Penat sungguh badan aku hari ni, Baru balik dari Muar, ada jemputan kawin di Pagoh. Semalam Tobel, Gundud dan Toyon ada call dan SMS aku ajak pergi Rembau sebab Lanjut kawin tapi aku tak dapat nak pergi sebab kena pergi majlis di Pagoh nie. Itu pun sebab kena jadi wakil family aku yang tak dapat pergi sebab orang tua aku pergi dating ke Kelantan. Yelah sejak ayah aku pencen akhir tahun lepas ini la kali pertama diaorang gie jenjalan jejauh. Jadi untuk Lanjut TAHNIAH aku ucapkan kepada kau sebab dah bergelar suami. Oklah back to topic.
Malam minggu itu aku pasti ramai rakyat di Malaysia nie tercongok depan TV sebab nak tengok Gelangang Akhir Raja Lawak dan Tirai Akademi Fantasia 05 buat pertama kalinya. Pasal Raja lawak aku cukup uas hati dengan kemenangan Yus walaupun pada performance set yang pertama dia memang macam badut tapi come back yang dia buat dalam segmen yang kedua cukup membuat aku tak kering gusi. Apa taknya lawak dia memang tahap cipan betullah. Aku rasa cipan pun tergelak bila dia cakap orang kampung panggil dia Felix AF tuu... Teka-teki yang dia buat tu pun cukup funny. Bukannya Zizan dan Johan tak bagus tapi kalau kauorang tengok dari awal program Raja Lawak nie memang memang Yus yang paling konsisten. Tak sangka pulak bakat seni yang dia ada cukup versatile. Dan mungkin vt pasal rumah dan ziarah dia kep usara kedua ibubapa sedikit membantu dia meraih lebih undian malam tadi. Tapi kalau kauorang perasam yang muda dia lepas perform second segmen tu cam geram jerk ngan kritikan Abg Long tu... Memang dia terasa kot. Zizan dan Johan pun ok tapi lawak diaorang tu tak genuine la . Tapi diaorang bedua nie mamang ada commercial value la berbanding si Yus tu. Anyway aku cukup tertarik dengan slogan Yus yang telah ditukar dari KRU (Kebanggan Rakyat Utara) kepada KRM (Kebanggaan Rakyat Malaysia) I hope that slogan will inspire him tu go futher in future. Anyway congrats to Yus ynag telah ditabalkan sebagai Raja Lawak Astro yang pertama.
Bagi follower AF Tirai bahagian pertama nie memang ditunggu-tunggukan. Mana taknya tahun nie Astro tak banyak kasi hint pasal student tak macam musim sudah yang mana ada konsert prelude. Jadi viewer cam aku nie dapat taulah tahap vokal sebelum pelajar sesi itu dipilih. Jadi cuma kat Tirai jerk yang ada itu pun aku tak puas hati jerk sebab cuma kasi dengar suara gurl student jerk. Bebudak jantan takde pulak diaorang kasi dengar suara diaorang nyanyi barang serangkap dua. Tak fair langsung. Patutnya kasilah dengar suara bebudak lelaki tu. Itukan boleh dibuat hint untuk pengundi buat undian peringkat awal.
Lagi satu kezzzzzzuttttaaannn yang diaorang berikan tak sama levellah. ada yang extreme ada yang too simple. Dari tahap tak terkejut langsung hinggakan tahap kejutan nak membunuh pun ada. Masa diaorang nak kidnap Fatin tu aku rasa akan lebih dramatik lagi kalau keta tu bawak dulu si Fatin tu round seround dua biarkan dia nangis barulah best. Tapi yang si Dekna tu bolehlah pulak melalak sakan sampai nak pengsan. Tengok jerk muka cam minah brutal tapi air mata berjurah-jurah tapi kejutan takde power manapun. Aku rasa antara kezzuttan yang best adalah untuk si Farha dan Aswad. Apa taknya sikit lagi si Farha tu tak bernyawa dibuat oleh krew Tirai AF. Lainkali krew AF kena bawak sekali tong oksigen untuk buat kezzzuttann tahap membunuh macam tu. Nasib baik budak tu tak meninggal kat situ. Tapi ada jugak kejutan yang tak menjadi macam kejutan untuk Ebi yang pocong leh nak kancil tu pastu tak menakutkan si Ebi langsung. Pocong leh jadi despatch lak tu. Apolah tak effective langsung orang yang berlakon jadi pocong tu. Satu lagi ada ke kereta tu parking dekat bawah lampu memang la nampak muka pocong tu bermisai.. Kalau aku dah lama aku hempuk pocong camtu dengan helmet. Biar dia taubat tak jadi pocong lagik.. Kejutan untuk Heliza pun tak menjadi. Apo lah baik mamat driver tu campak jerk logo AF tu kat cermin keta Heliza tu. Tak de idea ke diaorang ni. Kalau aku lah, aku nak buat kejutan samapi bebudak tu nangis baru aku kasi logo AF tu. Kejutan yang lain semua tahap biasa jek. Kalau takde kejutan pun takpe. Logo dalam kotak bola golf la. Logo dalam iceboxlah, Logo jadi alas mejalah entah apa2 jerk. Takkan la krew tu tak tengok Punk ataupun Wakenabeb. Buatlah macam tu barulah best.
Korang tengok tak amsa Roslan Aziz kasi warning untuk bakal student dia. Ada juga kebenarannya. Aku rasa Roslan nak student AF tahun nie lebih berkualiti bukan cuma nak harap muka jerk yang hensem dan cantik tu. Tapi aku tengok Roslan memang beriya-iya nak produce student yang berkualiti tinggi dan berjati diri untuk menjadi penyanyi sebenar. Siap nak tampar dia cakap. jadi aku harap pengetua tahun nie, akan lebih berjaya dari msuim yang sudah. man taknya bil amik pengetua penyanyi dia pulak yang asyik menyanyi dari pelajar. Hahahaha.
Mulai esok bermulalah diari AF 05 dan dah boleh mula AFUNDI. Tapi aku nak minta maaf sebab kasi salah info pasal AFUNDI pukal. AFUNDI pukal tu bukan macam yang aku cakap pada entri sebelum ini tapi kita boleh hantar 3 atau 5 undian untuk sekali hantar. Tapi diingat yer jumlah caj yang dikenakan bukan dikira dari jumlah penghantaran afundi pukal tapi jumlah undi yang kita hantar. Sekali lagi bukan jumlah PENGHANTARAN tapi jumlah UNDI. Buat masa ini aku masih belum ada student favorite dan belum berminat lagi nak hantar undian sebab aku nak tengok dulu diaorang nie secara lebih dekat lagi. Nantikan ulasan diari AF esok.
Ulasan lain:-