Hari ni memang aku nak update banayk pasal diari semalam. Tapi macam-macam halangan yang ada. Memula Pc aku nie macam black screen jerk takleh nak nampak satu apa pun. Lepas aku bukak dan godeh sesikit kat CPU tu aku ada tukar input voltage kat power supply belakang PC tu. Bila aku on jerk terus meletup abis bilik aku penuh asap. Terus aku rasa macam hilang semangat. Apataknya aku dengan PC nie macam takleh nak pisahlah. Kalau takde PC macam nak pengsan dibuatnya. Aku ingat akunya PC dah kong kira dah boleh buat scrap dan kat kepala dah terpikir nak kena tukar set yang baru jerk. Tapi aku godeh la balik kat input voltage power supply tu. Bila on balik ok pulak. happy tak terkira rasanya. Aku carik la note yang aku tulis utnuk ulasan diari malam tadi sebab dah mula nak buat ulasan. Lagi sekali punya sengal note tu aku jumpa kat dalam beg plastic samaph kat dapur rumah. Sapa yang buang ntah macamnak mengamuk pun ada jugak. Jadi untuk ulasan hari ni mungkin tak panjang dan iktu apa yang aku ingat jerk.
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Khamis Minggu Pertama
Aku rasa dah tiba masanya Akademi Fantasia gunakan tag line balik. Jika untuk musim kedua dulu produksi AF pakai DAH DEMAM, aku cadangkan untuk AF kali nie nak kena pakai tag line "DAH GEDIK". Sekali lagi kegedikkan teramat hanjeng diperlihatkan didalam akademi. Sebab terlampau gedik dan memain sangat bebudak nie dah buat Cikgu Syafi yang mengadung tu marah dahlah tinggal lagi berapa hari lagi untuk konsert, diaorang masih belum hafal lagi lriik lagu tugasan memasing. Candy sampai menangis sebab tak dapat nak ingat lirik lagu masa perform depan Cikgu Syafi. Lepas tu pandai pulak cover balik cakap yang dia nangis bukan sebab kena marah, tapi sebab kononya kecewa dengan diri dia sendiri. Itulah banyak sangat main dan tak fokus semasa cikgu mengajar. Masa dalam kelas English pun perempuan nie tergedik jugak. Sebab tu aku sarankan tag line tahun ni DAH GEDIK diguna pakai. Sebab 70 peratus paparan diari pasal kegedikkan pelajar perempuan.
Dalam diari kali ni pun ada tiga adegan pelajar menangis. Kalau memula ditunjukkan Candy menangis sebab tak ingat lirik. Kemudian Afiq menangis tak tau sebab apa. Dan last sekali Zana menangis lagi sebab rindu kat kucing lagik ke atau sebab lain? Memang la menagis tu cara untuk meredakan tekanan. Tapi kenapa sampi ke hari ini kelibat Dr Love tidak muncul untuk meredakan tekanan para pelajar. Ibu Fetty pun tak tunjuk muka dalam kelas untuk memberi perangsang pada pelajar yang dah mula down. Yang datang cuma badut lainkali panggillah Raja lawak Astro si Yus tu barulah cara. Paparan pasal tapak kasut tercabut buat aku terfikir, kenapa tahun nie masih belum ada sposor pakaian dan kasut seperti musim-musim lalu muncul kedalam akademi. Memang betul ke AF tahun nie takde sponsor. Makin lama makin daif aku tengok diaorang nie. Banyak benefit yang student msuim terdahulu dpat diaorang tak dapat. Converse pun dah tak sponsor pakaian lagi. Baju pun take saiz si Aizat tu. Nape la production tahun nie slow tak pun kesan kesengalan musim tahun lepas buat penaja serik nak sponsor. Betul punya BAHANA lah musim yang lepas nie.
Masih ada lagi pelajar yang perlukan rawatan didalam diari semalam. Kali ni Farha pulak dibawa keluar akademi untuk buat minor operation untuk keluarkan balik benang kat dalam mulut dia. Bukannya dia nia makan benang sebelum nie. Tapi sebelum masuk AF dia ada buat operation kat dalam mulut tu. Dan jahitan itu perlu dibuka semula. Lepas nie sapa lagi lah gaknya yang nak kena bawa ke hospital yerk. One more thing that interesting for this episod pasal kamera dalam akademi tu asyik kejar Aizat jerk. Memula budak chubby nie malu-malu asyik lari jerk tapi at last dia tunjukkan jugak lubang hidung dia sekembang ya amat kat depan kamera tu. Nasib baik takde bijih timah berlonggok kat situ. Tapi funnylah jugak aku tengok sebab Aizat nie kan cute jadi takdelah nampak buruk sangat.
Then student ada buat special performance. Aku rasa semua student yang tak diquarantine ada amik bahagain dalam performance ini. Diaorang nyanyikan lagu Happy Birthday buat ayah Diya yang sambut hari lahirnya semalam. Tak taulah pulak yang minah gedik nie ada buat macam tu atau tak sebelum ini, ataupun cuma dah masuk AF nie baru sibuk nak wish birthday kat ayah dia. Wallahualam. Anyway happy birthday juga untuk ayah di Diya nie. Dalam reramai budak perempuan tu aku tengok Si Heliza jerk yang cool sikit. Kata bebudak dalam forum cari, Heliza nie kepala gila-gila sikit tapi macam matured jerk dia nie. Takpun belang dia masih belum keluar lagi kot. Anyway i still excited to watch more from her. Kalau dengar suara pun ok, tak taulah pulak time konsert nanti.
Then ada tunjuk jugak perkembangan kesihat Aswad. Semua pox dah keluar. Abis penuh satu muka mamat nie. Kesian pulak tengok macam tersiksa gitu. Tapi dia masih bersemangat nak perform jika dibenar untuk untuk konsert Sabtu nanti. Yang lain semua aku tak ingat sebab tak berapa best kot. Lepas tu aku layan tengok Debat AF yang first time keudara secara live. Pembahas-pembahas untuk kali ni adalah Joe Klubbkidd, Rudy Harian Metro, Zainal Alam dn Roslan Aziz. Diaorang bahaskan dua topik iaitu pasal Wajarkah Azwad dan Fatin disingkirkan dan topik lagi satu Pasal tolong menolong dalam Akademi. Anyway lawalah baju Klubbkidd tu. Joe aku nak beli baju tu satu dari kau boleh tak? Eheheh kalau nak kasi free lagi bagus... Hahahaha...
Hadiah untuk Pemenang Akademi Fantasia musim kelima.
Juara :- Wang tunai RM20,000.00
Pakej perlancongan ke Gold Coast
Sebuah Kereta Toyota Vios
Apartment di A' Farmosa
Trofi sumbangan Astro
Naib Juara:- Wang tunai RM10,000.00
Pakej perlancongan ke Disneyland HongKong
Sebuah Kereta Toyota Vios
Trofi sumbangan Astro
Ketiga:- Wang tunai RM4,000.00
Pakej perlancongan ke Disneyland HongKong
Trofi sumbangan Astro
Ulasan Lain:-
Labels: AF
Hehehehe....DAH GEDIKS...memang tagline yang sesuai...tak sanggup tengok si Diya & Dekna dok tergelek2 malam kelmarin...yuckkkss...
- Posted at March 16, 2007 9:56 AM | By aNIe
lawak jer tgk joe smalam mase debat..cm segan2 lak memula..maybe pasal xdpt feel lg..but, i rase aznil ckp cm byk jer..ye laa..nak tunggu time debat nyer bukan main lambat lg..tgk vt laa..iklan lg..pastu, aznil ckp cmner nak vote semua..then bile semua pendebat2 kite tuh dah mula feel,kene stop lak dah..tuh yg zainal alam kene ngn aznil tuh..heheh..
- Posted at March 17, 2007 1:33 AM | By
- Posted at March 19, 2007 9:11 AM | By admin