Perasaan teruja untuk menonton AF 4 semakin terasa kebelakang ini. Entah mengapa aku pun tak tau . Mungkin semakin rasa rindu kot kat suasana akademi. Yelah sudah berbulan-bulan agaknya tak tengok diari setiap tengah hari dan malam. Kecuali diari ulangan di channel @15. Siapalah yang akan terpilih jadi student baru AF 4 ni. Mesti sekarang nie mereka yang dah dishortlisted tu bedebar-debar menunggu samaada mereka nie dipilih atau tidak. Aku rasa pihak Astro akan membuat pemilihan pelajar-pelajar baru dalam seminggu dua nie. Dan pengenalan bakal palajar pada media around mid of this month. Tapi aku rasa cam tak best pulak la pihak Astro still buat konsert prelude untuk in-take tahun nie. Kalau tak salah aku Konsert Prelude tu akan diadakan pada 30 Mei ini dan nampak gayanya sudah pasti ada yang akan menjadi artis Maestro untuk tiga bulan sahaja. Tapi aku masih samar-samar lagi sama ada pihak Astro akan mengekalkan jumlah pelajar AF 4 seramai 14 orang atau hanya 12 orang. Bagi aku lebih baik 12 orang sahaja sebab takut diaorang tak leh nak coupe pulak nanti. Bukannya apa sejarah dah membuktikan yang Maestro tidak mampu memenuhi kehendak kesemua artisnya yang semakin berganda setiap kali musim AF tamat. Bagi bintang AF3 nampaknya hanya Mawi sahaja yang stabil ketika ini. Bila terkenang nasib bintang-bintang lain terasa macam sayu pula. Nampaknya pihak Maestro perlu merangka perancangan baru yang lebih effektif bagi menjamin nasib artis-artis dibawah naungan mereka kelak. Jangan selepas tirai AF 4 dilabuhkan nama mereka turut tenggelam. Takpelah yang penting tahun nie aku nak gie stadium nak tengok Konsert AF mesti best harap-harap adalah member2 yang sudi belanja tiket. Terbuka la hati Linkeen nak belanja aku tiket tahun nie.
Download: Menuju Puncak MP3