun tak balas rasanya. Lepas bermaafan. aku dan terbaring depan TV sementara menunggu agenda seterusnya. Memulaingat nak masuk singapore tapi jam dah tunjuk pukul 11.00 pagi. For sure jem time nie. Aku dulu pernah masuk Singapore time camnie dan akhir nye aku sampai umah nenek aku dekat pukul 5 petang. pastu pukul 12 lebih Shida call aku cakap mak aku dah keluar hospital dan dia nak balik Singapore tengah hari tu. Dia ajak aku masuk Singapore saing dia tapi aku tak dpt nak ikut sebab aku dah plan pergi ke Batu Pahat untuk menziarahi nenek Eton. Lagi pun dah lama benar aku tak jumpa dia. AKu sampai di Batu Pahat hampir jam 5 petang. Dapat juga bermaafan dengan nenek dan pakcik makcik Eton di kampung. Terus terang aku katakan aku memang tidak begitu mengenali mereka. Sesekali berjumpa nie dapatlah mengeratkan kembali tali persaudaraan yang kian renggang ni. Malam tu aku tiba di rumah hampir ke jam 10.00 mlm. kepenatan. Esok ada lagi agenda untuk berhari raya...

02.10.2008 - Bangun awal pagi.. terus ke Ulu Tiram untuk mencari tudung untuk menggantikan tudung Eton yang terbakar tempoh hari. Kemudian terus ke rumah mak aku. Sebab ari ni nye plan nak gi beraya belah ayah aku diPontian. Dan hari nie juag aku menziarahi pusara nenek dan atok yang kedudukannya betul2 bersebelahan. Betul2 sehati sejiwa betul nenek dan atuk aku sampaikan kubur pun dapat sebelah-sebelah. Walhal Atok aku meninggal beberapa tahun lebih awal dari nenek aku. Moga roh mereka di cucuri rahmat Amin..

03.10.2008 - Bangun awal pagi lagi untuk bersiap ke Kota Tinggi. Kali ini aku nak beraya menziarahi pakcik dan makcik Eton. Tak banyak yang menarik cuma waktu balik tu jamm teruk di Kota Tinggi. Aduh nak sengal kaki memijak clucth dan pedal minyak. Tapi rayala katakan so raya mesti diteruskan......aduh banyak lagi rumah nak kena pergi. Camnie la bila beraya... penat pulak aku nak menaip seluruhnya.. kalau ada masa aku update lagi laa.. bye

Labels:


posted by admin at 1:41 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Raya Oh Raya!
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com