Review Diari Akademi Fantasia 05 Hari Jumaat Minggu Pertama
First thing yang aku perasan pasal AF hari nie adalah peratusan undi. Kalau semalam tiada peratusan undi ditunjukkan kat TV, hari ni dah ada dan berikut adalah kedudukan pada tepat pukul sembilan malam semalam.
Dafi 21%
Aizat 15%
Heliza 14%
Fatin 9%
Aswad 8%
Farha 5%
Shawal 5%
Rizal 4%
Ebi, Noni, Dekna, Candy Afiq dan Mila - 3%
Ramai sunggup bebudak perempuan undi si Dafi nie. Aku rasa undi dia akan naik lagi minggu depan sebab kaut undi dari peminat fanatik Irwan Syah tak pun dari mat-mat bangla yang sedang dilamun cinta dengan minah indon. Dapat lagik la bunga minggu depan Dafi oiii.. Yang lain tu undian biasa jerk lebih kurang antara satu sama lain. Rasa macam tak adil jerk pengundi kat Malaysia nie bila tengok majoriti pelajar perempuan ada kat senarai terbawah. Kalau nak ikutkan student lelaki punya persembahan masa konsert lepas lebih suck daripada budak perempuan.
Diari dimulakan dengan bebudak semua timbang berat badan. Ada ynag turun ada yang naik. Tak seiramalah diaorang nie. Aku terlepas pulak Fatinnye berat badan, agaknya 10 ke 20 kilo erk. Kalau tak salah aku muahahaha... Pastu dalam kelas latihan vokal oleh Ched (aku masih tak sure betul ke tu Ched), menarik juga bila nama-nam bekas pelajar digunakan untuk buat latihan. Nama Aznil pun ada masuk jugak.. Tapi lagi best kalau nama Zana dan Diya digunakan sekali. barulah bebudak tu lebih motivate sikit.
Sekali lagi Roslan Aziz masuk dalam akademi. Kali ni pelajar kena sound lagi sebab tak praktikkan pembelajaran. Aku rasa Roslan Aziz memang nak kotakan apa yang dia cakap masa kat press conference pengenalan tenaga pengajar sebelum ni. Alah pasal tampar bebudak tu datang balik tak. Bebudak nie memang tak leh kasi muka macam bintang AF yang terdahulu. kalau dulu kita asyik tengok bebudak AF asyik bermain dalam akademi. Tahun nie Roslan nak kurangkan benda-benda macam tu. Dia nak student tahun nie lebih berkualiti walaupun cuma kuantiti sahaja yang telah sah terbukti buat setakat ini. Adalah jugak tunjuk student ni jumpa pengetua masa tu dia tengah sibuk melantak. Semua datang nak mintak tips dan pandangan untuk persembahan minggu depan. Yang kelakarnya masa Heliza mintak opinion dari Roslan Aziz, Farha tu tengah nap kat belakang dia tapi bila Rosaln Aziz sebut nama Farhajer, terbeliak terus mata dia. Kalau Ramli Sarip mesti dia gi nyanyi sebelah Farha untuk buatkan dia nyenyak sampai berdengkur.
Dalam kelas Cikgu Syafi pulak Ebi asyik kena marah sebab tak dapat tangkap cara nak lock note Doremifasola. Lampi jugak mamat nie. Kalau tahun lepas aku tengok Cikgu Syafi nie steady dan cool tapi tahun ni macam singa betina pun ada gak. Pembawakkan budaklah katakan. Silap-silap anak yang bakal dilahirkan tu pun nanti ada rambut kerinting macam Ebi. Terkenanlah pulookk (sebutan macam M Rajoli untuk iklan Lasindah Cafe). Pastu scene gedik Noni bergurau senda dngan Shawal. Saje jer Astro nak tunjuk sebab nanti leh kenen-kenenkan. Tapi aku tengok Mila dan Afiq pun macam close jugak siap Mila dah pakai topi Afiq pulookk..
Buat pertama kali aku tengok Cikgu Adnan dalam kelas dan mengajar teori. Yang sedihnya bebudak nie tak kenal Harvey Malaiholo bila Cikgu Adnan tanya pada diaorang. Apo konolah korang nie. Tulah Puff Daddy kenal pulook. Tapi artis dalam rumpun nusantara tak kenal. Diaorang nie nak kena adakan balik kelas sejarah artis/ hiburan kot. Untuk kenal dan hormati artis-artis lama yang banyak menyumbang dalam dunia seni tanahair dan nusantara amnya. Ada pembaruan dalam kelas Cikgu Adnan nie. Kalau dulu Abg Dee ni cuma banyak ajar teori jek tanpa visual. Kali ni dia ada bawak sample dan bebudak tu boleh dengar tengtang apayang dipelajari dari contoh rakaman. Kira bagus jugak la biar bebudak ni lebih paham. Bukan main parap nota jerk tapi satu hapa pun tak masuk kat kepala. Mintak-mintak benda macam ni berterusan sebab banyak pakedahnya.
Kelas bahasa ingeris pulak student belajar standard tadikanya. Ape teruk sangat ke bebudak nie sampai kena belajar mengeja puloook. Ajarlah benda yang lebih penting macam cara sebutan ke. Cara susun ayat ke. Benda ni hanya praktikal untuk Akademi Fatasia Junior macam yang dah dibuat Indonesia. Ini dah tua-tua bangka baru sibuk belajar nak mengeja apa kejadahnya. Macamana bebudak ni nak capai level performer kalau baru nak belajar mengeja sedangkan masa yang ada cuma 3 bulan jerk. Oiit Sir Najmi baik kau balik susun balik silibus kau tu sebelum masuk akademi. Kalau kau tak nak giel tukar baju yang kau pakai tu dari Drake University pakai baju Nuri Kindergarten baru sesuai..
Nasib baik paparan diari kali ni takde tunjuk pasal Aswad yang sakit tu. Yang ada cuma tunjuk bebudak tu buat kad ucapan untuk Aswad. Aku rasa girl studentnye card lebih menarik dari bebudak lelaki. Sebab ada lukis muka Aswad before and after jadi buah mengkudu. Muahaha marah ke peminat Aswad kat aku. Bilalah Si mengkudu ni nak masuk balik Akademi yerk. Mesti kelakar agaknya bila dia menari menuju puncak. haah sebut pasal menari, sekali lagi sejarah baru tercatit dalam AF bila Afiq terpaksa ditahan diwad aku rasa satu malm kot sebab dislocate shoulder. Dia kena masa buat latiahn menari menuju puncak atau pun tarian tu boleh ditukarkan namanya menuju hospital. Memula tu aku ingat budak ni cram jerk tapi serius jugak rupanya. Siap kena bawak gie hospital. Nasib baik lah dia kena bius kalau tak dapat jugak dengar dia melolong time doktor tu masukkan balik tulang yang terkeluar tu ke shoulder balik. Aku tak taulah kalu malam tadi ramai ke orang yang sibuk nak lawat dia kat hospital tu. Dan aku rasa timelah Dafi leh guna pakai bunga ynag dia dapat semalam untuk kasi pada si pesakit kat wad tu. Muahaha.. Diary end here..
Ulasan Lain:-
Labels: AF