Then aku rushing balik umah dan sampai dekat pukul lapan lebih sebab nak catch up Diari AF 05 yang pertama. Kalau ikut Astro guide start pukul 9.00 tapi apa kelahabaunya Astro bole la pulak diulang siaran Tirai Akademi Fantasia bahagian 2 semalam. Aku terus teringat kejutan yang SM cakap bakal berlaku malam ini. Nie ke kejutan tu. Ini bukan kejutan tapi ibarat penipuan la SM. Nasib baik Diari ditunda siarannya pada pukul sepuluh itu pun cuma 30 minit dan tergantung. Sengallah. I'm bit disappointed for this thing. This is not a technical problem. I think the first diari is not complete for showing ataupun sekadar pencetus kontreversi. Mesti berbakul-bakul maki hamun yang Astro dapat malam tadi.
Anyway this is my review for this chapter for very first diary AF 05.
Tahun nie Akademi Fantasia masih lagi menggunakan bangunan yang sama untuk musim AF4 tapi dah cat dengan warna baru. Bila student perempuan bertama kali check in dalam hostel diaorang nie nampak la lady look hostel perempuan nie sebab cat dia kaler pink sama cam power puff gurl nye kaler. Tapi bila masuk bab dorm tu sedih sikti la mana taknya aku rasa lawa lagi facilities yang ada untuk bebudak Soccerstar yang sudah tu dan ibarat langit dan bumi bezanya dengan banglo yang bebudak AF3 dapat diami dulu. Katil pun single bed pastu locker pun dah buruk cam beli kat kedai secondhand jerk. Lagi sedih katil bebudak lelaki yang kena pakai double decker bed teringat aku masa duduk asrama dulu macam tu lah gamaknya cuma yang lainnye cat dinding bilik diaornag tu yang kaler hijau fancy berbanding didnding hostel aku yang kaler hijau jugak tapi hijau berlumut. Anyway aku perhatikan pelajar perempuan lebih ghairah berbanding bebudak lelaki untuk berebut katil. Pelajar lelaki masih leh control macho lagi takde pun nak berebut-rebut. RA untuk tahun ini bagi student perempuan adalah Cik Shiela. Aku rasa dia nie RA baru dalam AF nie dan untuk Boys Abg. Asrul, dulu RA untuk student AF3. Manalah perginya Abg. Jamal tu mungkin sebab asyik tido masa kat AF4 dulu kontrak dah diterminate kot. Pada aku ada baik jugak bebudak nie dihimpunkan dalam satu bilik untuk semua takdelah diaorang nie buat kelompok-kelompok sendiri. jadi diaorang boleh get along almost of the time. Harapnya takde lagilah tragedi air mata Amylea berulang untuk musim kali ini.
Then semua student dibawa ke akademi buat pertama kali. Akedemi pun dah tukar kaler merah. Ikut fengsui kata Joe. Harapnya betullah master yang kira fengsui kat akedemi tu. Jadi taklah AF kali ni hambar lagi. Masa di dining room kat akademi tu diaorang diarah ambil tempat kat meja makan tu dan Asrul cakap tempat duduk tu permenant dan tak boleh tukar lagik lepas nie. Dekna jerk yang nak tukar tempat duduk dengan Diya sebab nak duduk depan Aizat agaknya. Aku perhatikan diaroang nie walaupun baru jumpa kira cepat jugak mesra, nak-nak si Dekna tu nampaknya macam peramah betul. Student gurl yang tak berapa menyerlah dalam diari kali ni adalah Heliza, cam low profile jerk minah nie. Tak nampak sangat dia yang lain semua oklah boleh interact between them. Time breakfast tu pun suara Dekna jerk yang asyik kedengaran. Pastu adalah dua tiga student lelaki yang test equipment kat dalam bilik musik. Ebi, Farha dan Aizat sibuk godeh instrument dalam bilik tu siap nyanyi lagu lagi si Ebi tu. A few moment datanglah Candy, Noni dan Mila join diaorang melalak. Rupanya diaorang nie masih tak tau siapa yang akan jadi pengetua diarang masa tu. Sebab belum ada sesi pertemuan dengan tenaga pengajar. Adalah tunjuk wild guest dari Diya dan Rizal sapa yang bakal jadi pengetua.
Ada tambahan la pulak dalam AF kali nie sebab BILIK PENGAKUAN diperkenalkan. Kira bilik nie nak buat tempat lepas geram dan luahan perasan. Tapi bilik nie mesti akan jadi kontroversi bila nanti student nie semua buat kenyataan yang mungkin akan membunuh undian mereka sendiri. Ini pun boleh dikira jerat untuk diaorang nie. Mana taknya sebab bilik tu siap ada kemera akan amik statement dari diaorang tu. Yea yea oorr jerk Si Asrul tu cakap pada diaorang kalau nak luahkan perasaan kat dalam tu takde orang dengar. Takdenya orang tak dengar mesti satu Malaysia dengar punyalah.
Masa sesi perkenalan dengan tenaga pengajar tu aku cukup suka tengok Roslan yang buat macam kerek jerk ngan student baru dia tu. Salam pun tak tengok muka. Biar student ni semua ada rasa respect kat dia dan for sure takut bila nak kena hentam nanti. Tak banyak yang diperkatakan oleh tenaga pengajar ketika ini. Dan kebanyakkan yang hendak disampaikan dah kita ketahui. Cuma aku rasa macam ramai sangat student untuk sesi kali ini. macam penuh la pulak Akademi tu. 16 pelajar, meja makan yang panjang dan penonton agak sukar nak get more close to them in this situation. Aku rasa tak adillah jika dalam minggu pertama nanti dah ada penyingkiran. Sebab bila dah ramai macam nie masa yang diberikan untuk mengenali mereka nie pun amat singkat jadi mesti a lot of things kita tak tahu pasal the actual potential dan true colour pada diri mereka. Anyway pada sesiapa yang nak tengok diari extended dah boleh mula melanggan AFXTRA sebab akan diupload diari extended disitu nanti. Alah cuma 3 ringgit seminggu. Ok apa. Jadi jangan lupa lah nak subscribe AFXTRA kalau nak tau lebih lagi pasal student AF musim nie. Then diari tu tergantung sampai situ. Buat orang panas jerk. Oklah dah ngantuk nak tidur besok aku akan update lagik diari seterusnya. Dah terasa ke kehangat AF 05 nie?
Ulasan Lain:-