About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelima)

Sunday, July 02, 2006
Ore : 2:14 AM

Dalam ingatan...
(gambar aku cilok Joe punya)


Inilah konsert mingguan AF yang paling tidak bermaya pernah aku lihat. Segala benda macam tidak sempurna. Adakah benar Akademi Fantasia telah hilang sengatnya setelah fenomena hebat melanda tahun sudah.

Peratusan awal para pelajar adalah seperti berikut.
Faizal - 15%
Farhan - 14%
Velvet - 14%
Lotter - 13%
Amirul - 13 %
Salima - 11%
Diddy - 11%
Haziq - 10%

Pengkritik Minggu ini
Che Mat Poi a.k.a. AC Mizal
Juliza Adlizan
Adlin Aman Ramli

Diddy
Menjadi pelajar pertama yang membuat persembahan. Aku rasa persembahan Diddy malam tadi boleh dibanggakan. Walaupun ada juga vokal yang terkucil tapi tak banyaklah. Diddy memberikan keseluruhan effort untukk lagu ini. Walaupun kebanyakkan persembahnnya tidak banyak beza dengan penyanyi asal Diddy tetap berjaya mencuri perhatian dengan kesungguhan yang ditunjukkan, inilah kunci yang menyelamatkannya dari tersingkir setiap minggu.
3.5 Bintang

Lotter
Sebelum memulakan persembahan Lotter sekali lagi diminta meniru gaya tenaga pengajar, sekali lagi berdekah-dekan aku dan Eton ketawa. Memang budak ni berbakat untuk menjadi pelawak bukan penyanyi. Mengenai persembahn Lotter tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan. nak diikutkan aku agak bosan dengan apa yang dilakukannya dan dari segi teknik vokalnya, Lotter masih banyak perlu diperbaiki. Berada dinota rendah bukan masalah baginya tapi dia ada problem setiap kali nak capai high note. Tapi aku akui level of confident Lotter memang tiada tandingan ketika ini jika dibandingkan dengan pelajar lain.
3 Bintang

Salima

Persembahan Salima juga agak membosankan. Habis lirik lagu Because of You dikunyahnya. Hampir keseluruhan lagu aku tak paham apa yang dia nyanyikan. Dahlah diction hancur, pitching pun ada off sekali sekala. Memang aku jangkakan yang dia akan terkeluar minggu ini. Mungkin ramai yang puas hati bila dia ni dah kuar. aku rasa terlonjak-lonjak sorang member malam ini..
2.5 Bintang

Haziq

Dia nie diselamatkan oleh VT yang pernah ditunjukkan oleh diari sebelum ini. Time dia karaoke hampir kesemua lagu tugasan pelajar lain untuk konsert yang lalu. Mesti ramai yang vote kasihankan mamat nie malam tadi. Kalau nak diiikutkan persembahan Haziq malam tadi pun tak kemana. Vokal control hampir tiada langsung. Main ikut sedap jerk dia belasah lagu tu. Pitching pun dan kelaut memang tiada apa yang boleh dibanggakan. Cuma peningkatan dari segi keyakinan membuat persembahan sebab tangannya dah tak parkinson lagi.
2.5 Bintang

Amirul

Kali ini Amirul menghadapi cabaran yang agak getir. Dia menyanyikan berrentak asli bertajuk Lagu Zaman. Walaupun masih jauh ketinggalan dari segi teknikal jika dibandingkan dengan pelajar lain namun Amirul jelas menunjukkan peningkatan didalam persembahan. Aku tidak berapa setuju dengan CMP yang cakap Amirul kurang penghayatan aku nampak Amirul memberikan penghayatan sepenuhnya didalam lagu ini. Namun Amirul masih perlu mempelbagaikan teknik penyampaiannya lagi.
3 Bintang

Velvet

Merupakan pelajar seterusnya membuat persembahan. Ada jugak lawak sebelum persembahan yang dilakonkan oleh Que Haider pasal kasut bertali yang pernah dipakai Velvet (alah kasut yang Adlin suka). Apa yang aku harapkan dari gadis ini tidak kesampaian. Velvet cuma mempertaruhkan vokalnya sahaja didalam persembahan ini. Itu pun masih ada masalah nota rendah walaupun sudah tidak begitu ketara. Velvet tidak memberikan penghayatan sepenuhnya untuk lagu ini. Kebosanan yang telah ujud sejak persembahan Lotter tidak dapat dihilangkan oleh Velvet kali ini.
3.5 Bintang

Faizal

Lagu Terharu dendangan asal Sweet Charity tidak banyak bezanya dengan apa yang pernah dilakukan sesebelum ini. Aku rasa Faizal ini konsisten didalam setiap persembahan. Dengan memiliki ramai peminat ketika ini Faizal lebih selesa play safe untuk persembahnnya. Sebenarnya Faizal masih perlu meneroka perbagai teknik nyanyian untuk mewujudkan kelainan dirinya dengan penyanyi yang sedia ada. Tidak banyak yang perlu dikomen lagi mengenai persembahan Faizal malam tadi sebab ianya tahap biasa sahaja. Cuma tariannya masih kongkang...
4 Bintang

Farhan
Aku boleh katakan persembahan Faizal dan Farhan menjadi penyelamat untuk konsert kali ini. Walaupun ketika diakademi Farhan kelihatan kurang selesa dengan lagu tugasannya. Namun untuk konsert ini Farhan berjaya menyampaikannya dengan baik. Kawalan vokal Farhan yang menakjubkan menjadi kunci kekuatan persembahnnya. walaupun penghayatan yag dipamerkan belum maksima namun aku kira para penonton tidak kecewa dengan apa yang telah diberi malam tadi. Tapi ini bukanlah persembahan terbaik Farhan kerana aku masih memilih Still Got The Blues sebagai yang terbaik dari beliau.
4 Bintang

Lagu Bonus
Persembahan kesemua para pelajar kelihatan amat lesu untuk lagu bonus Sherasi Bershama. Aku rasa para pelajar menghadapi masalah untuk memberikan fokus didalam setiap persembahan. Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku lebih-lebih lagi ini telah masuk minggu yang kelima. Kelemahan ini perlu diatasi segera oleh tenaga pengajar bagi mengelakkan AF kehilangan lagi kredibilitinya yang sememangnya telah menurun ketika ini.
3 Bintang

Salima merupakan pelajar yang tersingkir untuk konsert kali ini. Dan aku kira ianya bertepatan dengan persembahan yang ditunjukkan lebih-lebih lagi begitu ramai puak yang meluat melihat personaliti pelajar ini. Berdasarkan persembahan malam tadi aku rasa Haziq dan Lotter turut perpotensi untuk tersingkir.

Sebelum pengumuman nama pelajar yang tersingkir Aznil telah mengumumkan berita sedih yang bapa Mawi telah meninggal dunia malam tadi pada jam 10.00 malam. Satu lagi dugaan besar yang terpaksa Mawi tempuh disaat dia menghadapi masalah dengan Ina. Apa-apa pun Nakaltitude Crew mengucapkan takziah untuk Mawi sekeluarga. Semoga roh Allahyarham Ani bin Ahmad (Pak Atan) dicucuri rahmat. Al-Fatihah....

Ulasan lain
Klubbkidd
Ferbie
Malique
Mykopitiam
Maddox

posted by admin at 2:14 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Konsert Akademi Fantasia 4 (Minggu Kelima)
Thanks for link my one sen blog... mana ulasan kat situ... hehehe just ciput je.

This comment has been removed by a blog administrator.

Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com