Hari nie memang banyak betul kerja yg urgent nak kena siapkan. Naik panas otak aku pikirkan macamana nak bereskan kerja yg bertimbun ni. Yelah bak kata si Linkeen tu Monday Blues la katakana. Mood nak kerja memang la kurang tapi kerjanya berlambak-lambak tak tertangan dibuatnya. Tapi takpela ini yang dikatakan tanggungjawab. Dah adat mencari rezeki macam inilah gayanya. Minggu lepas aku banyak membaca dan menonton beberapa topik yang hangat diperkatakan didalam industri hiburan kita nie. Rasa terpanggil pula untuk meluahkan pendapat aku walaupun mungkin ianya mungkin tidak menyamai pendapat kauorang. Terpulanglah…...
Gosip Mawi dan Diana.
Fenomena Seni – Sepet & Gubra pencemar budaya?
Malam tadi nakal sempat juga menonton program bual bicara yang dihoskan oleh Hero Malaya Rosyam Nor. Mungkin sebab malam tadi topiknya menarik melekat juga nakal kat depan TV tu tengok mereka membahaskan topik diatas. Para panel juga boleh dikatakan hebat-hebat juga. Kebanyakannya punyai latar belakang perfileman yg kuat. Raja Azmi, Hassan Mutalib dan Akmal Abdullah. Banyak juga la isu yg berbangkit dan menjadikan perdebatan mereka malam tadi cukup panas. Raja Azmi dan mamat yg aku tak ingat nama tu menyokong topik ini tapi si Hassan Mutalib di back up Sepet & Gubra. Dari biji mata yang nakal nie, Sepet dan Gubra memang merupakan filem yang menjadi mercu tanda buat industri perfileman negara buat masa kini. Sepet dan Gubra sebenarnya bertindak sebagai medium untuk Yasmin Ahmad meluahkan apa yang dia buah fikirannya dengan gayanya yang tersendiri. Lain daripada filem-filem Malaysia buat masa ini. Mungkin gaya persembahan yang Yasmin berikan agak straight forward ia mungundang kontroversi. Sebenarnya kisah percintaan orang melayu dengan bangsa lain di Malaysia bukanlah isu utama kedua-dua filem ini, tetapi isu seperti kasih sayang dan sifat-sifat peri kemanusian yang semakin hari semakin terhakis didada masyarakat kita yang patut menjadi tatapan. Yasmin berani mengetengahkan dan mencetus kontroversi demi menyampaikan apa itu realiti. Tidak ramai sutradara dinegara kita yang berani melakukannya. Dengan sebab adanya adegan–adegan yang agak panas inilah Sepet dan Gubra dianggap sebai pencemar budaya. Pada nakal ya memang benar Sepet & Gubra telah mencemarkan budaya perfileman kita yang tidak banyak berubah sebelum kedatangannya. Tapi kesan pencemaran yang dibawa oleh Sepet dan Gubra telah membuka mata ramai pihak untuk mendalami apa isi yang tersirat cuba disampaikan oleh Yasmin. Seperti kata Hassan Mutalib , babak Bilal memegang anjing sama dengan babak Bilal itu memegang Ki ketika hendak mengambil balik beg duti Temah yang telah dirampas Ki. Di sini Yasmin cuba menyampaikan bahawa tingkah laku Ki tidak ubah seperti anjing sanggup mencederakan kaum yang lemah semata-mata kerana wang. Begitu juga babak didalam Sepet ketika Pak Atan (Harith) dan Mak Inom (Ida Nerina) berkejaran di ruang tamu sambil Pak Atan hanya berseluar dalam. Mungkin ramai orang merasakan perkara itu tidak manis dipaparkan kepada umum tetapi benda sebegitu adalah realiti kehidupan kita sendiri. Jadi kenapa kita harus malu dengan diri kita sendiri. Adakah dengan adanya adegan-adegan sebegitu ia menjadikan filem itu perosak pemikiran masyarakat. Sebenarnya masyarakat kita sudah cukup dewasa untuk menilai baik atau buruk sesuatu benda itu. Jadi tepuklah dada tanyalah selera.
Ulasan filem sebelum ini: Gubra.
p/s: Nakaltitude, Eton dan Linkeen mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Sri Ghafar Baba diatas kembalinya ke rahmatullah semalam. Al-Fatihah.
posted by admin at 8:11 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Gosip Mawi-Diana & Fenomena Seni