About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (8 June 2006)

Friday, June 09, 2006
Ore : 2:28 PM

Untuk diari kali ini aku akan buat ulasan tanpa mengikut turut sebab aku tak ingat urutan apa yang berlaku di akademi samalam.

Episode air mata didalam AF berulang lagi semalam diakademi sudah la dalam kelas Ummi kebanyakkan pelajr asyik nangis sahaja. Nak nak bila time buat ucapanm Selamat Hari Bapa. Kesemua pelajar menangis teresak-esak. Tapi yang aku tengok paling emosional adalah Haziq. dia nie melalak sakan mungkin sebab rindu habis kat bapa dia kott. Tapi takde pulak tunjuk time dia sampaikan ucapan Hari Bapa kat bapak dia. Kalau tau mau kamera tu dia peluk cium punya. Velvet punya ucapan cukup menyentuh walaupun disampaikan didalam bahasa Inggeris tapi ia cukup membuatkan para pelajr lain turut sama tersentuh dengan segala apa yang diluahkkan. Dari apa yang ditunjukkan oleh pelajar mereka sebenar-benarnya iklas menyampaikan mungkin sebelum ini mereka tidak pernah berbuat sedemikian sebelum ini. Aku rasa jika ibubapa mereka menonton mesti turut sama melalak kat rumah..

Sesi penilaian persembahan oleh tenaga pengajar diteruskan. Rata-rata persembahan oleh pelajar didepan tenaga pengajar diberi koemn yang hampir sama. Mereka ditegur oleh Ajai sebab tak berikan seratus peratus persembahan didepan tenaga pengajar. Zila dan Karen terlupa lirik. Diddy perlu perbaiki sebutan (diction). Alah sama sahaja par pelajar musim ini dengan musim lalu selalu tidak mahu memberi 100 percent time buat persembahan depan pengajar. Tapi time konsert ada yang beri yang terbaik dan tidak kurang jua yang beri yang terbalik...

Paparan maskot Adabi masuk ke akademi dipertontonkan. Aku setuju dengan pandangan seorang teman, aku rasa macam tak perlu jerk benda-benda macam ni ditunjukkan didalam diari tidak cukup ke slot iklan yang ada time diari dan konsert tu. jadi para penonton Cuma menikmati diari yang hanay 15 minit sahaja jika ditolak iklan dan scene Aznil. Para pelajar Cuma menunjukkan kejakunan mereka terhadap maskot itu. paparan maskot Adabi menari lagu menuju puncak pun cukup membuat mata aku berbulu.

Tibalah episode sedih didalam Akademi bila Amirul memndapat berita pemergian pakcik saudaranya yang meninggal dianua akibat cancer. Dari apa yang dipahamkan Amirul memang rapat denagn pakcik saudaranya inis etalah kematian bapa kandung Amirul. Sekali lagi Dr. Fazley muncul kedalam akademi untuk memberitahu beri buruk ini kepada Amirul. Namun aku rasa Dr. Fazley agak kekok ketiak cuba memberitahu duduk perkara sebenar kepada Amirul. Cara penyampaian berita ini kepada para pelajar lain juga tidk kena. Pada aku Amirul patut diberi ruang untuk mententeramkan dirinya sendirian dahulu sebelum diheret kepada para pelajar lain untuk penyampaian berita tersebut. Namun aku harus memberi pujian kepada para pelajar kerana untuk musim kali ini aku tidak pernah melihat pelajar berpuak-puak seperti AF3 yang lalu. Para pelajar musim ini saling memberi kat asemangat kepada Amirul setelah mengetahui berita kematian itu. Aku rasa pendekatan yang digunakan oleh Ummi cukup berkesan sama seperti yang berlaku di AF2 dimana hubungan diantara pelajar menjadi amat rapat.

Kali ini pelajar mendapat kasut baru untuk kelas tarian dan koreografi tajaan Reebok dan yang paling mencuri tumpuan akau ketika ini adalah Lotter yang sibuk mencari saiz kasut yang sesuai dgn dia. Setelah terjumpa saiz kasut yang dicari Lotter sempat buat tag untuk ucap terima kasih kepada Reebok.

Reebok untuk selamanya- Lotter

Sesudah mendapat kasut baru nie pelajar membuat tarian menuju puncak dan kali ini ianya tampak lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Kira semangat kasut baru la yerkk. Corrie Lee pun macam puas hati jerk dengan apa yang ditunjukkan oleh pelajar. Didalam kelas Ummi aku malas nak ulas sebab pelajar diberi tugasan untuk melakonkan satu watak menggunakan script ”Saya salah sapa, semua sapa saya. Saya semput sampai sangap.”

Diakhir diari ada menunjukkan Rich macam kurang selesa dengan persembahnya yang terpaksa menggunaka gitar setelah dicadangkan oleh Cikgu Sham. Aku rasa pun Rich lebih bebas bergerak jika tanpa gitar itu. Dan mulanya aku harapkan Rich akan ligat diatas pentas dengan lagu kegemaran aku (dendang remaja) tetapi macam tak kesampaian jerk...

Million of thank for : Firbie, Hidroklinik and Toby

posted by admin at 2:28 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (8 June 2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com