About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

KONSERT AFOOL 05 MINGGU KETIGA

Monday, April 02, 2007
Ore : 8:42 AM




KONSERT AFOOL 05 IS BACK

Masa aku menaip benda nie jam dah pukul 4 pagi. Dah la semalam aku cuma tido dua jam jer. Malam nie kena stay back lagi untuk tengok konsert hampeh. Aku tak sempat nak tonton konsert siang tadi sebab ada meeting tergempar di Perling Mall pukul 2.00 petang. Aku cuma sempat tengok sampai persembahan Noni jerk. Jadi terpaksalah berjaga malam nie nak tengok balik ulangan konsert tu, walaupun Eton dah bagi tau yang konsert kali ni bored. Tapi aku tak sangkalah sebosan ini. Semuanya serba tak kena. Bebudak ni punya feel banyak yang tak sampai. Nape bila buat konsert petang-petang cam nie tak boleh nak feel. Lagu semua dahlah pilih sendiri. Tapi bila perform hancur. Takde yang standing ovation pun. Yang paling baik pun cuma sekadar baik sahaja. Tak banyak yang luar biasa. Bila tengok permulaan konsert dengan sajak ciptaan Datuk A. Samad Said bertema ketuhanan dan kemanusiaan sedikit menaikkan semangat. Bila masuk bab persembahan individu aku hampa. Lagi hampa bila takde penyingkiran minggu ini. Kenapa Astro masih tak dapat pulangan lagi ke sebab tu takde penyingkiran dibuat untuk konsert yang fool ni. Lagi satu aku bengang bila handphone aku yang aku tinggalkan kat rumah abis dilanyak isirumah untuk afundi bebudak yang tak layak dapat afundi aku. 10 kali lebih baik bebudak Gang Starz yang dapat cabaran lebih hebat dari bebudak AF. Mana taknya bebudak Gang Starz kena buat musik arrangement masing-masing, kena belajar koreografi sendiri. Tiada kelas vokal. Tiada kelas seni persembahan namun performance lagi bagus dari bebudak AF. Malas nak cakap banyak sebab aku bukannya pemberi biasiswa pada mereka yang tak patut dapat benefit macam nie. Oiii sapa yang abiskan kredit hphone aku ganti balik ehh. Baca jer lah review performance untuk kali ni.

Heliza - Melodi Ahlan

Dia punya intro aje dah longgar tak solid macam minggu sudah tapi bila masuk separuh lagu dia dah mula pick up balik. Nampak sangat yang Heliza cukup stress dengan lirik Spanish dalam lagu ni, sebab dia tak nampak releks bila part tu. Tapi percubaan yang agak baik la bila dia boleh menyanyi sambil menari.

2 Bintang

Farha- Insan.

Mamat ni nampak sangat stress. Tempo ada off sikit. Aku tak paham kenapa dia nie perform dengan penuh perasan bukan dengan penuh perasaan. Gaya si Aswad pun dia dah ambik. Dah jadi Karam Singh Walia no dua pulak lepas si Aswad. Masih ada masalah untuk hit high note dengan betul. Adakalanya menjerit tapi energy untuk lagu ni oklah..

1 1/2 Bintang

Noni - Ode To My Family.

Minah nie terlampau control cun. Asyik nak betulkan rambut buat hilang fokus dalam persembahan. Sebab tu persembahan dia out. Low note tak clear sangat. Feeling kejap ada kejap hilang tak konsisten langsung. Dia tak pandai sustain the feeling once she got it. No energy at all.

1/2 Bintang

Aswad

Dia nie macam nyanyi karaoke jerk. Takde art of performance langsung. No soul and feeling toward the song. Flat jangan cakaplah mencanak-canak tumbuh disana-sini. Dah lah ada lupa lirik tempo pun out jugak. Nasib baik style Karam Singh Walia dah kurang sikit cuma tarian ala-ala kena sawan tu pulak yang tak boleh nak aku terima pakai masa bridge lagu.

0 Bintang

Fatin - Erti Hidup

Kalau minggu lepas aku cakap Fatin takde style, untuk minggu ini aku kena tarik balik. Untuk minggu ini Fatin ada membuktikan sesuatu. Kelainan cara penyampaian untuk lagu ini cukup untuk Fatin menonjolkan kelainan. I really not agreed dengan apa yang Ogy cakap dia tiru cara Dayang bila perform sebab lain sangat. Low note clear, dynamic ada dan feel pun ok. Cuma ada sikti off tempo dan vibrato masih banyak lagi. Nak kena buang lagi vibrato tu. Yang lain ok.

3 Bintang.

Aizat - Warisan

Vocally dia nie ok. Projection suara dari low ke high note ok. Cuma tarian yang nampak weird dan tak kena dengan movement body buat nampak tak smooth. Lagi satu dia macam tak yakin sebab feel untuk lagu tu tak berapa tepat.

2 Bintang.

Mila - Melukut Ditepi Gantang

I quite impress dengan dengan cara nyanyian Mila untuk minggu ini. She did well. Menyanyi sambil duduk sepanjang lagu yang ada range bukannya mudah. Sebab kalau angin tak cukup mau terkucil jadinye. Feel ok dan sampai pada aku. Cuma tak paham napa video clip dia dengan Dafi digunakan untuk lagi ni. Takde ke gambar dia dengan Afiq. And still wondering why she in bottom 2 for this concert, she deserve better position for these concertlah.

3 Bintang

Dafi - Aku Tanpa Cintamu.

Flat, pitching out, no energy, low note tak clear, high note tak sampai, feel takde. Semuanya kelaut.

0 Bintang

Dekna - Kembara Ditanah Gersang

Dia nie tak fokus untuk persembahan. Nampak sangat sebab tempo ada off, pitching pun ada tergelincir, feel tak sampai dan takde energy. Macam takde semangat untuk perform. Nape? Rindu sangat ke kat TOK Wan ke atau memang dah nak sangat keluar?

1 Bintang

Rizal - Permaidani.

This is one of my favorite song but not the singer. Tapi dia nie perform banyak sangat ikut cara Aris Ariwatan. Aku tau susah untuk lari dari personaliti lagu ini sebab lagu ini sudah terlampau sinonim dengan Aris. Tak banyak yang dapat komen untuk persembahan Rizal. Sebab dia buat biasa jer. Feel pun cuma setengah jalan jerk.

1 1/2 Bintang

Shawal - Ku Berlari

Secara keseluruhan vokal Shawal ok. Aku suka tengok dia enjoy dengan koreografi yang dia buat. Cuma bila time rap tu dengar dia semput. Energy untuk lagu ini pun masih kurang diberikan Shawal.Persembahan minggu lepas masih yang terbaik untuk dia.

2 1/2 Bintang

Candy - Terlalu Istimewa.

Dia merupakan penyelamat untuk konsert semalam. Candy memang konsisten setakat ini. Cara penyampaian yang tersendiri dan maksud persembahan sampai. Vokal yang dynamic dan energetic serta feel yang dipamerkan membuatkan persembahan Candy yang terbaik setakat ini.

3 1/2 Bintang

Ebi - Al Jannah

Aku tau Ebi bukan seorang qari macam Mawi. Sebab tu dari segi tajwid dia tak boleh nak tanding dengan Mawi. Tapi dengan bantuan echo untuk audio lagu ini banyak memperkemaskan lagi vokal Ebi. Dengung masih nipis sebab tu macam tak puas dengar bila Ebi nyanyi past bahasa Arab tu. Ada satu high note part tu aku dengar dia menjerit not singing. Feel ada tapi masih tak cukup untuk memberi impak yang besar kepada penonton.

2 1/2 Bintang

Pelajar tersingkir :- Tiada

Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Ahmad Faidi

Penglipurlara AF05

Noumad

Labels:


posted by admin at 8:42 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for KONSERT AFOOL 05 MINGGU KETIGA
huhuh .. konsert ke-3 ni aku takde ulasan .. sebab tak tgk pon .. aku wat coverage utk gempak selebriti astro kat kuantan ;)

Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com