Paparan diari kali ini cukup menarik bagi aku. Terdapat macam ragam dan perilaku para pelajar dan tenaga pengajar dapat ditonton melalui dairi semalam. Bermula dari kelas teknikal vokal, kelihatan Cikgu Syafi memang sudah tak tahan lagi dengan perilaku para pelajar yang enggan menunjukkan perubahan kebelakangan ini. Farhan telah dinasihatkan agar lebih membulatkan sebutan huruf A didalam nyanyiannya. Cikgu Syafi menyuruh Karen membuat latihan bersendirian diluar kelas kerana dia masih tidak berpuas hati dengan teknik naynyian Karen. Dapat dilihat Karen telah mencuba sedaya upayanya untuk memperbaiki nyanyiannya tapi masih kedengaran pelat bahasa Cina yang agak pekat lagi. Kemudian Rich pula disuruh keluar kelas akibat masih salah menyebutkan huruf T didalam nyanyian. Aku rasa tenaga pengajar musim ini lebih gemar menyeruh para pelajar membuat latihan persendirian berbanding menunjukkan cara yang betul secara lebih personal dengan pelajar mereka.
Kelas Ajai memaparkan Ajai menumpukan perhatian kepada para pelajar yang bermasalah sahaja untuk mengalunkan lagu mereka. Zila dan Karen diberi latihan intensif oleh Ajai dan diminta agak sentiasa enjoy didalam menyanyikan sesebuah lagu. Ajai menyatakan kekesalannya kepada mereka berdua kerana masih tidak menghayati lagu itu. Haziq juga diminta tidak panik kerana tidak cukup nafas ketika menyanyikan lagu Kian pada note-note yang tinggi kerana Haziq telah menunjukkan persembahan yang lebih baik pada sesi sebelumnya. Paparan Lotter berlagak menjadi pengurus pentas ketika Faizal menyanyi memang cukup kelakar. Aku berdekah-dekah tengok gelagat Lotter yang tak ubah macam Yassin. Terbayang juga kalau Lotter muncul sebagai tetamu didalam program Gitu-Gitu Apek pasti gamat.
Sham Kamikaze cuba membuat perubahan didalam lagu Menuju Puncak untuk minggu ini dengan cara penyampaian berharmoni. Agak menarik juga percubaan ini walaupun pernah dilakukan pada AF yang lalu. Dan para pelajar juga menunjukkan minat dengan cara penyampai berharmoni ini. Kemudian Sham menyuruh para pelajar lelaki membuat cara yang sama untuk lagu tugasan Faizal (Semalam yang Hangat). Aku tidak dapat pastikan samada gaya penyampaian begini akan digunakan untuk konsert ahad nanti atau tidak. Tetapi jika digunakan pasti menjadi menarik seperti lagu Fantasia Bulan Madu yang dinyanyikan Felix ketika AF musim lalu. Dairi tengahari diakhiri dengan menunjukan Ajai cuba menyanyikan lagu Kian dan aku dengar ok laaa itu pun ada macam tak sampai note.. ehehheee..
Sesi malam
Rasanya baru semalam aku menulis memuji para pelajar AF ini yang kelihatannya akrab antara satu dengan lain tapi konflik pertama tiba jua di AF 4. Faizal meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Haziq diiringi Lotter sebagai body guard Faizal. Cara gurauan kasar Haziq yang menjadi punca konflik kali ini. Faizal tampak memang kurang senang dengan cara gurauan Haziq. Setelah Faizal pergi Lotter cuba menasihati Haziq denga lawak-lawaknya. Lotter membayangkan kepada Haziq bagaimana jika dia melawak dengan seorang pembunuh yang sensitive pasti Haziq dah kena tikam. Rich juga cuba menasihat Haziq supaya lebih peka ketika bergurau.
Setelah mendapat tahu konflik yang berlaku dikalang pelajar lelaki Dr Fazley telah mengadakan sesi yang dinamakan “saya suka awak, saya tak suka awak”. Didalam sesi ini para pelajar diberi peluang untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku didalam hati mereka mengenai pelajar lain. Dan dalam sesi ini Faizal dan Haziq menjadi fokus utama. Faizal mengadu yang Haziq ini suka bersendirian dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Bila dipelawa Haziq sering kali menolak. Faizal menyatakan yang dia sebenarnya sayang pada Haziq dan merasakan Haziq selalu rasa tertekan sejak berada didalam akademi. Menurut Dr. Fazley Haziq tergolong didalam golongan orang yang bergelar sarcastic. Menurut Dr. Fazley orang macam Haziq ini suka menyembunyikan tekanannya dan cuba berbuat seperti biasa dihadapan orang ramai tetapi tekanan yang ada dihatinya membuatkan adakalanya tindak tanduknya melampaui batas. Pada masa ini Haziq dan melalak depan para pelajar lain tanpa segan silu lagi. Kiranya macam Amylea nangis time kena konfrantasi musim macam tu la Haziq nangis cuma takde orang yang papah dia jerk. Memang telah aku sedari dari awal yang si Haziq mempunyai masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain diakademi begitu juga dengan Diddy yang lebih senang menyendiri tapi cara pergaulan Haziq yang kurang matang merupakan punca sebenar konflik ini. Tapi kerana konflik ini juga Haziq mendapat peluang kedua untuk merapatkan kembali perhubungan antara mereka. Tidak dapat dipastikan lagi yang konflik ini akan memberi impak kepada peratus pengundian pelajar atau tidak.
Satu lagi luahan yang menyebabkan hati aku tersentuh adalah kenyataan Karen kepada Farhan. Jelas sungguh Farhan telah banyak memainkan peranan didalam AF dan aku jangkakan para pelajar wanita khasnya dan lelaki amnya pasti akan merasai kehilangan yang besar sekiranya Farhan tersingkir nanti (memandangkan posisinya yang selalu ditangga terakhir). Farhan bertindak sebagai tempat mengadu kepada para pelajar dan pengganti kerusi urut Osim diakademi. Dia menunjukan cukup sifat tanggungjawab sebagai kakak diakademi dan cuba sedaya upayanya untuk membantu para pelajar lain jika mereka bermasalah.

Rich pula membayangkan yang Velvetlah sinar baginya di akademi. Dia cukup sayang pada Velvet (mungkin lebih dari seorang adik). Setiap hari jika dia menulis diarinya pasti akan terselit nama Velvet. Pasti sesudah ini akan ada golongan penyokong kedua-dua pelajar ini silap-silap hari bulan ada gosip pula antara mereka macam Akma dan Felix.
Paparan seterusnya adalah didalam kelas Dr. Fazley. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja muka Dr. Fazley ni kat akademi tak seperti waktu Dr. Love dahulu. Kali ini Dr. Fazley menyuruh para pelajar bermain permainan yang dinamakan “Memancing ikan dikawasan periuk api”. Para pelajar cukup gembira dengan permainan ini dan dilihat mereka dapat melupakan sebentar stress mereka buat sementara waktu. Aku turut terhibur melihat keletah para pelajar ketika hendak melintasi kawasan periuk api. Haziq telah dipilih sebagai pemenang dan pelajar contoh untuk permain kali ini berdasarkan cara permainannya yang cukup berhati-hati mendengar arahan dari rakan yang lain.
Pengetua Ramli Sarip muncul kembali didalam akademi untuk memberi nasihat dan melihat prestasi para pelajar untuk lagu tugasan masing-masing. Pengetua memberi nasihat kepada para pelajar agar cuba mencari identity sendiri walaupun sedar merak tidak mempunyai banyak pilihan kerana masih hijau didalam bidang seni ini. Kemudian dia menyanyikan lagu-lagu untuk memberi inspirasi kepada para pelajar. Saya kira ini satu lagi medium terbaru didalam Akademi Fantasia didalam mendidik para pelajar dan ianya cukup menarik. Pasti para pelajar lebih teruja untuk mengikuti kelas bersama Pengetua Ramli Sarip. Ramli kemudian menyuruh para pelajar membuat persembahan bermula dengan Diddy. Ramli menyarankan kepada Diddy agar tidak terlalu tegang ketika menyanyikan lagu tugasannya. Zila disuruh menunjukkan kemarahan secara berperingkat didalam nyanyiannya. Diari diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai para pelajar dengan pengetua mengiringi mereka dengan petikakan gitar. Hari Sabtu tiada diari dan Konsert Akademi Fantasia akan berlangsung pada hari Ahad 12.30 tengahari. End.
Deman World Cup sudah bermula dan aku hanya sempat menonton perlawanan pembukaan semalam pada separuh mata pertama sahaja. Tahniah kepada pasukan Jerman kerana menag perlawanan semalam dan malam ini tentu sekali parlawanan England dan Paraguay menjadi tumpuan. Tidak banyak beza dengan edisi Piala Dunia yang lalu Brazil tetap menjadi pilihan aku walaupun ada rasa yang mereka tidak akan mengungguli edisi kali ini. Anyway kepada yang tengok bola tu jgn lupa tido sebab esok nanti kerja lagik…

Kredit kepada Ted dari Velvet FC
posted by admin at 1:19 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (09 June 2006)