About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

Diari Akademi Fantasia (01 June 2006)

Friday, June 02, 2006
Ore : 4:46 PM

Memula sekali aku nak minta maaf sebab tak dapat nak update diari kelmarin sepenuhnya sebab aku terlepas peluang nak tengok . Aku sekarang kena presoaking rumah sewa aku dan akan berpindah hujung minggu ini. Jadi aku sekali nak minta maaf sebab tak dapat nak beri ulasan diarai sesi malam untuk 31 May 2006.
Untuk diari 01 June 2006 sesi tenghahari dimulakan dengan paparan didalam kelas drama bimbingan Cikgu Fauziah Nawi. Diddy dan Nora disuruh melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Kelihatan Diddy memegang elngan Nora tetapi masih agak kaku sehingga ditegur oleh Cikgu Fauziah Nawi. Ini mengundag hilai ketawa para pelajar lain. “Kalau nak pegang, pegang betul-betul” kata Cikgu Fauziah kepada Diddy.
Didalam kelas tarian sekali lagi Diddy digandingkan dengan Nora. Cikgu Linda dan pelajar yang lain ketawakan Diddy sebab tidak memberi respone pada Nora yang menari mengelilingi beliau . Kuat betel suara Cikgu Linda dalam kelas ini. Naik bingit telinga aku dengar macam manalah yerk telinga bebudak dalam tu masa itu?
Paparan seterusnya ketika kelas Cikgu Fauziah Nawi semula. Setiap pelajar disuruhmembuat dua barisan dan diberi nombor setiap seorang. Alah aku kira macam latihan dalam pengakap sekolah dululah. Kemudian disambung dengan latihan drama bercinta oleh Salima dan Haziq diikuti oleh Velvet dan Rich. Semua script mengunakan bahasa filem zaman dulu kala. Ini semua untuk para pelajar menghayati lagu tugasan yang mereka dapat untuk minggu ini. Tugasan seterusnya lakonan secara bisu yang paling lawak aku rasa time nie adalah Lotter dan dia layak digelar pak lawak untuk AF musim ini.
Akhir sekali ditunjukkan semua lirik lagu tugasan yang pelajar miliki diambil semula oleh residen staff encik Jamal. Dan ini merupakan cara yang baru didalam AF4 berbanding tahun-tahun sudah . Dengan menarik balik lirik lagu tugasan diharap para pelajar tidak terlalu berating kepada kertas lirik yang disediakan dimasa depan. Dan pera pelajar menyanyikan lagu tugasan dihadapan tenaga pengajar.
Sesi malam.
Diari dimulakan dengan Farhan meluahkan rasa tidak menentu (kurang confident) yang dialaminya kepada Velvet dan Haziq. Kemudian farhan meluahkan masalahnya kepada Cikgu Fazley dan Fazley memberi beebread keeping kertas yang mengandungi berapa soalan dan Farhan diminta menjawab soalan itu dibiliknya selepas tamat waktu pembelajaran.
Ini diikut dengan paparan sesi pertemuan empat mata para pelajar dengan Pengetua Ramli Sarip. Faizal diingatkan oleh pengetua agar sentiasa mengingati Allah dan tidak rasa tersisih didalam akdaemi sebab Faizal memberitahu yang dia tidak pernahmengalami pengalam seperti didalam Af. Zila pula memberitahu yang dia asyik teringatkan kepada bapanya. Mungkin dia terlamapu rindu kepada ayahnya menyebabkan air mata Zila mengalir didepan pengetua semasa sesi itu. Diddy pula menyatakan yang dia selesa dengan irama lagu pop, balada dan sedikit R&B dan memberitahu yang range suaranya agak rendah. Nora memberitahu kepada pengetua yang dia agak gementar ketika berdepan dengan guru-guru. Farhan sekali lagi meluahkan masalahnya debarannya kepada pengetua.
Semasa kelas tarian bersama Cikgu Corie Karen disuruh untuk meninggalkan kelas untuk membuat latihan persendirian selama 10 minit oleh Corie. Kemudian Salima datang membantu Karen. Setelah membuat latihan Corie baru puas hati dengan persembahn Karen. Kemudian Diddymengadu yang dia sakit kaki dan diarah oleh Corie untuk tidak mengikuti latihan ketika itu. Tapi Diddy sempat juga ikut gerak tarian menuju puncak walaupun sambil duduk.
Paparan seterusnya, Faizal mengadu kepada kamera yang dia rasa macam nak demam (panas dalam) kemudian Faizal dan Diddy dibawa ke klinik.
Untuk konsert pertama ini, para pelajar diminta membuat pengenalan diri cara 50an. Tapi bagi aku pengenala n yang dibuat Lotter amat kelakar dan bersahaja. Amirul pula disuh memendekkan cara pengenalannya.
Paparan akhir untuk diari kali ini sesi Zila dinasihat oleh Cikgu Syafi tentang persembahannya ketika sesi penilaian. Cikgu Syafi cakap Zila mempunyai suara yang merdu tetapi masih goyah dan mahu Zila lebih fokus kepada pembelajarran dari masalah-masalah lain. Diari end here.

posted by admin at 4:46 PM | Permalink |

[ back home ]

Comments for Diari Akademi Fantasia (01 June 2006)
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com