Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Rabu Minggu Pertama
Banyak sungguh paparan yang ada dalam diari kali nie. Sampai jenuh aku nak ingat apa yang dipaparkan. Ok diari dimulakan didining hall Akademi Fantasia (dining hall ke padahal meja makan jerk yang ada). Masa tu ada pengetua Roslan Aziz. Terkasima kejap aku bila dengar Roslan Aziz bahasakan diri dia abang pada bebudak tu. Pendekatan dia agak interesting gak walaupun umur dia dengan bebudak tu 20 tahun lebih tua tapi bahasakan diri abang. Tak pernah pulak sebelum nie pengetua AF bahasakan diri mereka macam tu. Tapi bila fikir balik boleh accept jugaklah gelaran tu sebab bebudak AF punya perception pada dia akan berubah. Dari gerun kepada more respect sebab abangkan macam lebih rapat dan mesra dari Encik, Cikgu ataupun yang paling aku meluat SIR (terus macam nak termuntah bila teringat pada Najmi yang ada iras Hazami tu bukannya aku benci Hazami pun). Roslan adalah beborak dengan student pastu cakap ngan Fatin suruh jumpa dia lepas makan.
Then ditunjukkan paparan Diya nyanyi lagu tugasannya depan tuan pengetua dan sekali lagi perception aku yang Roslan ni garang giler tak tepat. Tapi dia memang tegas itu pasti. Cara dia ajar pun santai jerk. Kira student tak stresslah for the time being nie. Lepas Diya, Rizal dan Dekna pulak yang nyanyi depan pengetua, Masa Dekna nyanyi tu Roslan siap main drum lagi dan suruh Dekna buat double time untuk certain phase dalam lagunya. Dari apa yang aku dengar masa Dekna nyanyi tu, masih banyak lagi teknik vokal yang longgar. Tapi feeling dia memang dah ada untuk lagu tu. Cuma nak kena groom sikit jerk lagi. Then last student yang ditunjukkan ialah Heliza. Malaslah nak komen pasal dianya nyanyian. Ok kot.
Then diari tunjukkan sedutan akhir diari yang kedua kelmarin, Masa Fatin kena say good bye pada semua member kat dalam Akademi.Fatin akan diquarantine sebab sakit berjangkit. Tapi yang peliknya kenapa Dr tu cakap Fatin datang ke Klinik pada 13hb Januari 2007. Niekan dah bulan March. Takkan cikgu tu ikut kalendar cina yang memang baru bulan satu kot. Tak pun Dr tu memang tak geti tengok kalender ataupun memang ada udang sebalik batu yang pihak Astro cuba sembunyikan seketika. Sebab semalam pun Dr tu cakap Aswad datang untuk menjalani pemeriksaan pada bulan satu jugak. Nak kena siasat nie. Nanti aku minta bantuan CSI kat cari.com siasat nape.... Lepas Fatin dibawa balik ke hostel adalah sesi motivasi untuk dia agar tak putus harap dengan Sheila. Siap nangis-nagis lagi. Itupun dia tak tau yang kat luar ni dah sibuk cerita pasal nak singkirkan dia dan Aswad sekaligus sebab takut bawak penyakit kepada student lain. Tapi yang aku musykil tu apalah sebenarnya sakit si Fatin tu. Sakit mulut berdarah ke atau sakit kaki, kuku dan mulut sampai boleh berjangkit-jangkit pulak nie.
Then Diya dan Dekna dipaparkan bergelek sakan sambil nyanyi lagu Angkat Kaki lagu tugasan untuk Fatin tu. Mula-mula ok lagi makin lama kelihatan makin gedik jer dua orang minah nie. Entah nape aku lebih meluat tengok si Diya tu dari si Dekna. Mungkin sebab muka Dekna yang sememangnya macam Miss Notty tu selamatkan dia kot. Lagi pun gerakkan dia lebih natural berbanding Diya yang macam dipaksa-paksa buat untuk tarik perhatian. Masa ni student lelaki semua tengah dalam bilik nyanyi depan Roslan kot sebab tu diaorang ni macam over abis. Lepas sorang-sorang nyanyi lagu kat dance floor tu. Tapi time nie aku tak nampak pulak si Mila tu. Tak campur masyarakat ke dia nie macam ada sorang pembelot blog nie yang tak campur masyarakat kat kampung dia. Memang jarang dapat tengok Mila nie join dengan bebudak gurl yang lain. Mana pergi entah. Then disambung pulak dengan paparan kegedikkan yang amat dari Zana pulak. Menangis macam nak rak. Macam nak pengsan dia nie nangis sebab rindukan kucing dia. Aku terus tergelak tengok scene tu bukannya sebab gelihati tapi menyampah dan macam tak leh nak accept dengan apa yang dia cakap. Marsha dulu pun ada rindukan kucing jugak tapi masa tu dah minggu keberapa dan takdelah nak nangis sampai macam tu sekali. Apa hal ntah budak nie. Tak masuk akal langsung dia nangis sampai macam tu. Aku rasa time tu macam aku nak hantar SMS AFKELUAR ZANA dan hantar ke 32999 sejuta kali. Uih kalau macam nielah perangai baik takyah masuk AF tu. Aku bukan menidakkan bakat dia. Tapi pembawakkan dia dalam AF tu mestilah jaga. Bukannya dia tak pernah tengok AF-AF sesebelum nie. jadikanlah iktibar.
Aku rasa scene masa Noni tu mintak bedak sejuk tu pun tak pentinglah nak tunjuk. Tak pasal-pasal Mustika Ratu dapat free add by this student. Padahal Mustika Ratu tu bukannya sponsor AF kali nie. Kalau menigkatlah jualan bedak sejuk Mustika Ratu tu aku rasa Noni layak dapat royalti tu. Pastu adalagi lah permintaan dari bebudak lain dan pengakuan Afiq yang malas aku nak ulas. Buat buang karen jerk.
Berikutnya paparan dalam kelas Linda Jasmine, student masih practice tarian menuju puncak. Dah tinggal lagi berapa hari jek lagi untuk konsert pertama tapi masih belum nampak tanda-tanda tarian Menuju Puncak tapi Menuju Cerun adalah. Pening jugak LJ nak ajar bebudak nie masih belum dapat step yang betul. Mungkin sebab masih baru dan tak hafal step sepenuhnya lagik. Lagi satu sebab kurang 2 orang lagi studentkan. Pastu lagi sekali kegedikkan Diya dan Dekna ditunjukkan. Dan dalam chat@15 pun dah ramai mula bincang pasal diaorang berdua nie. Ada yang suka dan ada yang menyampah. Tapi yang aku perasan ramai suka tengok kegedikkan Dekna berbanding Diya. Last-last dua-dua sekali kena punish ngan LJ sebab gedik sangat. Senyum jerk aku tengok. Layaklah tu... Setakat ini cuma ada ditunjukkan satu saja koreografi untuk lagu tugasan pelajar iaitu untuk Noni. Aku tengok cepat jugak si Noni nie catch up apa yang LJ ajar. Nampak memang ada bakat menari dia nie.
Kemudian Asrul minta student nie semua buat poll samada layakkah Aswad dan Fatin perform untuk konsert akan datang nie. Ala-ala survivor la nak vote untuk keluarkan orang macam tulah. Cuma yang lain aku tengok Candy punye cara vote. Macam undi pilihan raya jerk ada pangkah-pangkah. Majoriti student nakkan Fatin dan Aswad perform untuk konsert pertama. Aku pun memang setuju jugak. Takkan nak kasi diaorang imuniti dari penyingkiran kot yang macam dah confirm ada penyikiran mengikut apa yang Joe tulis. Tak adil bagi student yang lain. Penghujung diari dipaparkan sekali lagi tragedi air mata. Baru minggu pertama dah banyak kali air mata tumpah didalam Akademi. Aku rasa dah tiba masa Dr Love kena cepat dibawa masuk kedalam akademi untuk motivate bebudak nie yang kelihatannya semakin down. Tapi aku tak sure pulak Candy nie nangis sebab apa pulak. Harap-harap bukan sebab dia rindukan ayam-ayamnye di kampung yerk. Dan diari kali nie boleh dijudulkan KEGEDIKKAN YA AMAT....
Ulasan Lain:-
Labels: AF