Lotter - 13%
Faizal - 13 %
Amirul - 11%
Salima - 10%
Rich - 10%
Velvet - 8%
Diddy - 8%
Zila - 7%
Haziq - 7%
Karen - 7%
Farhan – 6%
Para pengkritik
Adlin Aman Ramlie
Francissca Peter
Bob Lokman
Lotter
Merupakan pelajar pertama yang membuat persembahan. Tampil dengan rambut spike yang melambangkan imej rock kononnya. Secara teknikalnya vokal Lotter masih berada ditahap yang lemah. Begitu banyak tempat yang pitching off. Nada rendah juga kedengaran kurang jelas. Tapi apa yang menarik dari Lotter adalah gaya persembahannya yang jujur dan bersahaja. Walaupun adakalanya kelihatan over react. Tag line Rock Steady yang dilaungkannya selepas persembahan terus menyebabkan saya teringat kepada Yazer walaupun diantara mereka tiada langsung persamaan.
2.7 Bintang
Karen
Vocally, Karen menunjukkan banyak improvement. Control dan sustain cukup baik untuk penyanyi baru sepertinya. Penghayatan lagu juga terserlah setelah bertungkus lumus dia berusaha di akademi minggu sudah. Aku sendiri tidak menyangka yang Karen akan terkeluar minggu ini.
3 Bintang
Haziq
Dengan membawa lagu Kian dan kejutan Mawi sebelum persembahan sedikit sebanyak membantu Haziq meraih undi untuk terus menyelamatkan dia dikonsert kali ini. Dia masih gagal untuk menangani tekanan walaupun sudah masuk minggu kedua. Haziq sepatutnya mencuri peluang yang dia dapat dengan lagu ini untuk membuktikan kebolehannya. Dia gagal untuk mencapai note yang tepat setiap kali berada di high note. Jelas pembawaan lenggok lagu asli kedengaran didalam nyanyiannya. Gaya persembahan juga tidak langsung berjaya menarik minat aku untuk mengikuti persembahannya. Mungkinkan komen dari Mawi akan merubah arah tuju Haziq selepas ini?
2.2 Bintang
Velvet
Bagi aku , persembahan Velvet memang tidak pernah menghampakan. Berbekalkan tone suara yang nyaring dan jelas menjadikan persembahn Velvet cukup dinamik sekali. Lagu Langit Ke Tujuh yang dibawa dengan arrangement baru cukup mebuatkan para penonton terpukau. Walaupun penghayatan yang ditunjukkan masih agak rapuh tapi nyanyian Velvet mampu menutup semua kelemahan itu. Aku merasakan ia merupakan antara persembahan terbaik konsert kali ini.
3.5 Bintang
Faizal
Tidak banyak yang perlu diperkatakan dengan persembahan dari Faizal. Semalam yang Hangat dibawakan secara average sahaja. Aku jangkakan persembahan itu akan dilakukan secara harmoni seperti yang ditayangkan didalam diari namun ianya tidak berlaku. Namun aku tetap berpuas hati
dengan persembahannya.
3 Bintang
Farhan
Setiap kali melihat carta AFUNDI terdetik juga rasa ketidak adilan telah dilakukan oleh pengundi kepada Farhan dihati aku. Entah mengapa dia sering berada dikedudukan terbawah. Farhan sekali lagi menunjukkan kebolehannya didalam konsert kedua. Lagu Sayang di Sayang merupakan salah satu lagu wish list Farhan dan telah disampaikan dengan diiringi oleh Kumpulan Yayasan Warisan Johor. Ianya sedikit sebanyak membantu menaikkan mood para penonton untuk menonton persembahan lagu keroncong yang selalunya mengantukan. Kekuatan vokal Farhan tidak perlu dipersoalkan lagi. Penghayatan yang ditonjolkan juga cukup kuat. Tekanan intensif oleh Cikgu Fauziah Nawi ketika dikelas minggu lepas terhadap Farhan cukup berbaloi. Diantara persembahan terbaik untuk konsert kali ini.
3.6 Bintang
Diddy
Lagu inggeris dan fast number adakalanya memeritkan para pelajar. Itulah yang dapat aku gambarkan kepada Diddy. Dia telah cuba melakukan yang terbaik namun akibat terlalu menumpukan kepada koreografi, Diddy terlupa kepada nyanyianya. Dia tidak berupaya meluahkan setiap lirik lagu dengan baik dengan erti kata lain dia mumbling. Semua perkataan tidak kedengaran dengan jelas. Namun pujian harus diberikan kerana koreografi yang ditampilkan cukup bersesuaian dan menarik. Tidak lagi kelihatan dia terbongkok-bongkok ketika menari.
2.8 Bintang
Zila
Setelah menonton persembahan Zila aku menyangkakan yang dia tiada harapan dan mungkin akan tersingkir untuk konsert kali ini. Diawal dua verse dia mampu mengawalnya tapi kemudian gaya nyanyiannya mula hilang dinamik. Picthing adakalanya off disana sini dan penghayatan terhadap lagu juga agak lemah. Aku juga setuju dengan Adlin dan Bob yang pakaian Zila tidak bersesuaian langsung dengan lagu itu dan menjadi penyumbang kebosanan didalam persembahan Zila.
2.7 Bintang
Amirul
Kemunculan 4U2C sebagai kejutan ketika Amirul menyampaikan lagu Fiona terus menenggelamkan dirinya didalam persembahan itu. Sepatutnya Amirul tidak boleh membiarkan Joe yang over nak glamour mencuri pentas darinya. Secara teknikal pun vokal Amirul masih berada ditahap amat lemah jika hendak dibandingkan dengan para pelajar lain. Adakalanya kedengaran suara Amirul sengau. Persembahan Amirul merupakan antara yang terburuk untuk konsert kali ini.
2 Bintang
Salima
Walaupun tidak memahami setiap lirik yang disampaikan. Lagu yang dipetik dari filem Mann ini cukup sayu kedengaran ketika dinyanyikan oleh Salima. Vokal Salima masih kurang menyakinkan namun ruang kesedihan yang dicipta melalui riak wajah dan gesture tubuh cukup membuat penonton sama merasainya. Salima mesti lebih mengasah kemampuan vokalnya untuk memperbaiki kelemahan.
2.7 Bintang
Rich
Pada awalnya saya menjangkan lagu ini akan diberi arrangement baru ataupun diambil dari versi kumpulan Pylgrim namum versi asal juga yang kedengaran dikonsert kali ini. Patutlah Rich tidak begitu gembira. Namun itu bukan alasan bagi Rich untuk membuat secara sambil lewa tugasan ini. Dia ada terlupa lirik dan tidak menunjukkan penjiwaan terhadap lagu. Walaupun dia memainkan gitar sambil menyanyi tetapi ia tidak membawa apa-apa makna langsung kepada persembahan tersebut. Ini merupakan persembahan terburuk Rich setakat ini.
2.4 Bintang
Tersingkir.
Untuk konsert kali ini Karen merupakan pelajar kedua yang tersingkir. Mungkin akibat dari faktor waktu konsert yang telah bertukar menyebabkan pecahan undi yang ketara telah berlaku. Maklum sahaja lah Ahad merupakan hari bekerja bagi negeri Kelantan. Tapi bagi nakal pelajar yang sepatutnya tersingkir jika bersandarkan kepada prestasi ketika konsert adalah diantara Amirul, Haziq dan Rich.
Berikut adalah peratus undian ketika undian ditutup.
Lotter – 12%
Faizal – 12%
Farhan – 10%
Amirul – 10%
Haziq – 9%
Salima – 9%
Velvet – 9%
Zila – 8%
Diddy – 7%
Rich – 7%
Karen – 7%
Oklah untuk dua persembahan terbaik minggu ini aku memilih Velvet dan Farhan, dan kalau kauorang nak download mp3 time konsert kedua mereka berdua ini klik sahaja pada link yang aku sediakan dibawah.
Download:
AF4-Farhan-Sayang_DiSayang.mp3
AF4-Velvat-Langit_Ke_Tujuh.mp3
Untuk ulasan lain:
Padat dan Pedas - Maman View.
Separa Panjang dan Pedas – Ferbie.
Panjang dan Pedas – Klubbkidd.
Amat Panjang dan Pedas – Javart.
posted by admin at 2:15 AM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Kedua)