About me
Previous Posts

This chat central link with www.mp3central.blogspot.com
Get your own Chat Box! Go Large!

DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 13 MAC 07

Wednesday, March 14, 2007
Ore : 8:45 AM

Hari nie balik jerk rumah aku terus carik nasik lapar. Apa taknya siang tadi aku tak sempat nak lunch dengan Mr Shahrukhan sebab lama benar aku kat Public Bank byar bill Astro aku yang dah tertunggak sebulan. Dekat satu jam jugak aku kat situ tunggu turn nak bayar bill. Itupun nasib baik banyak kaunter yang bukak. Kalau kat PO mau 3 jam aku kena tunggu nak bayar satu bill. Lepas melantak terus tercongok depan TV tunggu diari untuk malam kedua nie lepas Kezzzzzuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttttttaaaaaaann bangang dari Astro semalam. Ada ke ulangan dia buat pukul 5.00 pagi dan 12.30tgh manalah boleh aku nak tengok. Aku ingat adalah bebudak uploadkan torrent full diari petang tu tapi takde jugak. Tapi nasib baik Joe dan Ahmad ada update full versionnye diari petang tu. Kira dapat jugak aku tau lagu tugasan bebudak tu buat minggu pertama. Kalau nak tau lagu tugasan tengok entry sebelum ini.



Review diari untuk hari kedua minggu pertama.

Diari dimulakan dengan Fatin yang mengadu sakit mulut siap cakap terbelah-belah dan berdarah dalam mulutnya. Tak pasti pulak aku bahagian mana yang terbelah tu, lidah ke, anak tekak ke, kerongkong ke aku tak sure. Tapi look likes serious jugak la, kalau tak takkan budak tu mengadu sakit. Pastu ditunjuklah bebudak masuk kelas teknikal vocal for the very first time in Akademi Fantasia 05. Macam musim musim yang sudah latihan pemanas badan dengan membuat lontaran suara DO RE ME FA SO LA TI DO for boys dan for gurl MO LI MO LI MO LI MO. Dah setahun tak tengok kelas dalam akademi nie kira terubat balik la rindu tu. Walaupun cikgu vokal tu bukan Siti Hajar yang best giler tu. Tapi cikgu Syafi kira oklah.


Bila student masuk kelas bahasa Ingeris dengan mamat Najmi tu macam meluat pulak aku tengok. Over betul jantan tu, macam dia ajar budak-budak U pulak dia ingat. Hello brother kau tu ajar budak akademi fantasia bukannya budak U tau. Bukan semuanya budak tu level education diorang sama. Ingatlah sikit. Terpikir pulak aku kalau Felix dan Mawi ada time nie mau asyik dapat Yellow or Red card dari referee yang nak glamer nie. Aku rasa Ibu Fatty lebih pandai menyelami keperluan dan kemahuan pelajar-pelajar berbanding dia nie. Bila aku dengar Noni nak translate perkataan 'ayat' kepada 'sentence' pun terkial-kial, memang sahlah dia nie bakal dapat kad kuning dan merah nanti. Takkan dalam seminggu nak bebudak tu catch up vocabulary english semuanya. Sebelum nie dia sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima pun takleh nak ingat translation untuk perkataan sentence tu inikan pulak dalam seminggu. Language itukan skill jadi memang perlu amik masa yang lama lah untuk mahir. Abis kalau seminggu aku rasa mesti kelas tu sunyi sepi jerk sebab bebudak tu takut kena punishment. Fikir baliklah Najmi oiii.. Then sekali lagi Dekna menunjukkan kegedikannya yang teramat dalam diari, bila dia cakap yang dia suka handsome and chubby guys sebab boys macam tu will inspire her. Aku tak taulah dia nie saja nak tonjolkan diri ke atau saja nak show off the true colour of her. Tapi yang pasti the word came out from her mouth will make some audience lose interest for voting her. Anyway teringat pulak aku ada kebenaran dari apa yang si Dekna ni cakap nak-nak bila camera terus fokus pada Aizat bila dia cakap dia suka budak chubby. Kan masa diari semalam dia sanggup tukar tempat duduk dengan Diya sebab nak duduk depan Aizat. Whateverlah...


Paparan diteruskan dengan Aizat menyanyikan lagu tugasan tak salah aku dalam kelas teknikal vokal. Time nie boleh dengar suara Aizat. Kira oklah aku rasa tapi masih perlu diasah untuk lebih dinamik lagi. Pastu Ebi nyanyi lagu tugasan dia pulak dia nie dah tak berapa tengok lirik. Mungkin dah biasa dengan lagu tu kot. Sekejap jerk paparan tu.


Then beralih dalam kelas tarian dan koreografi. Time nie Linda Jasmine tengah ajar koreografi baru untuk tarian Menuju Puncak. Dia ada bawak assistant sekali namanya Remi. Mulanya aku ingat lelaki tu yang ajar bintang bintag AF menari Salsa kat studio Linda Jasmine tapi bila tengok muka lain jerkk. For begining konsep tarian untuk Menuju Puncak masih sama cuma ada beberapa perubahan gerakkan baru berbading tahun sudah. Kalau betullah diaorang ada nak masukkan gerakkan Salsa dalam tarian kali nie looks like intersting sebab memang takde gerakkan macam tu sebelum ini. Untuk musim kelima nie tak ramai yang kayu macam Felix dan Mawi cuma Aswad dan Rizal jerk yang masih keras. Yang lain tu kira oklah... Dah biasa gie disco kot..hahahahha... Ada gak budak gurl yang buat latihan sesama mereka macam Heliza, Fatin dan Dekna. Time ni aku tergelak jugak tengok si Dekna tu. Dia nie macam geragor sikit, memang dia macam tu aku perhatikan. Dia nie adalah nampak karektor yangterserlah takde nak control ayu jerk macam other girls student yang gedik tapi kontrol ayu. Baru-baru macam nie memang nampak diaorang nie semua semangat abis masa dalam kelas LJ. Kira good start for beginning. Hope they will keep the spirit until end.


Dalam pada itu dapat jugak berita yang Aswad kena chickenpox. Ini kira sejarahlah dalam AF student dapat MC sampai seminggu. Apabendalah dah tua-tua baru kena. Kelakar dan kesian pulak tengok budak ni. Baru first week kena sakit nasib baik bukan masa Konsert Akhir. Dan ada jugak VT yang tunjuk pengakuan doktor yang kasi MC pada Aswad. Aku rasa buat menyemak jerk VT tu. Bukannya orang Malaysia nie tak tau apa tu chickenpox. Lainlah kalau si Aswad tu kena sakit SARS ke Ebola ke bolehlah jugak nak tunjukan VT tu. Nak dengar pengakuan doktor tu jerk dah lima minit. Buang masa betullah. Then Aswad dibawa untuk diasingkan dari pelajar lain. Itu pun masa tengah rest kena interview jugak ngan krew yang menyibuk nak tanya feelinglah apalah.. Sempat pulak nak but videoklip kat balconi bilik Aswad dikuarantin tu. Kasilah mamat tu rest bebetul. kalau dah kebah demam tu barulah gie kacau. Diaorang nie buat line tak clearlah... Hahahaha aku cilok tag line Aswad "Line Clear" konon... patutnya tukarkan pakai tag "Line Buzy" barulah melambangkan line afundi kau tu asyik sibuk jek orang hantar undi nie tak Line Clear... macam line Afundi kau tu lengang jerkk... Jangan marah yerk Ezie....sebab kau sokong Aswadkan...saja jer nak sakitkan hati kau...


Kemudian diaorang sambung balik paparan semalam Asrul bawak Afiq gie pecahkan pingan. Ini satu lagi pembaharuan dalam AF yang tidak bersebab iaitu Bilik Lepas Geram. Entah sapa punya idea ntah nak lepas geram cara macam tu. Lebih baik ruang tu buat bilik sembahyang ada jugak keberkatannya. Ini pinggan mangkuk nak dipecahkan sapalah yang sponsor pinggan tu? Kilang pinggan ke kilang penyapu agaknya yang sponsor. Memang tak masuk akal langsung benda tu nak diwujudkan. Apa gunanya pakar motivasi yang disediakan. Kan ada banyak lagi medium lain yang boleh digunakan untuk lepas geram. Pinggan-pinggan tu kasi pada mangsa gempa bumi di Sumatera lagi bagus dari kena pecah macam tu jerk.Pastu boleh pulak cakap kat bilik tu takde kamera kalau nak luahkan apa-apa. Bodohlah bebudak ni kalau percaya. Mulut si Asrul pun termuncung-muncung bila Afiq cakap bilik tu takde kamera. Kira tengah coverlah tak nak gelak kot si Asrul nie.


Berbalik dalam kelas LJ, dan semua student pakai baju putih sponsor dari AF cuma Aizat jerk yang tak pakai. Mungkin takde saiz kot. Time tu Remy suruh Ebi lead bebudak buat stretching dan warp up dengan iringan lagu sebelum bermula kelas tarian. Tapi paparan nie kejap jerk. Dan paparan terakhir untuk diari kali ini, Fatin pulak dijemput oleh Roslan Aziz dan Sheila RA student perempuan nak pergi klinik kot. Mungkin nak kena kuarantin jugak kot macam Aswad. Tapi sakit apa masih belum pasti. Mungkin sakit mulut berdarah dia tu makin serius. Roslan siap cakap benda tu normal for singer. Entah apa ntah sakitnya tapi jawpannya mesti ada dalam diari esok. Tunggu jerlahh...

Ok untuk tiket konsert pertama dah mula dijual kalau kau orang nak beli sila layari site ni www.acess.com.my. Tiket semua berharga 20 ringgit sahaja.


Ulasan Lain:-

Joe Klubbkidd

Labels:


posted by admin at 8:45 AM | Permalink |

[ back home ]

Comments for DIARI AKADEMI FANTASIA 05 SELASA 13 MAC 07
Ads Corner


TagMe!

TagMe!
Download

Laskar Cinta
Hanya Untukmu-Mawi
V/CLIP Jgn. Pisahkan – Mawi dan Marsha(baru)
Mawi - Al- Jannah
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Dewa - Sedang Ingin Bercinta
V/C Marsha - She
V/C Mungkir Bahagia- Shaz (baru)
Farhan AF4-Sayang Disayang (baru)
Velvet AF4-Langit Ke Tujuh (baru)
MP3 KONSERT AF4 - MINGGU 4(baru)
Nakal Listening


Fav. Link Here



Siapa yg links dgn. nakal?

Contact Kami


Counter


Free Counters
Free Counters

referer referrer referers referrers http_referer





Credits
 

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker
 View My Public Stats on MyBlogLog.com