Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat (22 Januari 2010) pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu :
- Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
- Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah
- Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
- Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani
- Tunku Maimunah Ismailiah
- Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail
- Paduka Puteri Tunku Muna Najiah
- Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.
Jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari (23 Januari 2009) untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.
Kredit kepada Malaysiakini
P/S : Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Almarhum semoga dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan yang mukminin.
Labels: Berita
name yg no.3 & 4 tue pjg naaa? cm nme 2 org ....knp?
- Posted at January 28, 2010 1:33 PM | By merpati JB