About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (13 June 2006)

Wednesday, June 14, 2006
Ore : 12:33 PM

Maaf sebab aku lewat nak update untuk entry kali ini. Sibuk giler bila kau masuk office, semuanye urgent bagai nak pitam pulak rasa bila kena chase dengan shipper-shipper aku. Malas nak membebel panjang nie dia paparan diari 13 June, 2006.

Diari dimulakan dengan paparan Rich dan Salima yang kebingungan sebab dapat lagu yang mereka tak pernah dengarn sebelum ini. Kemudian pengetua dan Cikgu Ajai datang menambahkan kekusutan para pelajar dengan cuba memberi gambaran palsu tentang lagu tugasan mereka. Ajai dan Ramli beriya-iya menyanyikan lagu tugasan pelajar. Kemudain cikgu Corrie muncul semula dan memberi satu lagi berita palsu yang kononya untuk minggu kali ini para pelajar mempunyai dua lagu tugasan. Tapi lagu yang dibawa Corrie merupaka lagu tugasan sebenar.

Rata-rata pelajar berpuas hati dengan lagu tugasan masing-masing. Paparan Velvet membuat latihan lagu teman tapi mesra sambil menggoda Faizal yg turut berlatih lagu tugasannya muncul. Aku rasa Faizal mempunyai advantage dengan lagu tugasannya minggu ini kerana mendapat lagu yang menggunakan loghat daerahnya. Aku rasa agak pelik dengan Salima kerana dia mengatakan yang dia tidak pernah mendengar lagu Obsesi kerana setahu aku lagu itu cukup popular sebelum mereka masuk ke dalam akademi lagik. Tak tau la dia dengar radio apa sebelum ini.

Kelas Cikgu Fazley muncukl lagi untuk diari kali ini. Aku pun nak hairan kenapa kerap sangat kelas motivasi diadakan untuk AF 4 ini berbanding dengan AF yang sudah. Mungkin sebab Cikgunya yang kacak menjadikan paparan kelas motivasi diadakan lebih kerap tahun ini. Untuk kelas kali ini Fazley mengarahkan para pelajar mencipta lirik sendiri secara spontan dan menyanyikan lagu itu kepada salah seorang pelajar lain. Lagu yang dinyanyikan Rich untuk Zila aku rasa paling sempoi dan sedap. Dikuti Velvet kepada Amirul dan Farhan untuk Faizal.

Paparan didalam kelas vokal kali ini agak mencuri tumpuan. Untuk kelas kali ini pada awalnya para pelajar membuat bubbling dan hissing kemudian menyanyi secara harmoni dan ada juga paparan menunjukkan Haziq hendak termuntah ketika membuat latihan tersebut. Didalam kelas Ajai pula Zila membua latihan lagu tugasannya dan kelihatan para pelajar perempuan lain turut sama terkinja-kinja mengiringi Zila.

Kemudian ada tunjukkan keadaan akademi bersepah dan sampah-sarap merata ditunjukkan. Aku rasa sampah sarap itu bukan para pelajar yang taburkan tapi ‘makcik tukang cuci’ tu yang taburkan sendiri. Dan kedengaran makcik tukang cuci itu membebel sehingga kedengaran kepulusuk akademi.

Sambungan diari disambung dengan para pelajar lintang pukang untuk mengemaskan akademi yang kononya bersepah. Farhan lekas mengutip sampah sarap dan sempat menjeling siapakah gerangan makcik tukang cuci itu. Bila terpandang sahaja wajah Raja Azura,Farhan terus memeluknya tapi Makcik tukang cuci tu masih enggan mengaku yang dia Raja Azura. Para pelajar kelihatan mula ragu-ragu dan terpaksa berulang kali menyatakan yang makcik tukang cuci tu Kak Engku dan melayannya sehingga macam dah nak give up. Akhirnya Raja Azura pun mengaku yang kehadirannya ke akademi adalah sebagai kejutan untuk para pelajar.

Seperti lazimnya tetamu yang datang k akademi pasti akan memberikan tips dan nasihat untuk para pelajar. Raja Azura mengatakan yang bidang nyanyian dan lakonan tidak banyak bezanya. Kedua-duanya perlukan penghayatan ketika dipersembahkan. Para peljar dinasihati agar dapat memberikan mood yang sesuai pada setiap lagu yangmereka dapat.

Paparan kelas Cikgu Corrie menyusul dengan adanya perubahan didalam tarian Menuju Puncak. Corrie menambahkan lagi gerakan didalam tarian dan semakin berpuas hati dengan persembahan pelajar untuk lagu menuju puncak. Ada juga ditunjukkan Velvet yang sedang asyik melihat cermin dengan gaya rambut yang digunanya hari ini.

Didalam kelas Cikgu Fauziah Nawi, para pelajar diberi tugasa untuk melakonkan watak dengan menggunakan script yang sama. Alah sama macam sebelum ini, cuma skrip sahaja yang berlainan. Untuk kelas kali ini Salima dan Velvet kelihatan begitu bijak menggunakan memek muka untuk menunjukkan mood yang mereka rasai. Tidak dapat dinafikan kedua-dua mereka mempunyai bakat lakonan yang agak baik. Kemudian FN menasihati para pelajar agar tidak melampaui batas didalam pergaulan kerana didalam lingkaran tempat kita tinggal masih ada batas-batas yang harus kita jaga atau kawal walaupun kita mempunyai niat yag baik untuk melakukannya. Ini tidak lain aku rasa Fn tidak mahu kemesraan para pelajar didalam akademi akan menjadi perbualan orang luar jika dilakukan secara berlebihan.

Semasa didalam kelas vokal Cikgu Syafi bertanyakan dimana Farhan. Zila cuba mencari Farhan didalam akademi tapi tidak ditemui. Apakah kejutan terbaru untuk kali ini? Ini hanya akan terjawab melakui sambungan diari 14 June.

posted by admin at 12:33 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (13 June 2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com