Sepanjang minggu ini aku sibuk dengan pelbagai perkara. Mungkin banyak kejutan yang akan berlaku seminggu dua ini. Tengok jerklah nanti.
Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah
Dari segi koreografi memang nampak effort yang diberikan. Energy didalam persembahan ada tapi tak cukup untuk memberi impak. Vokal masih banyak part yang flat dan kelaut. Aku terhibur denagn lagu dan koreograf dia jerk yang lain semua kosong.
1 1/2 Bintang.
Mila - Puncak Kasih.
Dia nie memang banyak improve dari segi vokal lately. Tapi unutk konsert kali ini ada part low note yang terkucil sikit dan high note ada part yangaku dengar macam menjerit. Anyway dianya performance malam itu antara yang terbaik.
3 Bintang
Aswad - 60's TV.
Ini merupakan persembahan terburuk dari Aswad. Dan merupakan bahan lawak untuk konsert kali ini. Mumbling, semput, lupa lirik dan rambut macam mop lantai tu buatkan Aswad jadi badut siap tambah lagi VT lawak washing.. washing.. itu. Aku rasa Aswad boleh jadi instructor aerobik terbaik dalam AF. muahahaa.
1/2 Bintang
Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta.
Terlalu banyak sangat movement buat dia hilang kawalan vokal. Banyak yang off pitching dia time dia sibuk nak berlakon dengan Shawal. Tapi effort untuk persembahan memang ada nampak. Dia masih tak dapat lari dari masalah menyatukan lagu dan persembahan.
2 Bintang.
Ebi - Layu Sebelum Berkembang.
Pada mulanya aku sangka persembahan Ebi akan menjadi sebab pada awalnya aura persembahan sudah terasa. Tapi bila start dia bangun dan menuju ketengah pentas semua itu hilang. Ebi hanya perlu duduk bermain dengan emosi dan melontarkan suara dengan lebih bertenaga untuk memberi impak dengan lagu sebegini.
2 Bintang
Candy - Berdua Lebih Baik.
Dari segi vokal dia tak banyak masalah. Cuma persembahan dia nampak kosong diatas pentas. Sepatutnya Linda Jasmin sediakan back up dancer dan koreografi yang lebih menarik untuk dia memberi persembahan yang lebih baik .
3 1/2 Bintang
Rizal - Pada Syurga Diwajahmu.
Dia nia masih banyak kelemahan dari segi vokal. Aku nampak effort dia untuk mempelbagaikan corak nyanyian tetapi banyak part yang tidak kena. Lagi satu aku tengok dia nie macam banyak air liur yang terembes masa menyanyi. Lain kali kena banyak sikit minum air. Feel disampaikan pun tak kena dengan lagu. Yang lain ok jer.
2 Bintang
Dekna - Unfaithful.
Dari segi tonne suara aku memang suka dengan tonne Dekna. Macam biasa bila student nyanyi lagu english mesti banyak diction yang tak clear. Yang lain aku rasa ok. Dekna nampak lawa dengan gaun tu.
3 1/2 Bintang
Shawal - Cinta Tak Karuan.
Shawal punya lenggok dangdut yang cukup. Tapi bila masuk bab gelek dia memang out. Dan bila time rapping tu dia semput. Sepatutnya bab dangdut dia dia kena kasi back up singer yang buat biar dia lebih fokus kepada verse dangdut sahaja. Anyway aku suka.
3 Bintang
Menuju Puncak.
Gerak tarian kanak-kanak tadika itu masih ada. Bilalah agaknya Remy nak tukar.
Pelajar tersingkir
Dekna
Ulasan Lain:-
Labels: AF
- Posted at April 16, 2007 7:21 PM | By Ikeen Ismail
*bengkeraplah lanun2 mp3 kt kompleks beli-belah cz dh ada saingan online!..
- Posted at April 17, 2007 4:59 AM | By Ajami Hashim