About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

ABP 2005 - Ramalan Nakal

Tuesday, February 21, 2006
Ore : 6:16 PM



Memang diakui bahawa warga Malaysia itu memang pemurah. Ada sahaja yg ingin di beri oleh mereka. Walaupun terlalu banyak acara penganugerahan yg dianjurkan ketika ini, bagaikan cendawan lepas hujan. Tetapi ABP tetap menjadi salah satu dari pada acara yg ditunggu-tunggu. Hujung minggu ini akan menjadi penentu kepada semua pengikut dunia hiburan tanahair. Siapakah yg akan dinobatkan sebagai artis paling popular tanahair akan diketahui diatas undian para pembaca akhbar Berita Harian. Disini nakal nak buat prediction untuk para pemenang untuk setiap kategori.

1. Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Aznil Nawawi
3. Azwan Ali
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario
Ramalan Nakal : Dalam kategori nie nakal rasa tiada siapa yg boleh menandingi kepopularan Aznil selaku pengacara nombor satu Malaysia. Setelah rancangan Macam-Macam Aznil memenangi Asia Best Talk Show kredibiliti Aznil memang tidak dapat disangkalkan.

2. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Farah Fauzana
3. Linda Onn
4. Norzie Pa'wan Chik
5. Raja Azura
Ramalan Nakal : Mungkin didalam kategori ini saingan agak sengit. Rasanya tahun ini Linda akan mendapat tentangan hebat daripada Farah Fauzana yg popularitinya semakin meningkat setelah dia turut menjadi pengacara bersama didalam program Melodi.

3. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Adi Fashla (X-Fresh FM)
2. Halim Othman (Sinar FM)
3. Khairil Rashid (Era)
4. Kieran (Era)
5. Najman (Sinar FM)
Ramalan Nakal : Didalam kategori ini banayk muka baru yg disenaraikan seperti Adi Fashla (X-fresh) dan Keiran (Era). Namun nama-nama besar didalam ketegori ini seperti Halim dan Khairil Rashid nakal lihat masih mampu untuk mengungguli kotegori ini.

4. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Julia (X-fresh FM)
2. Linda Onn (Era)
3. Nana (Era)
4. Nila Kurnia (Era)
5. Rina (Best 104)
Ramalan Nakal : Linda Onn masih mampu untuk mengekalkan title yg dimenanginya tahun lepas walaupun ianya dicabar hebat oleh rakan2 dari Era itu sendiri. Sayang Farah Fauzana tidak tercalon. Jika tidak tentu saingan bertambah sengit.

5. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Azlee (Senario)
3. Lan Pet Pet
4. Saiful Apek
5. Wahid (Senario)
Ramalan Nakal : Tidak banyak yg dapat dikupaskan untuk ketegori ini kerana Saiful Apek sudah tentu akan mengunggulinya lagi untuk kesekian kali. Walaupun dihimpit kes dadah baru2 ini, ianya tidak mungkin menjadi penghalang untuk Saiful Apek. Sebenarnya dunai hiburan tanahair sudah memerlukan pelapis baru untuk kategori ini.

6. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Kartina Aziz
3. Norlia Ghani
4. Rosnah Mat Aris
5. Sheila Rusly
Ramalan Nakal : Masih ramai calon yg merupakan muka-muka lama didalam kategori ini. Nampak sangat begitu kurang pelapis bagi pelakon wanita komedi di Malaysia ini. Jadi untuk kategori ini nakal memilih Norlia Ghani untuk menyandang Anugerah Pelakon Komedi Wanita Popular.

7. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bob AF2
2. Mawi
3. Shazzy
4. Que Haidar
5. Zahid
Ramalan Nakal : Mawi. Sudah pasti tiada saingan daripada pencabar lain. Raja SMS Malaysia ketika ini sudah tentu akan mengunggulinya.

8. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah AF2
2. Nora Danish
3. Pija
4. Sharifah Amani
5. Sharifah Zarina
Ramalan Nakal : Nakal lebih menumpukan kepada dua artis ini Farah AF2 dan Sharifah Amani. Setelah mereka berdua memenangi beberapa anugerah sebelum ini, nakal rasa salah seorang dari mereka akan menjadi pemenang. Jika dilihat dari segi popularity buat masa sekarang ini nakal rasa Sharifah Amani ada sedikit kelebihan.

9. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan
Ramalan Nakal : Iniah satu2nya kategori yg nakal tidak dapat jangkakan. Tapi jika nakal ikutkan naluri hati ni, nakal rasa Mirwana akan menang.

10. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Jamal Abdillah
3. Mawi
4. Vince
5. Zahid
Ramalan Nakal : Mawi. Tak yah komen la yerkk sebab cuma Jamal sahaja yg bukan bekas pelajar AF.

11. Penyanyi Wanita Popular
1. Dayang Nurfaizah
2. Ella
3. Farah AF
4. Siti Nurhaliza
5. Waheeda
Ramalan Nakal : Kategori ini agak menarik sebab pertarungan diva-diva berlaku disini. Seperti biasa diatas kertas Siti kelihatan bergitu selesa. Namun saingan dari calon lain juga tidak boleh dipandang remeh.

12. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jinbara
2. KRU
3. Ruffedge
4. Too Phat
5. VE
Ramalan Nakal : Pada pandangan nakal untuk kategori ini persaingan diantara VE dan Ruffedge kelihatan begitu sengit. Kerana single mereka begitu meletop2 kebelakangan ini.

13. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Rosyam Nor
4. Saiful Apek
5. Yusry
Ramalan Nakal : Nakal sendiri pun tidak begitu pasti siapakah yg lebih menonjol ketika ini. Samada Afdlin ataupun Rosyam yg. banyak muncul dilayar perak kebelakangan ini. Nakal memilih Rosyam untuk menang kategori ini kerana isu saman yg. Rosyam kemukakan baru2 ini turut mempengaruhi undian.

14. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Nasha Aziz
5. Sharifah Amani
Ramalan Nakal : Jika nakal lihat dari segi jumlah filem yg membawa impak kepada persada hiburan tanahair sudah pasti Sharifah Amani ygmenjadi pilihan nakal. Filem kontroversi Sepet telah menjulang nama Sharifah Amani ke tahap yg tidak terduga. Tetapi saingan terdekat untuk Sharifah Amani adalah Maya Karin yg menonjol didalam filem Pontianak harum Sundal Malam II. Nakal pilih Sharifah Amani untuk kategori ini.

15. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Fahrin Ahmad
3. Jalaludin Hassan
4. Rosyam Nor
5. Zamarul Hisyam
Ramalan Nakal : Jika diperhatikan dari segi populariti tiada banayk bezanya diantara semua calon ini. Masing2 mempunyai pengikut yg tersendiri. Dan hati nakal memilih Rosyam Nor kerana kelebihan dia lebih menonjol ketika ini. (dipengaruhi populariti berlakon filem.)

16. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Nasha Aziz
5. Rita Rudaini
Ramalan Nakal : Eja dan Fasha Sanda, itu dua nama yg terlintas di fikiran Nakal. Eja yg. memang popular menerusi drama bersiri Mya Zahra ketika ini bakal memberi saingan buat Abby yg pernah memenangi kategori ini bebereapa tahun lepas. Namun Nakal rasa Eja yang akan lebih bernasib baik pada malam itu dan terus mengekalkan kemenangannya tahun lalu.

17. Artis Paling Popular 2005
Ramalan Nakal : Setelah menjuarai Akademi Fantasia 3 tahun lalu populariti Mawi memang tidak dapat disangkal lagi. Raja SMS ini begitu bertuah kerana aura yg dibawanya berjaya menarik jutaan peminat seluruh negara dan sokongan untuk beliau ketika ini tampak masih utuh. Jadi Nakal tetap memilih Mawi yg akan menggondol hadiah utama yg disediakan oleh berita harian.

posted by admin at 6:16 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for ABP 2005 - Ramalan Nakal
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com