Untuk hari ini diarai bermula dengan paparan Velvet tengah makan. Macam saja jerk nak tunjuk si Velvet nie kuat makan. Adakah paparan ini akan memberi impak kepada undian Velvet? Aku sendiri masih tak pasti.
Kemudian ditunjukkan Rich sedang meminta pandang dari Cikgu Kevin tentang cara bagaimana cara untuk dia naik bentuk tubuhnya. Kevin ada cakap yang push up tidak begitu baik untuk menghilangkan boroi kat perut. Kemudian giliran Farhan mendapatkan khidmat nasihat dari Kevin. Semua paparan ini macam boring jerk aku tengok.
Haziq memberi tahu kemera yang dia terseliuh semasa menari dan kecederaan itu kena pada tempat yang dia pernah kena sebelum ini. Dia cakap dia akan pergi ke klinik. Velvet pula menghadapi masalah selsema dan mungkin akan melarat menjadi demam selsema. Dia pun nak pergi klinik.
Kemudian paparan Lotter dan Amirul cuba memberi nama pada kamera di dalam akademi itu. Kemudian Rich menjoinkan diri dengan diaorang. Tapi semua nama kamera tu tak nak kira cerewet abis laa.
Haziq dan Velvet sudah pulang dari klinik danmemberi tahu yang Haziq sudah boleh menari semula esok dan Velvet memerlukan dua hari untuk sembuh.
Didalam kelas Cikgu Ajai, dia memberi tahu supaya tidak memandang rendah terhadap keupayaan Amirul sebab belum dapat hafal lagunya lagi. Tapi Amirul tidak menunjukkan sebarang respone. Ajai ada sound dia yang dia tidak fokus dalam kelas hari itu. Kemudian Ajai cuba menerangkankepa lagu Amirul agak sukar untuk dihafal.
Kemudian paparan didalam kelas teknikal vokal, Cikgu Syafi menyuruh pelajar membuat latihan vokal dengan menggunakan ayat “I love to sing today”. Macam bosan jer aku tengok kelas nie. Tamat sesi tenghari.
posted by admin at 5:54 PM | Permalink |
[ back home ]
Comments for Diari Akademi Fantasia 4 (31 May 2006)