Gambar diambil ketika diaorang gie ujibakat mencari menantu. muahaha..
sorry erk Joe, Linkeen gurau jerk...
Kelmarin aku memang tak dapat nak tengok diari sebab balik kerja lambat. Sempat jugak call Klubbkidd sebab dia nak inform pasal blogger united. Dah lama jugak aku tak berborak dengan Joe, Aku Linkeen dan Klubbkidd chit chat sikit pasal AF musim nie. Sajer tukar-tukar pandangan. Dah lama jugak aku dan Joe dah tak berborak. Last tahun lepas kot masa dia turun JB masa tu pun kejap jer. Yelah orang busy memanjang. Lagi pun sekarang ni aku busy dengan preparation kejutan dan dekat blog-blog yang lain. Hari ini bila balik rumah sempat jugak nak layan diari. Itu pun tak sepenuh tumpuan ada jer ganguan. Dan rasa rindu pulak nak update pasal diari sebab dah lama rasanya aku tak update pasal diari kat blogkan. Sampaikan pernah Gidong remind aku untuk update pasal diari. Oklah baca jerklah ulasan diari malam tadi itu pun bukan terperinci sangat.
Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Rabu
Memula bebudak lelaki buat persembahn masing-masing sambil Aswad, Dafi dan Shawal jadi pengkritik. Tak banyak yang menarik part nie. Cuma masa Asrul act jadi Aznil untuk pengumuman penyikiran pelajar aku jadi frust sikit sebab dia sebut Dafi sebagai pelajar yang tersingkir. Bukannya aku nie peminat Dafi tapi aku akan lebih gembira jika dia sebut nama XXXXX sebab itulah harapan kami. Terfikir juga aku bila agaknya bila AF nak menggunakan AFKELUAR agar pengundi dapat menggunakan kuasa veto mereka mengeluarkan mana-mana pelajar pilihan mereka. Kalau tak nak pakai AFKELUAR aku cadangkan gunakan AFMELUAT, AFMENYAMPAH, AFTENDANG, AFBERLAGAK atau AFxxK. Pasti havoc seketika musim ini. Dalam pada itu aku tertanya-tanya mana perginya pelajar wanita. Sebab masa pelajar lelaki perform dan buat kritikan seorang perempuan tak ada disitu. Rupa-rupanya diaorang tengah berlatih lagu bonus dengan Cikgu Syafi. Aku rasa persembahan lagu GIG akan dipersembahkan dengan lebih baik oleh gurl student berbanding penyanyi asalnya. Yelah mutu suara diaorang lebih baik dari ELITE. Jangn badi Elite melekat kat diaorang sudah la.
Kemudian paparan beralih ke dalam kelas Cikgu Fati. Aku suka tengok para pelajar ini menghayati watak dengan sebaris script sahaja. Rata-rata mereka tidak menghampakan dan fokus pada tugasan. Ebi, Candy dan Shawal ternyata lebih menyerlah ketika ini. Then Shahril Fuiyoo Magik masuk AF. Hiburan seketika untuk bebudak ini. Yelah tak dapat tengok TV
Sekali lagi Shawal dibawa keluar dari AF hari ini. Kali ini dia dibawa untuk buat medical check up pasal sakit bahu yang berlarutan kalau tak salah aku. Rawatan susulan untuk ototnya yang cedera setahun lalu. Agaknya sebab banyak sangat menari buat kecederaan itu berulang. Then paparan pasal Ibu Fati korek isi hati bebudak ini pasal first student yang impress diaorang masa first time berjumpa. Ebi cakap dia tergoda tengok Diya. Aswad cakap dia suka tengok Dekna. Dalam pada itu Abg Asrul ada jugak tanya soalan pancing pada Aswad kenapa tak terus terang masa Dekna ada dalam AF. Sajer jerk dia nak buat gosip pada bebudak ni. Tak lama lepas tu semua bebudak join group discussion tu. Mila cakap yang Zana dulu minat pada Aswad. Mila tertarik pada Dafi. Heliza pulak
Setelah sekian lama Roslan Aziz tak masuk akademi malam tadi ada pulak dia tunjuk muka. Dah sekian lama tak nampak batang hidung malam ini adalah pulak dia nie tapi kejap jerk. Masa tu dia kasi advise untuk Dafi. Aku pun hairan nape Roslan nie jarang ada kat AF nie. Masa pembentangan tugasan pun takde. Masa penilaian semula konsert pun takde. Apa agaknya function sebenar dia nie. Just taruk nama jerk ke? atau pun dia dah fed up untuk handle bebudak ini. Entahlah.
Kemudian paparan semasa dalam kelah Ched. Kali ini Ched ada buat permainan. Dan untuk game rebut bantal nie Ebi menang dan dapat hadiah bag ADMIRAL. Kiranya macam-macam aktiviti dapat dilihat dalam kelas pemanasan vokal ini. Dan aku kira dalam kelas ini aku dapat melihat kretiviti Ched untuk mempelbagaikan corang pengajarannya. Agar para pelajar tidak bosan. Akhir sekali paparan Mila berlatih koreografi untuk lagu tugasan Drama. Aku khuatir jugak sebab dari apa yang ditayangkan banyak movement yang tidak selari dengan maksud lirik yang disampaikan. Masalah ini bukan baru. Ini membuat para pelajar jadi keliru ketika membuat persembahan.
Ulasan Lain:-
Labels: AF