About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia 4 (06 June 2006)

Wednesday, June 07, 2006
Ore : 2:04 PM

Entah mengapa paparan diari kali ini agak membosankan. Dan dari permehatian aku sejak adanya penyikiran minggu sudah orang ramai telah mula mengambil tahu mengenai AF tahun ini.

Diari hari ini dimulakan dengan paparan Rich yang macam tak puas hati sebab dapat genre lagu yang sama dengan konsert yang sudah. Dia merakan yang dia tidak dapat menujukkan versatilitinya denga lagu tugasan tersebut. Tapi bagi aku lagu tugasan yang Rich dapat kali ini lebih energetic berbanding minggu sudah dan ianya lebih cenderung kepada rock sesuai dngan jiwa Rich.

Cikgu Fazley muncul lagi didalam AF, untuk memberi motivasi kepada para pelajar tentang cara menangani beban dan tekanan. Pelajar diminta membuat bulatan dan menghantar bantal mengelilingi bulatan dan kembali kepada pelajar yang mula-mula sekali memindahkan bantal. Kemudian pelajar diminta menutup mata dan bantal itu digantikan dengan buah durian. Diddy ditugaskan oleh Cikgu Fazley untuk bertutur didalam bahasa inggeris sepanjang minggu ini kerana lagu tugasan yang dia dapat adalah lagu berbahasa inggeris.

Didalam kelas teknikal vokal kelihatan Diddy mempunyai masalah didalam membuat bubbling. Dia diarah keluar dari kelas untuk membuat latihan persendirian oleh Cikgu Syafi. Cikgu Syafi juga tidak berpuas hati dengan mutu nyanyian para pelajar ketika menyanyikan lagu menuju puncak. Mereka diarah menyanyikan lagu menuju puncak di bilik tarian. Para pelajar kemudian diminta menyanyikan lagu tugasan masing-masing dan dinilai oleh Cikgu Syafi (yang ini aku malas nak ulas).

Sambungan diari menujukan perbualan Lotter yang kononnya ada hantu di hostel mereka. Rupa-rupanya bunyi yang selalu menghantui Lotter adalah air freshner ketika menyumburkan wangian secara automatik.

Paparan berpindah ke dalam kelas vokal Ajai. Pelajar diarah untuk memberi penghayatan kepada lagu masing-masing especially untuk Diddy dan Ajai juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan dengan Diddy.

Untuk kelas persembahan dan drama kali ini kelihatan episode air mata berulang lagi. Farhan menghadapi masalah untuk menyampaikan ayat “Arus air mengalir deras merempuh rumah raksasa”. FN menegur Farhan kerana gagal memberikan tumpuan ketika melaksanakan tugasa tersebut kerana adanya ganguan Lotter. Tapi aku rasa muka Lotter itu memang lawak memang nak ketawa bila tengok muka dia. Farhan disuruh mengulangi menyebtu ayat itu secara bertentang dengan Lotter tapi masih gagal memberikan tumpuan ini menyebabkan FN marah sehingga Farhan menitiskan air mata. Farhan kemudian disuruh membaca sajak, ketika ini Farhan telah menangis teresak-esak tapi tetap membacakan sajak itu. Kelihatan juga Zila turut sama sebak melihat Farhan ketika membacakan sajak tersebut. Kemudian Amirul pula membaca sajak yang sama dan di turut menangis.

Dairi disambung dengan paparan sebelumnya (Amirul menangis ketika membaca sajak). Amirul memberitahu yang dia teringatkan ibu dan arwah bapanya dan menyebabkan dia menangis. Cikgu FN memberitahu para pelajar yang mereka tidak perlu berlakon ketika menghayati sesebuah lagu. Cuma mereka perlu jujur ketika menyampaikannya.

Kemudian penonton dibawa masuk kedalam kelas tarian dan koreografi dan Linda Jasmine menyuruh para pelajar membuat stretching sebelum membuat tarian. Kamera lebih fokus kepada Velvet yang kelihatan sukar untuk membuat latihan itu. Tapi kelihatan cuma Zila dan Salima sahaja yang bersungguh-sungguh mengikuti arahan Lainda Jasmine. Kemudian Corrie meluahkan rasa kecewanya melihat persembahan para pelajar ketika menyampaikan lagu menuju puncak. Mereka tidak mengikut beep dan tiada attitude didalam persembahan itu. Rich kemudian didenda kerana kesalahan step ketika membuat menuju puncak didepan Cikgu Linda dan dia didenda 20 kali tekan tubi kerana kesalahan itu.

Paparan seterusnya adalah ketika para pelajar berinteraksi dengan Diddy didalam bahasa inggeris seperti yang diarahkan oleh Cikgu Fazley. Kemudian paparan didalam kelas FN pula ditayangkan. Dimana para pelajar diminta menyanyikan lagu tugasan masing-masing. Faizal diminta agar memandang kepada para pelajar lain. Farhan diminta menjiwai watak yang dia bawa dalam lagu itu dan sekali lagi aku dapat jangkakan yang tarian Taichi akan dipersembahkan. Diari diakhiri dengan Rich sedang membuat latihan dengan Cikgu Ajai dan kelihatan Rich sudah mula selesa dengan lagu tugasannya.

posted by admin at 2:04 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (06 June 2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com