About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Pra dan Pasca Pelihan Raya Umum Ke 12

Monday, March 10, 2008
Ore : 9:23 AM


Aku rasa catatan kali ini akan menjadi cukup panjang. Banyak benar perkara yang ingin diceritakan . Lagipun dah lama aku tak update panjang untuk aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti pilihan raya kali ini. Almaklumlah cuti dua hari ini aku dah rancang pelbagai agenda peribadi untuk dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pagi-pagi sabtu lagi dah bangun bersiap untuk ke Jusco Permas. Eton sibuk nak beli hadiah kawin kawannya.dan aku dipaksa membeli hadiah untuk Guile yang akan melangsungkan majlis resepsinya minggu depan di N.28 Dun Sg Rambai Melaka. Tapi sebelum tu sempat gak aku singgah rumah Rajan untuk pas CDROM dan ke rumah Linkeen untuk calarkan kereta Aveo dia segarik dua sambil nak kasi dia CPU yang dah berkurun aku amik. Selepas membeli-belah di Jusco kitaorang amik breakfast kat sana, aku terus sahaja pergi ke Larkin menunggu Shida sebab aku dah janji ngan Shida nak pergi membuang undi bersama. Maklumlah tak pernah pergi mengundi sebelum ini. So pergi la berdua biar hilang sikit gemuruh. Maklumlah virgin katakan.

Tepat pukul 2.00 Shida sampai, borak-borak kejap. Pastu bergerak ke pusat pengundian di Sekolah Rendah Larkin 2. Bila aku parking kereta jerk ada pulak mamat Rockers Pink tengah menjadi perayu undi. Korang ingat tak Azlif yang masuk Prelude AF3 tu? Ha dia lah tengah sibuk menjadi perayu undi untuk Barisan Naional. Takpun merayu undi untuk AFMASUK muahahahaha… Lepas buat semakan dengan kakitangan SPR aku dan Shida kena mengundi di bilik saluran 5 mungkin bilik ni khas untuk pengundi virgin macam kami kot. Sebab aku tengok semua yang menunggu giliran untuk mengundi semuanya budak2 muda jerk. Tak susah mengundi nie rupanya Cuma pangkah jerk pastu lipat masuk dalam tong. Dah selesai. Masa nak keluar dari pusat mengundi tu aku dengar ada orang jerit panggil nama aku. Rupa-rupanya ayah dan mak aku pun baru selesai mengundi. Borak2 kejap ngan dia then terus menuju balik ke rumah Shida begitu juga ayah dan mak aku. Kita orang stay kat umah Shida sampai petang lepas tu aku pun beransur pulang.

Malam tu kat rumah aku tagak tengok TV jerk tengok keputusan pilihanraya umum ke 12. Begitu teruja sekali melihat keputusan demi keputusan diumumkan. Begitu banyak kejutan dah ibarat Akademi Fantasia jadinya. Aku stay up layan channel Awani dan RTM 1 sampai pukul 4 pagi. Dan keputusan yang amat memeranjatkan aku dan seluruh rakyat Malaysia disaksikan sepanjang malam itu. Wah! Perasaan aku ketika dengar satu persatu keputusan PRU malam tu bercampur baur. Aku sebenarnya bukanlah pro mana-mana parti politik di Malaysia ini. Aku cuma excited dengan kejutan demi kejutan yang diumumkan malam itu. Dari kekalahan Dato Seri Samy Vellu dan kejatuhan 4 lagi buah negeri ke tangan pembangkang begitu menyegarkan mata hingga ke pagi.

Dari segi pemahaman aku yang baru setahun jagung melihat proses pengundian dijalankan memang nampak ketelusan SPR menjalankan amanat yang disandang. Aku yakin selepas ini makin berkuranganlah kedengaran isu SPR ini pro kepada parti pentadbir semat-mata. Ketelusan SPR memang telah terbukti.

Kekalahan beberapa muka Menteri Kabinet dan kejatuhan Pualu Pinang, Kedah, Perak dan Selangor ketangan pembangkang memberi impak perubahan yang besar kepada wajah politik tanahair. Tiada siapa yang menjangka perkara ini akan terjadi. Malah pihak pihak tertinggi parti-parti yang bertanding juga tidak menjangkan perkara ini, baik BN, PAS, Keadilan mahupun DAP.

Walaupun Barisan Nasional masih dapat memperolehi majoriti mudah untuk mebentuk kabinet. Namun kekalahan nama-nama besar dan kehilangan 4 buah negeri ke tangan parti pembangkang aku lihat sebagai proses penolakan rakyat keatas BN diatas beberapa faktor. Faktor yang paling besar menjadi punca penolakkan BN adalah perasaan selesa yang ada didalam diri mereka sendiri. Maklumlah rekod PRU yang ke 11 yang menjadi sebutan sebagai gelombang biru begitu membuai parti komponen Barisan Nasional. Sikap sambil lewa mereka menangani masalah-masalah umum seperti kenaikan harga minya dan barang-barang keperluan asas yang lain menjadi mainan dan isu-isu dibangkit pihak pembangkang untuk dijadikan umpan kepada para pengundi untuk melakukan swing perubahan angin politik dikawasan setempat.

Dari pemerhatian aku, pihak pembangkang sebenarnya bukanlah sekuat mana untuk menghadapai pilihan raya umum kali ini. Namun para pengundi sendiri yang telah jelik dan muak untuk mendengar segala alasan dan harapan yang diberikan BN. Aku sendiri naik bosan setiap kali menonton media perdana seperti tv dan media cetak utama yang cukup menapis berita-berita sehinggakan hampir tiada langsung kecelaan ditonjolkan didalam BN itu sendiri. Para pengundi sekarang bijak mencari alternative lain untuk dijadikan sumber rujukan bagi memenuhi tuntutan harapan mereka seperti dari internet. Walaupun tidak semua penulisan dan berita-berita di internet itu benar. Tetapi harapan-harapan yang ditulis dan digarap oleh pihak pembangkan disitus-situs dan blog-blog mereka cukup untuk memberi harapan kepada para pengundi yang mencari tuntutan harapan mereka. Bukan nak cakap apa, blog-blog penulisan dari pihak parti komponen Barisan Nasional amat kurang didalam ruang siber ini. Semua pendekatan BN merupakan cara-cara tradisional yang tidak effisyen dan telah muak didengar oleh para pengundi.

Selain itu kuasa para pengundi muda yang kebanyakkannya pengundi diatas pagar turut memainkan peranan. Jika dilihat para pengundi muda yang keluar mengundi ketika ini majoritinya adalah lingkunagn usia 25-35 tahun. Mereka ini kebanyakkannya adalah pendokong reformasi suatu ketika dahalu. Ketika Reformasi dahulu, mereka ini masih belum boleh mengundi kerana terlalu muda atau pun tidak pernah mendaftar untuk mengundi. Dan ketika ini mereka telah matang dan ideologi reformasi itu masih tetap tersemat dihati mereka. Jadi ini turut menjadi punca kewujudan peralihan undi yang banyak dapat dilihat dan kebanyakkan kemenangan BN adalah didalam majoriti yang kecil.

Keengganan untuk berundur oleh muka-muka lama juga antara faktor penting kekalahan BN. Jika kita lihat penolakkan para pengundi keatas calon-calon yang mempunyai nama besar seperti orang no 1,2 dan 3 MIC cukup memberi mesej bahawa mereka patut berundur. Namun yang menghairankan mengapa cukup sukar untuk Datuk Seri Samy Vellu nggan mengakuinya. Namun didalam reaksi pertamanya setelah ditewaskan di Parlimen Sungai Siput dia masih enggan untuk berundur danmasih mahu memimpin parti itu.

Jadi secara umumnya aku akan melihat keputusan pilihan raya umum ke 12 ini dari sudut positif dimana aku amat mengharapkan wakil-wakil rakyat yang telah dipilih dapat menjalankan amanat yang telah diberikan kepada mereka dengan sebaik mungkin. Baik pentadbir mahupun pembangkang keputusan ini cukup jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan kejujuran dan komitmen wakil-wakil rakyat yang dilantik untuk membantu rakyat dengan ikhlas dan jujur. Jadi kualiti politik dan pentadbiran kerajaan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dan jika ianya dapat dilaksanakan dengan baik oleh mereka rakyat akan terus mempercayai dan seterusnya memberi mandat seterusnya kepada mereka lagi.

Labels:


posted by admin at 9:23 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Pra dan Pasca Pelihan Raya Umum Ke 12
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com