Mesti korang tertanya-tanya kenapa dah seminggu aku tak update pasal diari harian AFkan. Bukannya aku tak tengok, aku tengok siap dengan AFXTRA lagi aku tengok. Tapi aku malas nak menaip sebab aku sibuk kat MP3CENTRAL, LYRICENTRAL, ALLJUSTINFO dan CARFEVER. Sekarang aku tengah kemaruk dengan adsense. Ehhehe. Yelah jelous sebab tengok bebudak lain dah dapat income dari situkan. Aku pun nak jugaklah. Jadi kalau kauorang free pergi lah blog-blog aku yang lain tu yerk. Ok, balik pasal konsert minggu ni, pada aku ada peningkatan persembahan berbanding minggu lepas. Tapi just average jerk. Dan aku tak terkejut dengan penyikiran 3 pelajar sekaligus malam ini. Sebab nak cover balik minggu lepas yang takde penyingkiran langsung. Aku rasa Astro dah dapat cukup fund untuk cover. Intro konsert dengan Promo Fail sulit dan Kak Mah Gali dan VC Salih Yakoob nyanyi gali lubang tutup lubang tak memberi kesan. Yelah saja nak expose lagi minggu menggali setelah dihentam teruk untuk minggu sudah. Hattan tak dapat bersama malam ni dan diganti oleh Prof. Khair Johari Johar. Kalau tak salah aku dia nie penyanyi lagu Sepasang Kurung Biru. Pengenalan para pelajar dengan lagu joget Tepuk-Tepuklah Tangan intro oleh Aznil agak menaikkan semangat untuk menonton konsert kali ini. Sekarang bacalah review persembahan setiap pelajar.
Fatin - Joget Gila Bayang.
Buat performance setalah Ebi ditarik masuk untuk extreme make over. Aku ingat diaorang nak gunting rambut Ebi tapi tak pulak. Ok Fatin punya low note clear dan sedap. Ada jugak part-part yang kedengaran flat. Tapi masalah utama Fatin dalam lagu ini kurang energy untuk beri impak pada persembahan keseluruhan. Jadi lagu joget nie tak cukup meriah macam Fatin yang sedia ada kekurangan zat.
1 1/2 Bintang
Shawal - Izinku Pergi.
Aku rasa dia nie rugi sebab tak guna kelebihan lagu yang sedang meletup-letup kat radio sekarang nie untuk tarik penonton untuk mengundi dia. Nampak dia tak dapat feel sepenuhnya dan Fatin yang jadi model untuk lagu ini lebih beremosi berbanding Shawal. Tempo dan pitching pun dia ada miss certain part. Rugi...
1 Bintang
Candy - Setiaku Korbankan.
Something wrong with her tonight. Kalau kauorang tengok trek petang tadi mesti taukan yang Candy nie pilihan juri untuk jadi Juara AF. Tapi persembahan malam ni menghampakan. She's mumbling and can't sustain with high note. The voice going all over the place. Tapi aku suka dengan percubaan dia untuk bermain dengan gaya persembahan vokal tersendiri.
2 Bintang
Farha - As Long As You Love Me.
Sumpah satu apa aku tak paham apa dia nyanyi. Dia tak bukak mulut untuk lontarkan suara. All i heard just flat but the effort he gave to choreograph won't disappoint me. He also got problem lack of energy in his performance.
1 1/2 Bintang
Aswad - Hakikat Sebuah Cinta.
Vocally dia ada improvement. Ada jugak la flat certain part. Feel pun biasa jerk masih tak sepenuhnya. Overall just ok. Sebab Karam Sigh Walia dah takde.
1 1/2 Bintang
Mila - Benci Tapi Rindu.
VC kegersangan Hattan agak kelakar. Nak ke Mila tergoda. Dari segi persembahan, She one of the best tonight. A lot of improvement. Tonne suara memang sedap dan lunak. Tambahan pulak feel yang baik. Aku rasa dia nie memang kena dengan lagu slow ballad macam nie. Masih boleh improve lagi.
3 Bintang
Heliza - Torn.
Dari minggu ke minggu persembahan Heliza semakin menurun. nampak sangat stress persembahan dia ini. Untuk lagu minggu ini dia kekurangan energy dan attitude. That the reason persembahan dia nampak hambar. Low note pun tak berapa jelas.
2 Bintang.
Rizal - Di Ambang Sore.
Aku tau dia tak penah nyanyi lagu macam nie. Dan lain kali jangan lagi nyanyi lagu macam nie. You're not suit to it. Dia tak mampu nak capai standard penyanyi lagu asli. Cuma harapkan keberanian sahaja untuk bawak lagu ini dengan tidak berjayanya.
1/2 Bintang
Dekna - Salam Untuk Kekasih.
I really love suara Dekna masa low note. Tapi bila dah start nak pergi high dia dah hilang fokus. Banyak part high note yang dia jerit sesuka hati. Tapi kelainan yang cuba ditonjolkan untuk lagu ini boleh dibanggakan.
1 Bintang
Dafi - Zikir Kasih.
No komen. Wake up guys he didn't deserve any place in AF at all.
0 Bintang.
Noni - Pastikan.
Inilah masalah bila menyanyikan lagu Tok Ti. Perbandingan mesti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Pitcing asyik tergelincir. High note tak leh sustain. The worst performance from Noni I ever seen.
1/2 Bintang.
Ebi - Kasihnya Laila.
Tak payah cerita pasal make over dan cat walk bersama model-model. Terus jerk pasal persembahan. Dia masih ada masalah pitching dan suara tidak terlontar sejelasnya. Tapi effort untuk lagu dan persembahan agak baik. Siap lompat dari stage dan landing betul-betul depan Ogy untuk tarik perhatian. Katanya dekat Ogy tempat sesuai untuk gali. Mentang-mentanglah orang tu widow sibuk kau nak gali yerk. Muahahaa.
3 Bintang
Menuju Puncak.
Gerak tarian baru dan musik original dan kembali kedengaran. Menarik.
Pelajar tersingkir
Fatin
Farha
Noni.
Ulasan Lain:-
Labels: AF